Pages

Sunday, November 30, 2008

Aku tegar!

"Buat la akaun facebook.Baru best."
"Best giler facebook!tak bosan cam frenster!"
"Canggih ah facebook.Len gile dr frenster!"


Itu ini.Itu ini.
Banyak betol saranan budak2 ni mintk ak buat akaun facebook.
Tp aku ttp gak setia ngan frenster.
Bkn sbb ak suka frenster.
Tp sbb ak xnk menambah lg koleksi web yg blh buat
ak duk melekat dpn skrin comp brjam2 lamenya..
huhu~
Best sgt ke facebook?
Kat cni pun hampir sume dh ade akaun facebook.
Dh jd cam trend dah pun.
Masuk klas pagi2 je,msti dorg bncg psl facebook.

"Weh,apsal ko tak approve ak lagi."
"Je
les la,ko pnye pet cantik"
"Geram la,msk game je msti kalah!"


Itu ini.Itu ini.Ini.
Dan aku?
Buat muka tak paham.
Mane la aku tau feature2 dlm facebook tu.
Opss..jgn ckp ak blur..hehe
Aku bkn blur,ak cuma tak tau..hehe
Biarla masa menentukan.
Facebook.
Ya atau tidak?





Tuesday, November 25, 2008

Tagged by Hazwan~

Hari ni blk dgn perasaan gembira slps di'dera' oleh mira a___...hehe..
crite betolnye,exam subj sains utk level 5 ni dh habis~huhu~
tinggal exam utk language je plak..disbbkn hati ak gembira ak akn
melayan tag ni dgn senang hati..kehkeh

Apa yang kamu lakukan sekitar jam 10.17 semalam?

Study dgn penuh kemalasan.Fizik meh.susah~

Selain itu, apa yang kamu lakukan sekarang?
Baru lps layan CSI Miami..Horatio is cOoL~

Adakah kamu akan bangun 7.00 pagi esok?
Mstilaa...semayang suBuh daa..^^

Orang paling kelakar pernah jumpa?
Adik sndiri..BOB~hehe

Takut untuk membesar?
Life must go On..

Matapelajaran yang teruk di sekolah?
Fizik.tp ak amek engineering gak..wakakka

Kalau anda minum 14 mug bir, apa yang akan terjadi?
Uishh..bir tak mabuk kn??so,kire kuar msk toilet je la kot..kihkih

Tidur dengan pintu terbuka atau tertutup?
Tertutup la wes..

Bila kali terakhir kamu buat perkara yang kamu rasa salah?
Baru je petang td..last minute exam,ak pkai rifal latest version utk menembak dgn penuh bergaya..kuikuikui

Apa yang sedang kamu pakai sekarang?
Baju ler woi.

What are you listening to right now?
Bunyi peti sejuk yg bising dan bunyi kepantasan amy (housemate) menaip dgn lajunyeeeee..

What’s your favorite number?
1.

How is the weather right now?
Sejuk.6celcius.

Who was the last person you talked to on the phone?
Fatin.Die ajk nk mkn kat Han's Deli ke x..tp x prgi~muke ak dh mcm model Han's Deli je...huhu~

Merokok?
Tak mau BUNUH DIRI.

Eye color?
Hitam itu menawan....

Bulan kesukaan?

Tak paham soklan.Bulan dlm setahun ke,bulan kat planet tu??anyone,explainnnn pls>>mcm noOb..^^

Apakah movie terbaru yang kamu tonton?
Eagle Eye..best giler8x..

Hari kesukaan?
Hari minggu,hari cuti,hari kelepasan am,hari burfday agong,hari merdeka,hari raya dn sewktu dgnnye..hehe

Jika kamu boleh cakap sesuatu pada seseorang, apa yang kamu akan cakap?
er..er...er..er..

Pelukan atau ciuman?
Soklan pelikkk..next~

Berkawan lagi dengan rakan-rakan di sekolah lama?
Of course ler..walau jauh dimata tp dekat di hati..chewahhh

Left-handed atau right-handed?
Right handed.-special case-hehe

Mahu tidur dengan berapa bantal?
Satu sudey~

Tidur dengan seseorang atau bersendirian?
ngan rumate la wes..igt umah bsr mcm kat m'sia ke??kuikuikui

Apa yang kejutkan kau pagi tadi?
Lantai yg panas membakar belakangku..(bile la nk bgtau tuan umah niii...~)

Boleh teruskan hidup dengan tidak merokok?
tak mau BUNUH DIRI.

Pernah kawan baik kamu buat onar di belakang kamu?

Wallahualam..

Memilih untuk memberi nombor telefon?
Atas tujuan yg betol sahaje.

Mana lebih suka: McDonald’s atau Burger King?
Dua2 x ske.Ske KFC.tp cni x halal la plak..rindu ngan ayam hot&spicy!!

Mahu pergi ke Greece atau Hawaii?
GreEce..kagum ngan binaan rOme.sejak bile ak minat seni ni????

