Pages

Showing posts with label hOLidAy. Show all posts
Showing posts with label hOLidAy. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Hwacheon Sancheono Ice Festival[Memorabilia]

Cuti musim sejuk sudah pun lebih seminggu bermula untuk yang bergelar pelajar di negara Korea Selatan ini. Sementelah masa pun sudah tidak banyak berbaki untuk bergraduasi, kami mengambil keputusan mengikuti lawatan ke Hwacheon Sancheono Ice Festival. Urusan pembelian tiket dilakukan oleh sahabat baik yang dibuat melalui Groupon Korea(salah satu sebab lain haruslah kerana diskaun yg diberikan amat berbaloi!^^) 우정여행(Friendship Trip) spt yang kami namakan kali ini juga bersama dengan syarikat pelancongan BS Tour. Kami pernah mengikuti lawatan dengan syarikat yang sama ke ladang biri-biri dan tasik besar di Korea.

Seperti dirancang,Khamis(5 Jan 2013) kami bergerak menaiki tour bas berdekatan Shinchong station seawal jam 7:30am. Kami telah bersiap sedia memakai pakaian setebal yang mungkin kerana maklum dengan cuaca di kawasan lawatan yang merupakan bahagian paling sejuk di Korea Selatan. Perjalanan yang mengambil masa selama 2jam lebih itu kami isi dengan qada tidur sahaja. Seisi bas pun sunyi sepi petanda semua nyenyak dibuai mimpi. Lagi-lagi kami yang bertolak sebelum subuh(kira2 5:45am) kerana jarak hostel yg kami diami yang jauh dari tempat menaiki bas tour ini.

Setibanya di daerah Hwacheon,Kangwondo kira2 jam 10pagi tanpa berlengah kami terus berjalan kaki ke arah tempat berlangsungnya festival tersebut yang mengambil masa 10minit. Tiket masuk ke festival telahpun diuruskan oleh syarikat BS Tour seterusnya memudahkan lagi urusan kami. Kelihatan banyak tempat2 menarik di kawasan festival yang sangat luas. Tetapi kami mengambil keputusan untuk ke tempat memancing dalam ais. Kelihatan begitu ramai rakyat Korea yang berpusu-pusu mencuba memancing ikan. Pada mulanya kami menyangkakan sudah tidak ada tempat kosong untuk kami memancing tetapi sedang dalam perjalanan, seorang ahjusshi(pakcik) yang baik hati menunjukkan kami ke arah tempat memancing untuk pelancong. Alhamdulillah, tempat itu kelihatan lengang dan tidak sesak seperti di kawasan sebelumnya. Jadi tanpa berlengah kami bergegas ke sana dan membeli alat memancing yang kelihatan luar dari kebiasaan dan terus memasuki ke kawasan memancing yang sebenarnye adalah sebatang sungai yang sudah beku dek musim sejuk yang melanda.

Masuk sahaja ke tempat itu beberapa sukarelawan Korea yang fasih berbahasa Inggeris mula mengajar kami cara-cara untuk memancing ikan dalam ais (ice fishing) . Walaupun kami sebenarnya juga boleh berbahasa Korea, melihatkan mereka yang bersungguh-sungguh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, kami hanya berpura-pura sahaja seperti pelancong yang baru datang melancong ke Korea.
Sebelum memasukkan tali pancing ke dalam air, sukarelawan akan menebuk lubang menembusi ais yang tebal dan kemudian kami jatuhkan tali pancing sehingga ke dasar. Umpannya hanyalah replika ikan bilis sahaja. Entah2 digelakkan sahaja oleh ikan2 hidup di bawah sana. Tetapi dengan fikiran yang positif kami terus menghayunkan pancing kami ke atas dan ke bawah dalam gerak laju ke perlahan. Melihatkan beberapa pelancong lain bersorak gembira mendapat sehingga 2-3 ekor seorang, kami semakin bersemangat mencuba dan mencuba. Lama menunggu. Kaki sudah terasa beku berdiri di atas ais, sejuknya rasa seperti menyucuk-nyucuk ke tulang, tangan dan bahu juga terasa kebas kerana hampir sejam melakukan gerak yang sama. Salji yang tiba-tiba turun lebat jatuh ke muka juga membuatkan terasa mahu berputus asa. Menggigil bukan kepalang penangan suhu serendah -18 pada waktu itu. Dan tiba-tiba pancing yang dipegang terasa mengena sesuatu. Terus ditarik laju tali pancing yang panjang mencecah ke dasar sedikit demi sedikit sehinggalah ternampak kelibat ikan melibaskan ekornya di dalam air. Terus sahaja sorakan gembira terluah girang. Pelancong-pelancong lain siap bersorak bertepuk tangan. Sahabat2 juga turut gembira sambil berebut-rebut mahu mengambil gambar bersama hasil tangkapan amatur ini.:) Tidak lama selepas itu sahabatku yang seorang lagi juga berjaya menangkap seekor lagi ikan.