Hari jadi yang menarik tahun ini?
Menarik2~

Habis pun~

Sunday, November 23, 2008

Datang Lagi....~

Exam for 3weeks time..arghhh!!shud be more studying than talking!

(would it become true???hehe~)

Tidow je keje...bangunla!!!!Study.study.study.study.study.

Kepala pusing.

Sejuk.

Kering.

Serabot.

Dah2..

-back to study-

Sunday, November 16, 2008

THANKS!

Just arrived after going out wif our lovely mentors,
Abg Vedd n Kak Maria.
Thanks for all the treats!
I'm sure other mentees are holding a grudge towards us!
hehe~~jealous ke??
A beautiful night spent wif our kind mentors.
Don't have to ask for more.
It's fun!
pictures?yeah,i'm thinking bout uploading it too.
But,the thing is it's in Zuki's 'magical camera'.
Bile nk mintak eh??
huhu~~
Later I'll upload it up.
Promise!

Here's the pIc..^^


Saturday, November 15, 2008

.Winter.Winter.Winter.

Kami semUa excited menunggu winter.
Adakah winter exited menunggu kami??hehe..
rasa gembira,takut sume brcampur jadi satu.
Takut?iye,takut @ afraid atau lbh tepat lg dlm konteks
kitorg ni,NERVOUS.
Nervous nk tggu sejauh mana sejuknya winter nanti.
Kali ni blh la rasa mcmana sejuk smpai ke tulang hitam.
Ala...mcm slalu tulis dlm novel2 tu..huhu~~
Mesti ada yg ckp bile trbaca entri ni,
"Ekeleh,nak berbangga la tu."
Ada juga org yg mgkin kata.
"Buat bese sudey..."
Tapi ciksUnnyMiso tak kesah pun.
Katalah apa nk kata.
Janji mereka bahagia.
-dh habis-

Wednesday, November 12, 2008

Ohh..begitu..

Pernah dengar tentang novel Ketika Cinta Bertasbih nukilan Habiburrahman El Shirazy?
Penulis yang sama juga menulis novel Ayat-ayat Cinta yg kini sudah diadaptasi
ke layar perak.

Pada mulanya melihat novel ini yg sejujurnya ciksUnnyMiso pinjam dr housemate
yg begitu murah hati,cover depannya yg terlukis sebuah masjid dan keseluruhan cover
berwarna pink (atau juga disebut merah hati?) perasaan teruja tidak sedikit pun trcuit dlm hati.

Melihat shj ayat "Dwilogi Pembangunan Jiwa" yg tertaip dimuka depan novel,
sedikit sebanyak menghakis minat yg semmgnya tipis utk menghabiskan
novel yg satu ni.


trigt pula tika mendapat kiriman bungkusan dr kakak trcinta berisi dua buah novel
dari penulis favourite ciksUnnyMiso,Ramlie Awang Murshid,perasaan teruja
ketika itu spt tak dpt ditahan-tahan(betul ke perkataan ni??).

Berbeza plak dgn novel Ketika Cinta Bertasbih ini.
Mendgrkan tajuknya sahaja pasti anda semua dpt agak isi cerita ni,bukan?
Novel yg lebih menjurus ke arah Islam ini ciksUnnyMiso mulakn pembacaan
dgn perasaan biasa2 sahaja.

Tidak mengharapkan apa2 dari novel ini.Sekadar mengisi masa.
Namun perhitungan ciksUnnyMiso kali ni nmpknya silap.
Ternyata belum tamat lagi cerita ini dibaca,sesungguhnya banyak
betul ilmu yg dpt diperoleh,dicedok,dan dijadikn pengajaran.
Dan kali ini ciksUnnyMiso teringin berkongsi satu pengajaran yg dpt
dicedok dr novel ini.

Sesungguhnya apa yg ditulis oleh penulis novel ni menyedarkan ciksUnnyMiso betapa
ceteknya ilmu yg ada pd diri ni.

"Para ulama menganggap kemiskinan adalah teman akrab yang tidak boleh
ditinggalkan begitu sahaja.Justeru,kemiskinan itu,saat menuntut ilmu ,
harus benar2 dinikmati."


Begitulah keratan tulisan dari novel ini.
Korang faham maksudnya?
Aku pasti semua yg aku kenali termasuklah diri aku sendiri
selalu berfikir tentang duit.keselesaan.kesenangan.kemudahan,bukan?

Melihat dia membeli baju baru,kita juga terdorong melakukan perkara sama.
Melihat dia membeli mp3 baru,kita juga terdorong melakukan perkara sama.
Melihat kasut design terkini dgn diskaun hebat,terus memborong sakan.
Saat makan nasi dengan telur goreng,hati masih tidak puas,mahukan sekurang2 nya ayam goreng,ikan masak merah,etc.
Melihat keadaan rumah yg sempit,penuh nyamuk,lipas terasa ingin berpindah.
Sedarkah kita yg tanpa disedari kita telah menjadi seorg yg materialistik?

Korang tahu pasal kisah2 ini?
- Imam Ibnu Kharrasy prnh brcerita,"Demi mencari ilmu,aku pernah meminum air kencingku sendiri sebanyak lima kali.Ceritanya,sewaktu sedang berjalan melintasi gurun pasir untuk mendapatkn hadis,ak merasa kehausan luar biasa tanpa ada yang dapat aku minum.Maka dengan terpaksa aku meminum air kencingku sendiri."
- Imam Abu Hatim mengatakan,"Ketika sedang mencari hadis keadaanku benar2 menyedihkan.Kerana tidak mampu membeli sumbu lampu,pada suatu malam aku terpaksa keluar ke tempat pengawal yang terletak di tepi jalan.Aku belajar dengan menggunakan lampu penerang yang dipakai oleh tukang ronda.Dan terkadang tukang ronda tidur,aku yang menggantikannya meronda."

Namun nama2 besar dari kisah yg dipetik dalam novel inilah yang berjaya dalam hidup masing2 kerana mereka tidak pernah merungut,malahan menjadikan kemiskinan itu satu pemangkin untuk belajar.Kagum.
Ya,memang ciksUnnyMiso benar2 kagum dengan kesungguhan mereka.
Terasa hina pula diri ini.
Terasa tak bersyukurnya diri ini atas nikmat Allah yg berlimpah ruah.
Terasa ralatnya diri ini kerana lalai mengenai perkara ini.

Inilah kenyataan yg harus diterima.Hidup dalam kesederhanaan itu adalah yg terbaik.
Moga2 dapat kita mencontohi hidup para sahabat,nabi,dan para ulama terdahulu.
Amin.



Saturday, November 08, 2008

Jangan Mengeluh.....

Pernah baca buku Jangan Bersedih??
Dah lupa karya dari siapa tapi buku tu mmg best..
Tak rugi kalo baca.
Next entri ni aku jumpa masa tgh boring2 smbil tangan menekan mouse comp
tanpa hala tuju.
Satu kebenaran yg cikSunnyMiso rasa sewajarnya dikongsi bersama.
"Renung2kn dan slmt bramal!"(sekali lg mencedok ayat Prof.Izi)

Kita selalu Bertanya (dan Al-Quran sudah menjawabnya)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani ses
eorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MEN
JAWAB
"Cukupl
ah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. S
esungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Kalo korang baca betul2 pasti akan dapat mesej yg cuba disampaikan.
Bagi cikSunnyMiso sndiri,setiap kali baca artikel kat atas ni
selalu akan rasa betapa kita tak bersyukur ats nikmat yg kita kecapi selama ni..
Mengeluh itu,mengeluh ini.
Cuba kita ubah perkataan2 mengeluh kita tu kepada lafaz zikir,mcmane?
Kan ke lagi bgs?(dcni cikSunnyMiso juga mmpringati diri sndiri)
Tepuk dada,tanya selera^^




Sunday, November 02, 2008

-Satu hari di Mr. Pizza-

Entri kali ni khas utk member aku
yang ketika ini mgkin sedang lena dibuai mimpi.
(sekrg dh 2:19pg,mane taknya!hehe~~)
Sambil makan pizza edisi baru perisa ketam besar,
akhirnya dpt juga aku mengorek cerita 'hot' dr member ak ni.
Ceritanya tu membuat aku berfikir panjang.
Sepanjang lautan yg saujana mata memandang.(xde kaitan,sila abaikn)
Susahnya nak bina satu hubungan.
(hubungan ape?Lu Pikirlah Sendiri--->bak kata Nabil Raja Lawak dlm shownya)
Dan bila dh elok relationship tu
tetiba timbul pulak isu lain.
Hubungan biasa,atau lebih dr sekadar biasa?
(xtau la yg mmbaca ni paham ke x,tp anda dinasihatkn
supaya brfikir dgn matang br bley paham.hehe^^)
Itu la masalahnya bila sekrg umur dh semakin brtambah angkanya.
Tak mcm ms kecik2 dulu,cinta tu blh jd cinta monyet,
tak pun bak kata mat saleh,puppy love.
Sekarang sume kna serius.
Blaja kna serius.
Keje kna serius.
Berkawan?Kena serius jugak ke?
Simpati pula aku kat member ak ni.
Aku ni nasihat bleh jer beri,tp tu sume ak cedok dr mana2 buku atau artikel je la.
(ak ni kn suka membaca,ulat buku la katakan..kuikuikui)
Kata orang,lbh baik brtanya pd yg dh ada pengalaman.
Baru la real sket.huhu~~
arap2 selesai la masalah dia tu.
Ak tak kisah sape dia nak pilih.
Yang penting,aku gembira kalo kawan aku gembira.
Korang macamane??




ini piza.mcm la korang xtau.hehe~~



begini la agaknya situasi kwn aku tu ye..kehkehekeh



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...