Akibat masa yang sudah semakin suntuk, kami mengambil keputusan untuk berhenti memancing dan pergi menikmati makan tengahari di restoren berdekatan. Hasil tangkapan juga dibakar dan isinya amatlah terasa manis dan segar. Kami yang kelaparan makan sehingga kekenyangan dan bergerak kembali ke bas tour.
Dalam perjalanan pulang, rombongan singgah ke sebuah Muzium Animasi yang menempatkan pelbagai info animasi di seluruh dunia. Kami mengambil kesempatan berada di bangunan itu untuk solat jamak takhir dan setelah itu berjalan sekitar bangunan mengambil gambar sebagai kenang kenangan.
Separuh perjalanan balik ke Seoul diisi dengan melihat keindahan panorama musim sejuk sepanjang jalan. Tetapi akibat keletihan kami terlelap sehinggalah bas tiba di Seoul kira-kira jam 6:30ptg. Walaupun kesejukan, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Lagipun saat-saat seperti inilah yang pasti akan dirindui bila masing-masing sudah membawa haluan sendiri. :)

*cubaan mengarang dalam bahasa baku.hehe.amacam,jadi tak?lol

Monday, September 26, 2011

Expose Korea #3 Bulnakji

Salam and good day readers.:)

Ok.next dalam segmen Ekpose Korea,


sejenis makanan pedas yang dinamakan Bulnakji (불낚지).
Bul (api : so i think it defined spiciness maybe?) Nakji (Sotong)


Dalam gambar tu kami makan di sebuah restoren di Myeong Dong,another tourist attraction
di Seoul, Korea. itu kali pertama makan *after almost 4years.ㅠ..ㅠ
and i LOOOVEE it.!sangat sedap ok.rase nye ade sikit2 macam sotong masak merah
with a twist.hehe.
anyway,banchan(side dish) yang mereka sediakan pun best2.
Untuk siapa2 yang tak tau, side dish ni dikira servis oleh most of the restaurants di Korea.
Kalau habis, boleh refill. Side dish je ok. Nak refill main dish, sila buka restoren sendiri la.teehee


Kedai ni namanya pun memang Bulnakji rasenye.
And hari2 ramai orang. Beratur panjang jugalah sebelum boleh dapat meja tu.
Masa pergi makan ni, untuk buka puasa.
Tapi masa azan, tengah beratur lagi.Ended up berbuka dengan Banana Milk bought by a friend
di kedai brdekatan.

Tapi penantian itu berbaloi laa.sebab sekali lagi,makanan die SEDAP.
Time order tu kena bagitau waiter nak saiz besar mana and kena bagitau level kepedasan.
Kami ambik level kepedasan yang normal sahaja dan saiz medium kalau tak silap.*untuk makan 5org
Level kepedasan yang normal pun memang dah cukup pedas.*u might wanna bear that in mind.;)
Harganya kalau tak silap KRW25000++ (RM68++)


Highly recommended untuk yang suke makan seafood n makanan pedas.!:)

Sunday, August 07, 2011

Melalui Ramadan



Entri latest aku adelah mengenai Nisfu Syaaban.
yg mane ditulis pada Julai 17.wahh.

rase baru je macam semlm tulis entri tu.haha.
saje buat alasan.

so,entri kali ni haruslah ucapan selamat untuk bulan Ramadan pula.
walaupun sudah hari ke-7,moga2 masih lagi kite bersemangat mengimarahkan
bulan mulia ini ye.

terbaca harini dalam majalah Solusi mengenai sebuah hadis, riwayat Imam Ahmad
yang menceritakan perbuatan Rasulullah saw yang sedang naik ke mimbar,
lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak 3 kali.
Selesai memberi khutbah,para sahabat pun bertanya kenapa disebut "amin" sebyk 3 kali?
Rasulullah saw menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa.Sangat kecewa dan rugilah bagi :

- Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat keatasnya.
- Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
- Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.

InsyaAllah moga kita semua tak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi seperti
disebutkan di atas.Nauzubillah.

Jadi buat rakan2 semua selamat berpuasa dan beribadat,
dan salam Ramadan buat semua ye.

Jom ramai2 kaut pahala dengan beramal ibadat seikhlasnye.!:)

Credit : pic from tumblr

Sunday, July 17, 2011

Salam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah.hidup lagi kita utk menerima buku amalan yg baru.
Salam nisfu Syaaban untuk semua.!:)

Malam yg penuh makna ni tahun lepas,aku ade kat Msia,
tapi tahun ni sambut di Korea aje.
ape apepun,syukur.Mana2 pun kita berada,bumi Allah tetap sama.
yang penting cara kita meraikan malam penuh rahmat ni.
insyaAllah smoga semua yg dah baca surah Yasin,
yang buat amal soleh malam ni,
dimakbulkan doa,ditingkatkan iman.

Yang tak tau ape tu Nisfu Syaaban,kelebihan bulan Syaaban,
ringan2 kanlah bertanya pada pakcik Google.
Alhamdulillah,dgn teknologi yg ade ini,
blhla guna utk kebaikan macam ini,ye tak?

tapi,dalam internet ni kadang2 ade info yg salah,
jadi,jangan hanya ambil dari satu sumber.
Jangan baca,terus percaya bulat2.
tengok dulu kesahihannye.Bila membaca perkara2 di internet ni,
minda kena tajam,kefahaman kna tinggi,
moga2 dilindungi kita dari perkara yg blh menggugat iman,
merosakkan jiwa ye.

Monday, January 31, 2011

Lotte World.Within the heart of Seoul.



Hari ni jom kita pegi Lotte World.
ok tipu.ni aktiviti yg dh lame lepas.masa haloween taun lepas.
jgn tny bila haloween sbb aku pun xtau tarikhnye.hehe

baiklah.bagi sesapa yg berminat nk dtg cni,jgn lupa amek tren line wrna hijau iaitu line 2,
turun dekat stesen nama Jamsil ok.
prjalanannye adelah ambik masa 30~40minit gitu dari tempat aku.
wktu pergi hari tu tgh ade diskaun runtuh.(sbb tu pegi,save duit banyaks=p)
diskaun khas utk foreigner.

smpai kat kaunter tiket,mak oii ramai kot foreigners.
sepatutnye kena tunjuk satu kupon yg print dr website utk sahkn kite ni foreigner.
tapi disebabkan kami yg 'unik' brtudung ni,
mmg sah2 la kami orang asing dr negara luar.yeay.!:)
tak perlula kami susah2 tunjuk kupon ye tuan2 dan puan2.

apa lagi,masukla kami dgn gembiranya.tapi gembira kami tak lama.
sebabnye mula2 masuk dh naik game yg sungguh extreme.
rasa nk trcabut jantung+keluar biji mata+gugur rambut naik game first tu.haha
itula.sape suruh masuk2 je trus main yg extreme.tapi kami tak serik pun.=p
walaupun seram setiapkali nak naik,
Alhamdulillah berjaya juge kami harungi.sesungguhnye kotak suara terasa sungguh pedih
sebab menjerit menyesal naik.ok.terlajak perahu boleh diundur,dah naik takleh turun balik dah.=_=

main punye main,yeay.!lunch time.!baiklah mane cari makanan??tak perlula nak mimpi
cari kdai makan dalam kwsn lotte world ni ye.memang tak ada.
setakat waffle,french fries tu ade la.nasi berlauk,roti canai,sahla memang tak ada.
tapi tak ape.kami kan bakal engineer yg bijaksana.hehe
apalagi,sudah pasti la kami bawa bekal.nyum2.
bekal pun,takdela mewah sangat.sekadar nasi impit cicah serunding.tupun nikmat oiii.
Alhamdulillah,kenyang perut,it's time to sembahyang.
Solat jgn lupa ye adik2.tapi susah juge mau cari tmpt semayang dlm ni,
tapi kewajipan msti ditunaikn ok.jgn risau,Allah msti tolong hamba yg nak 'bertemu' denganNya kan?baiklah dah siap solat,sambung main lagi.hehe

satu hari main di Lotte World.saje2 je release stress disamping menyulam memori
indah dgn sahabat.chewahh.
insyaAllah lain kali boleh main sama2 lagi ye.:)

Monday, July 19, 2010

Where in the world are this girl??



oh.happy day.oh happy day...=)

3days at home.so far,i could'nt ask for more.i feel blessed!syukur,Alhamdulillah^_^

Alhamdulillah,flight dari Seoul-kL was'nt too bad.
guess what.dapat naik business class dowh.ahaha.
ok.jgn buat muka menyampah.sape tak gembira beb.
engko tempah tiket ekonomi class je,tup2 dpt masuk business class.
auwww.melompat gembira youuuu.=p
igt nk amek gambar,posing2 sket dlm business class.tp,kamera
takde plak.lupe nak letak dlm hand luggage la plaks.
bagus gak.kang aku sorg je yg nampak jakun.ahaha.
mcmla tak jakun ko duk tulis post pasal ko buleh duk business class oii!(-_-=)
tapi otw flight tu,cuaca tak berapa elok.byk kali la duk goyang2,
senget kiri,senget kanan.aduhhh.
dlm kepala ni dah duk hafal cara2 nak pakai jaket keselamatan dah haa.huhu.psiko ke aku??=p
nak kurangkan ke-fobia-an aku tu,ak pun tgkla muvi crite seram.
haha.nasib baik ak tak jerit sorang2 mcm org gila.

uishh.part paling best duk business class.MAKAN SUPERB!
haha.die punya serving satu2 haa.mula2 appetizer,pastu main menu,
pastu buah.pastu dessert.fuhhh.appetizer je pun dah makan sate dowh.
ahhh.rase gembira spt terapung di awangan.eh jap.mmg pun.kan atas flight tu.ehehe(-_-=)
tapi disebabkan keadaan kapal terbang yang tak berapa nak stabil,
tak dapat nak enjoy sangat makanannye.dapat merasa setiap menu sikit2 je.
yela.dah kapal terbangnye tak beri kerjasama.
senget situ,senget sini,perut pun jadi tak berapa best.=(
damn u flight!ehehe


ok.flight took almost 6hours.seperti biasa,sepanjang flight,aku tido2 ayam sahaja.
sentiasa diganggu para steward yang duk tanya mau makan apa.aduii..ㅠㅠ
akhirnye.yeayyyyy!sampai juga di kLia.(prof aku panggil KLIA tu klia.instead of sebut abjadnye)

then jumpa kawan di kLia,semayang,makan2.
pastu off to terengganu pulak.kali ni takdenye nak dapat naik business class.
dah balik ke ekonomi laaa.hehe

wah.panjang jugak post aku kali ni ye.
sedangkan purpose utamanya nak bagitau aku dah balik Malaysia je pun.teehee=p

i LooooooooooooOooVEEEeee Malaysia!xoxo

Sunday, July 04, 2010

Pr-a-k-ti-k-al

ohoiii penduduk kampung sume.
ape khabar orang disana..!!!ahaks.

kat atas ini adalah pembuka kata utk entri yg julung kali dibuat
slps hmpir 2 bulan berkubur.=p

oh.life semasa cuti dicni sggh bosan.lain la kalo aku kat m'sia sekarang ni.
time2 bosan bley gak kayuh basikal gi pantai.
ahaha.ok tipu je bab kayuh basikal.
tp btol woo.kalo bosan bley gi pantai,
tak pun gi makan kat gerai tepi pantai.pantai.pantai.pantai.

dah nak dekat sebulan gak cuti ni.sekarang masih lg x habis buat praktikal.
praktikal macamana?toksah cakap lah.nightmare kot.
tggl lagi 5hari nak praktikal.tp 5hari pun rasa cam 5bulan.adoi.
lepas ni bulehla bebas dari pemerintahan kuku besi bos kami.ahahahaha.
sakit woo badan.hari2 keje bongkok2.kadang2 brdiri 3-4jam.
keje dari pagi 9 smpai malam kul 9.
nak nangis pun ade oiii.sabo je lah.dah insaf dah ak ni.
lps ni kena blaja btol2 kalo tak nak jadi kuli!*semangat*



ha.barang kat atas ni la yg kami duk buat hari2 dari pagi smpai malam.bukan berpuluh unit oii.
satu hari ade la kna buat smpai 400~500 unit.memang btol2 seperti korean dah aku buat keje.
laju tak hengat.muka seriuuuuus je.

bos,boleh tak kalo sy nak buat praktikal smpai esok je.....?*kalo cakap mcm ni,agak2 2bakul kot aku kena sumpah seranah.hehe*

Tuesday, April 27, 2010

Spring Tease Me Again..!



The naked earth is warm with this serene spring,
And with green grass and tall trees
The sunny breeze,the peaceful calm wind
And love sprung lively in the air
How glad I am to witness this beauty again.
Spring,please.....stay.

- Dilla Taib


**i give u all readers this banner as a gift.it was taken by me using my friend's DSLR.
gosh.when will i can afford to buy it?hehe..=p

People said "A love isn't just a love until u give it away."
So.here i'm.Spreading my love to all...!
Have a nice day everyone=)

Thursday, April 08, 2010

Pokok pakai baju...?

Hari ini cuaca sangat baik.
Tapi pagi2 lagi seawal jam 9pagi (8am wktu m'sia)
kepala dah start sakit.
oh.ini bukan sakit sebab penyakit.
Tapi sebab tak paham ape la yg dibebel kn lecture kan depan.
arghhhhh.
2minggu depan dah nak start exam.
Minggu depan plak ade quiz engineering math.
G.R.E.A.T.
nampaknye minggu yang ditakuti tiba juga akhirnye.
padan muka ko.masa belajar main2.bkn nak belajar betul2.haha

oh.tapi ade yg best.SPRING season dah tiba...!
sangat suka time ini.
dah sebulan lebih dok melihat ranting,pokok kering yg cam tak pakai baju.hehe
so,dh tiba masa utk cuci mata tengok bunga2 plaks.wiiiii=)
insyaAllah kalo 'ter'pergi taman,
nati saye upload gambar2.wait for it ye.=)
sekian(-_-)

Saturday, February 20, 2010

Akademi Fantasia?

opss.ade kaitan ke ngan title nih.
hehe.
actually,ak baru je abis karaoke-ing with family.
dah nak tercabut anak tekak ni nyanyi.
hentam hampir semua jenis lagu dah.
dari 80's smpai ke la yang terkini.
muahahaha
skali skala ape salahnye kn.
tp mula2 gi tu cam scary gile.
sume laki je yg nmpk bertenggek depan kdai tu ha.
nasib baek kitorg amek yg bilik punye.
xdela org nmpk sgt kite duk nyanyi.
ye la kan.org kite ni kadang2 bile tgk
org pompuan pegi tmpt2 mcm tu mulalah nak buat persepsi buruk
tapi kalo lelaki yg gi takpe plak.ish2..
alamak,ter-nagging la plak.hehe
neway,hiburan ni bg aku tak salah kalo kena pada tempatnye.
yg pntng,berpada2.pndai2 la kite jage diri sndiri ye=)
peace.no war~

Thursday, February 11, 2010

Key to happiness


oh indahnye hr spt ini.
langit cerah saje.
mendung pun xde.
.inilah yg buat ak dok merindu
M'sia bile dtgnye time
'mendung' bila jauh dari sini.
it's my getaway to happiness.=)
oh.terlupa nk tny.
sape nk sponsor aku balik cuti lg 3-4bln akn dtg?
hehe=P
:sinchan

**aku teruja tgk benda itu menari.yiehhaaa♪♫=)

Wednesday, January 27, 2010

Burung hantu

Okes bloggers skalian...(bajet rmai sgt ler yg baca blog buruk ni.huhu)
sekrg 3:30am.wktu Malaysia trchenta.
aku rase ak dh brtukar jadi burung hantu.
aiseymen.siang aku tido,malam brjaga.
kalo jaga saje2 xpe gak jd pakguard umah ni,
tp sibuk tgk movie la,men game la.hish.sampah masyarakat btol.hehe
eh2.sekrg dh ade keje baru.
tlg mak jahit baju.jahit tgn je.kalo pkai mesin,hbs rosak sumenye ak kerjakan.hehe

so,sekrg baru siap jahit tgn sehelai bj kurung.
sehelai amek mase 2jam.mak ak buat 20minit je.huhu.
eh.pleaseee..saye budak br belajar=P
lps dh siap td,sibuk kejar kucing plak.degil xnk kuar umah.
dicakar nyer tgn aku yg halus mulus nih.(trn lagi mas kawen ak=P)
adoi.kuang ajo pnye kucing,xmo bagi makan karang padan muke!huh.
btuah btol jdi kucing ak tau.cakar2 pun dpt mknn gaks.
cube manusia.time lapo je ko tampar org,ade org nk bg ko mknn ke?

oh.lupe.td gi jenguk bekas majikan aku.
ala tmpt ak jd maid sementara tu.(bkn bibik ok=P)
dh beso2 anaknye sume.
umah pun makin beso.huh.jeles.
(trigt time keje dlu kna mop satu umah.smpai sakit2 bdn dbuatnye.
maklumlah,umah beso beb=P)
ha.agaknye hr ni ak punye hari brtemu majikan kot.
pstu time gi mart tup2 trserempak ngan
rakan sekerja ak kat nursery dlu.hehe.rakan sekerja?lawak je dgr.
namenye k.ya.dh advanced die sekrg.
nk tau nape?die dh buka nursery sendiri.partner ngan sorg lg kwn die.
uishh.Alhamdulillah.
sape kate kije nursery xleh kaye?
dimana ade kemahuan dictu ade highway la.eh silap.
ni sume penangan filem Adnan Sempit la ni.huhu
ok2.ulang blk.
dimane ad kemahuan,dictu ade jalannye=)
peace.no war=)

Tuesday, January 19, 2010

Tain

Kucing aku(Tain)
kena bedah utk ikat rahim hr ni.
kesian die.huhu
tp it's all for good.
lps amek dr hospital td
die nmpk cam mamai je lg.
penangan ubat bius la tu.
hope everything is fine=)
well.it's already 19th of jan.
11days at home.still feeling like heaven=P
orait.that's it.gotta go.
salam.

Sunday, January 10, 2010

Welcome back.

Alhamdulillah.dah pun selamat sampai ke M'sia.
gonna live this holiday to the fullest!huhu
well.hari pegi Incheon Airport utk naek flight amat2 la memeritkan.
teksi tak nak ambil penumpang sbb jalan jam gile.
aduii.sebabnye salji tebal yg buat keta brgerak cam siput.
wktu tu suhu -17 kalo tak silap.
memang sejuk tak ingat.dah nak blk m'sia,so takdela
pkai tebal2 sgt kn.dgn satu beg besar tu tarik ke hulu hilir cari teksi.
huhu.kalo terigt sekrg ni pun.rase cam tak percaya buleh survive.hehe
jalannye usah dikata la.macam jalan ats air batu yg maen ice skating tu.
licin tak hingat.byk kali gak ak menggelongsor.
aduii..tapi whteva it is,it's all hv been paid well.
susah2 pun,akhirnye dpt gak blk m'sia.
menikmati kehidupan di M'sia yg tramat2 la best ni.hehe.
ok.itu sahaja update utk kali ni.
ha.kalo ade sape2 nak ajk lepak tu jomla yer.=)
adiosZ!

Tuesday, November 03, 2009

Senyum sampai telinga=)

Kami cuti seminggu!!
wah.ini sudah bagus.
hari ini temperature drops smpai -4.
blom habis terkejut lagi neh.autumn,tapi dah mcm winter.
aish.tadi balik dari kelas,buka emel.
"Anda dilarang ke kelas selama seminggu bermula hari ini."
sebabnye?ape lagi.kes h1n1.dah ramai yg jadi suspect virus nih.
hmm.risau ade jugak.tapi papepun kpd yg tengah sakit tu,
ciksunny doakan moga cepat sembuh ye.InsyaAllah.=)
nak buat ape ye cuti seminggu?
......................
......................
......................
.........still xde jawapan.
hmm.kna siapkan kerja yg paling penting.
then,ape lagi ye??
guling2 atas tilam smbil berbalut selimut tebal.ini sudah semestinya.
tipulah sape tak suka 'aktiviti' neh.nak2 dikala kesejukan melanda neh.
papepun,sume2 silalah jaga kesihatan masing2.
yg ade kat korea ni,jgn lupe pkai baju tebal2.
kalo ciksunny takpe,dah ade 'penebat haba' dalam badan.hehe
yg kat m'sia plak,
musim2 hujan ni tak perlulah nak bermandi manda dekat sungai ke,
tasik ke,air terjun ke,bahkan kat longkang skali pun.
bahaya tau.(ini sebab byk jadi kes mati lemas.)
so,sume.selamat meneruskan aktiviti harian anda.
sekarang ni dah tiba time to golek2 atas tilam.
yiiihhhaaaa!!!!=)


**met wif miss Lee Sun Mi last night.had a really delicious dinner and we even met with the SBS mc for Challenge Golden Bell!yet another memory was made=)

Saturday, August 08, 2009

-::Perak Getaway::-

Salam sejahtera sume.
Sori lame tak update blog ni.
tOo busy.haha
yerla tuh.
hmm.still remember the previous post i wrote bout the cool stories tht i would like to share?
ok.so inilah masenya.huhu.
it's all bout my trip to Perak Darul Ridzuan.
Trip yg memkn mase 4hr 3mlm tu mmg best giler2.

Thanks to tuan rumah,cikcaCingpInk n da rest of da family yg bg tumpang
tido kat umah dgn hospitality yg mmg 1st class.Tenkiu2.
Timakaseh jugak kat driver yg begitu brpengalaman sekrg ni,cikcaCingpInk.huhu.
Prjlnn ke Ipoh mmg satu pengalaman yg xdpt lupe smpai bila2.
Sumenya yg ad dlm keta(ciksUnny duk dpn,3kat blkg.advantage gak jd ciksUnny nih.hehe)
wlpn mengantuk,ditahan jugak.
Sumenya bukak mata luas2.Perhati traffic light,garisan tgh,garisan tepi,
keta blakang.keta dpn,jln masuk,jln kuar.
Sumenya alert.huhu
Biasalah kn,dh lebih sethn setgh tak pegang stereng kereta.
Agk kelam kabutlah gak jadinye.Tp itula namenya adventure.kan3?
Bila dh habis jadi 'tebal' sume kulit muka,akhirnye smpai gak
kami kat destinasi dituju.hehe.LostWorldOfTambun!main2 air smpai pucat kulit kaki dn tgn.
hehe.(tp men ngan ombak buatan is the most tiring one!:p)
naik turun bukit nk men gelongsor.sume dh dicube.
puas2 men.kitorg gerak plak kat bdr Ipoh.
jln2 cari makan plak kat ctu.Lapo maa..huhu.(sempat gak shopping satu dua benda!hehe)

Hari ke-3 ditruskn lg ngan trip ke PulauPangkor.
Wlpn panas terik tp mmg x dpt nafikn yg the beach was magnificent!mmg cantik wa ckp lu.huhu
(thanks to Mr.Driver yg bwk kitorg jln2 sekitar P.Pangkor.rm1o sorg tau!naek van wrna pink.jln kat ctu mcm naek roller coaster!hehe)
Setgh hari kat P.Pangkor,kitorg gerak balik ke Lumut.(umah cikcaCingpInk kat ctu).
Pastu ptg tu kitorg gerak ke Teluk Batik.
Slalu gak dgr nama tmpt ni.Akhirnye dpt gak peluang pegi sane.
Cantik gak pntai die.Kitorg ape lagi.Mandi manda la jwbnye.
Overall,trip kitorg ni byk dihabiskn dgn aktiviti air.hehe.
Papepun jjangita!(terbaik)

Sape2 yg tgh bosan2 tu silalah brkunjung ke Perak.
Byk btol tmpt menarik kat sane.Blom cube blom tau!hehe
(rakyat Perak,sila bg kredit kat ciksUnny sbb tlg promote.hehe)
Sememangnye tak rugi brhabis duit utk pegi trip yg mcm ni.
M'sia pun byk tmpt menarik.
"So,jgn lokek brbelanja utk holiday dlm negara,"pesanan dr kerajaan M'sia.hehe:p

Thursday, July 23, 2009

In Holiday~

Updating from the hotel's lobby.
Just got back from Kuantan.
Had a chance to view the scenery of Cherating Beach.
magnificent!huhu.
ate a lot of durian at the parking site with a lot of people passing by.
did'nt care much bout them though.huhu~
really enjoying the durian while being entertain by the sea's cool breeze.
i'm going to miss all this when i leave Malaysia next month.
how time had gone so fast!
ok2.chill out.
there's a lot more to come.
and a lot more of cool stories to be share!
wait for it!^^

**just read the whole stories about Neil Armstrong's fake moon landing.not sure which one is true right now.which one must i believe in??hmm.tp mcm org melayu kate,"kalo takde angin masakan pokok brgoyang," kan??sure enough,there are conspiracy behind all this!

Tuesday, July 21, 2009

Ganu Kite!!

Alhamdulillah.
Akhirnye trip ke Trganu mggu lps dah pun brakhir dgn jayanye..
Probably one of the most memorable trip ever!
Byk jugak tempat yg pegi.
Sekadar menyebut,Taman Tamadun Islam,Pasar Payang,Rantau Abang,Sekayu
dn byk lagi..
Berkelah di Sekayu pun best.
Mandi manda smbil makan2.
Tiap masa pun makan je kejenya.Rambutan,manggis,nasi dagang jadi menu kitorg hari tu.
Memang best la wktu tu wlpn ade cket gangguan dari bbrp bdk2 lelaki yg xtau malu.huhu
neway,wlpn lebam2,luka sane sini,Sekayu mmg best.
Suasana hutan yg masih terpelihara,bunyi air,bunyi serangga.ciksUnny bagi 5star lah!^^
tp hari tu berkelah dkt bawah je.my dad tak bagi naik smpai waterfall,bahaye kat ctu.
Alhamdulillah,xde pape yg buruk brlaku.We all had a great time that day!
Wktu di Awang's Chalet,Rantau Abang pun best gak.
Lepak kat pantai smbil makan2 dn mengira bintang2 di langit smpai jauh malam.
hehe.
Bunyi air pantai,bintang berkelip2,bau air laut.Indah betul ciptaan Allah..
One night spent at the Rantau Abang beach was really awesome.rasa mcm tourist!hehe
Hajatnye nak tgk matahari terbit pagi tu,tapi tgk2 dh msk subuh pun takde
nmpk tanda2 matahari muncul.
So,we just assume that the cloud was too thick that we could'nt see the sun clearly.
Neway,3days with friends made me really happy.
Hoping someday bley cuti same2 lagi.
Korg terbaik!!^^

**dah puas mkn keropok lekor terengganu ke??hehe..

Friday, July 10, 2009

Masih ada yang sayang...

Salam sejahtera semua..

ok.hari ni rasa nak berkongsi cerita ttg kisah seribu satu malam.huhu.

sudilah bace smpai habis ye.

nak dijadikan cerita malam tu ciksUnny berada di ibu negara(ceh,'ibu negara' tu..)

utk hadir ke majlis kahwin salah sorg senior yg chantek lg menawan iaitu k.syifa.(majlis grand,suke la.nanti nk mjlis kawen camtu bleh?)hehe..

majlis tu brlangsung kat sebuah dewan di shah alam.rmai jugak jupe senior2 yg len.tp

maafla utk senior2 yg ciksUnny tak sempat jumpe,yelakan,ciksUnny ni pun ikut org.so,

takleh la nak merewang suke2 hati.huhu..

ok.habis makan2 sume(makanan mmg best.cenderahati plak dpt chopstik sepsg!menarik!^^)

trus la ciksUnny dn sorg sahabat brjln2 ke intec(saje nk mengimbau ms lampau.hehe).

kitorg round plaza alam sentral,kompleks pkns,pekena cendol femes kat dpn giant sh alam seksyen 18,pstu paling best makan kat restoren sup utara.fuhhh..masyukk..hehe

dah habis round tu tetiba ciksUnny dpt panggilan dr mak ciksUnny minta turun ke KL.(sbnrnye hmpir satu famili ade kat kL,anto my sis start sem baru kat um).

mase mula2 tu,mmg mls sgt nk turun.tp lps shbt ciksUnny pujuk2 akhirnye turun la ciksUnny ke kL dgn prsn yg tak tentu hala.

haa..hari tu skali lg ciksUnny kalah dengan syaitan tau.kalah jugak ngan nafsu sendiri.ciksUnny marah2 je hari tu.hati ni asyik membara je.astaghfirullah..

so,on da way nk ke hotel tmpt kitorg stay tu,rupe2 nya ciksUnny dh salah naek LRT.dlm kepala dh fikir,ni ler balasannye marah2 sgt.tp hati ni ttp gak nk salahkn org len.teruk btol la ciksUnny ni.angin satu badan tol mlm tu.

pastu mase tu dh mmg mlm sgt,tiba2 rs takut,seram sejuk.sume crite2 tak elok psl m'sia menerawang dlm otak nih.bunuh,rogol,ragut,culik.arghhh!!mase tu nak pandang muke org len pun tak berani!huhu.

akhirnye lps kalut2 cr jln balik,ciksUny truskn dgn naek teksi utk ke hotel.ms tahan teksi tu mmg berdoa byk2 moga dijauhkn perkara yg tak elok.tmpt ciksUnny tahan teksi tu pun cam gelap semcm.seram sejuk badan mmg tak habes lg waktu tu..uishh..cam mimpi ngeri pun ade..

Alhamdulillah,akhirnye sebuah teksi berenti btol2 dpn ciksUnny.bila jenguk ke dlm,drivernya sorg pakcik berkopiah.dgn lafaz bismillah,ciksUnny naek je la teksi tu.igtkn dh hbs rase takut,tiba2 setan skali lg mainkn peranannye.dihasutnye fikiran ciksUnny ni dgn berita2 pemandu teksi M'sia yg lagaknye baik,tp sbnrnye ade udang di sebalik megi,eh di sebalik batu.

seram sejuk kembali lg.dup.dap.dup.dap.cam nk pecah jantung ni berdegup kencang bak larian juara pecut,watson nyambek.tiba2 dpt idea.ciksUnny amek hp ciksUnny dlm kocek seluar.pastu simpan pakcik tu punye nombor plat teksi yg trlekat kat bhgn dpn keta tu.dlm hati mase tu siap brmonolog sndiri lg,"kalo ade pape jd kat ak,kenala ko pakcik!"

slps bbrp minit,akhirnye smpai la ciksUnny ke hotel yg dituju.mase ciksUnny tgh cari duit utk bayar kat pakcik teksi tu tiba2 pakcik tu bersuara."nak,malam2 mcm ni jangan jalan kat lorong belakang hotel tu.bahaya."

ciksUnny angguk smbil perasaan bersalah menjalar dlm hati.

ciksUnny hulur duit rm5."Terima kasih,assalamualaikum,"kate pakcik tu smbil mghulurkan baki duit.

"Sama2.waalaikummussalam,"ciksUnny membalas dengan senyuman ikhlas dari hati yg dihantui rasa bersalah.

"Rupa2nya masih ada yang sayang."

**Sebab itulah kita dianjurkan untuk sentiasa bersangka baik pada sesiapa sahaja.Jangan menghakimi hanya dengan mendengar atau membaca.Akhir kata,Selamat Pengantin Baru untuk Kak Syifa dan suami.Semoga berkekalan sehingga akhir hayat,insyaAllah^^.

Friday, June 26, 2009

~~~~~~~Finally~~~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim..
Yes!dpt juga peluang tulis first posting dr Malaysia ni.
huhu..
Malaysia?
yup,sekarang ciksUnny dah pun selamat sampai ke Malaysia,
atau lebih tepat lagi sudah pun berada di Terengganu,
negeri tercinta pada jam 9mlm semalam.
Alhamdulillah,perjalanan berjalan dgn lancar.
Thanks to ciFarahblingbling and family yg sudi jd 'family sementara' ciksUnny
sementelah smpai di KLIA.
Trigt pulak kate cikFarahblingbling,"family aku pun,family ko jugak."
Bila difikir balik kami budak2 83 ni dah hidup mcm satu famili.
Teringat pulak,kalo ade famili sape2 hantar barang,kitorg akn nikmati sama2,
kalo nak mkn mknn sedap2 masing2 akn tanye resepi dr famili masing2,
makan pun sama2,semayang same2..
haaa..baru je beberapa hari tak jupe ngan dorg,dh pun rase rindu.
huhu..
Setahun lima bulan dah idup bersama.
Sama2 harung suka dan duka.
Tanpa famili,kat Korea tu,kawan tu ibarat adik bradik.
malahan blh dikatakn lebih dari famili kot.
Itulah hakikatnya.Dan sebenarnya,ikatan akidah antara kami
yang sebenarnye memaniskan lagi prjalanan idup di Korea tu.
Dan kali ni bila dah kena berpisah utk cuti summer ni,mula la rasa rindu.
Tak buleh nak bayang plak nati bila dh 4thn kemudian.
Kena berpisah utk same2 harung hidup masing2.
Tapi rasenye eloklah kalo buat masa ni,
ciksUnny cuma nak live this life to the fullest.
Kalo kita terlalu fikirkan pasal sedih2 ni,tak jadi buat kerja.
semoga sahabat2 sume dapat bercuti dengan penuh gembira.
Jaga kesihatan masing2.
Insyaallah,kita jupe lagi nati ye..
Kalo free2 tu datanglah ke Terengganu ok?
takpun kalo on da way nak gi mana2 tu,
lalu ikut Terengganu,singgah2 ler umah ciksUnny ye.^^

**dua hari,dah mcm2 benda makan.ish2..nati lps 2 bulan ape rupe la aku nati ye..hehe
-aku suka Malaysia!-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...