Sunday, October 09, 2011
Ada apa dengan Nasi Lemak 2.0 ?
Setelah waktu tayangan di pawagam tamat,cerita ini kembali menemui
penonton di channel Astro First.and u know how the drill....
when it's on AstroFirst,it'll be anywhere in the internet.hehe.
baiklah.since banyak mixed review tentang filem ni di internet,
aku rasa nak join untuk buat review tentang filem ni sebab aku rasa
filem ini menarik sebab lain dari konsep filem2 stereotaip lain yang dihasilkan
ramai penerbit2 filem tempatan.
aku bukanlah peminat Namawee.Mahupun menyokong tindakannya
yang kadang2 over the top.Tapi bila aku tengok filem, aku lebih suka tengok
kepada jalan cerita or konsep nye.Wah bunyi macam pengkritik
filem profesional. Bear in mind. Ini hanyalah pandangan seorg student engineering yang
masih belum habis belajar yg ade hobi menonton filem.
Aku bukanlah jenis suka tengok muka2 jambu baru berminat
tengok.So,no bias whatsoever.
Dari segi humor,filem ni memang sangat kelakar.
No sarcastic humor. Cuma scene2 yang memang nampak spontan
tapi dalam masa yg sama mencuit hati.
Bila tonton cerita ni aku dapat rasa keharmonian antara kaum
yang ditonjolkan dengan cara yang aku rasa sangat rare.
Kalau nak rasa apa yang aku rasa, memang kena tengok dulu baru tau.
Tapi satu perkara penting untuk tengok cerita ni tanpa perasaan tertanya2 atau jelik,
kamu semua mestilah seorang rakyat Malaysia yang ambil tahu tentang isu2 yang
berlaku dalam negara.Kerana dalam cerita ni banyak makna2 tersembunyi di sebalik
scene2 yang ada. Even setiap karakter dalam cerita ini pun banyak membawa
pelbagai moral values dan makna tersendiri.
Kalau kamu semua jenis yang hidup dalam dunia sendiri, tak tahu menahu tentang
kontroversi dalam negara, this film is definitely not for you.
Lepas tengok filem ni, aku rasa Namawee adelah the Chinese version of Mamat Khalid.
Filem2 Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang,
Hantu Kak Limah Balik Rumah, dan macam2 lagi semuanya ade makna tersendiri
dalam sesetengan scene. Sama ada memerli dunia politik juga isu2 lain dalam negara.
Jadi kesimpulannya filem ini adalah filem MESTI tonton.
Keunikan berbilang kaum yang ada di Malaysia memang ditonjolkan dengan indah
dalam cerita ini.
Kalau anda suka makan nasi lemak,anda mesti juga tonton filem ini.hehe
Plus,lagu2 dalam filem ini juga best. My favourite lagu adalah yg ala2 bollywood tu.
Now,mane aku nak cari nasi lemak kat Korea ni.?
*untuk review yang lebih mantap dan ada tulis tentang makna2 certain scene dalam filem,
klik HERE (review dalam English)
untuk sinopsis,lagu2,casts,boleh pergi ke official website filem ini.HERE
Monday, September 12, 2011
Benci 'keluarga'?
yang berbunyi,
"Kadang2 mempunyai sebuah keluarga memberi kita bebanan,kesusahan,
tapi realitinya,merekalah yang akan tolong kita melalui kepayahan dalam hidup."
Terus terbayang kehidupan 'berkeluarga' aku selama ni.
Perlu diingat,'keluarga' disini bukanlah maksud mmpunyai suami,anak atau isteri sahaja.
'Keluarga' bagi aku merangkumi hampir semua ikatan persaudaraan.
Sama ada dengan ibu bapa,adik beradik,sanak saudara,mahupun sahabat handai.
Dan,ya.Kadang2 disebabkan mereka2 yang aku sebutkn di atas,
aku perlu melalui kesusahan,memikul beban.
Di manalah adanya keluarga yang serba sempurna.?
Kadang2 kita bergaduh berselisih faham,
tapi tanpa kita sedar,
merekalah juga yang membantu kita melalui setiap kesusahan dalam
hidup yang penuh dugaan ini.
Terserah pada individu macam mana hendak menilai
dari segi apa 'keluarga' ini membantu kita mengharungi kepayahan.
Kalau kita hanya tumpukan pada keburukan,pada kebencian setiap masa,
sudah pasti sukar bagi kita untuk menemui kebaikan,kegembiraan.
Perlu diingat,segala telahan kita tentang apa yang berlaku
dalam hidup mencerminkan keredhaan kita menghadapi ujian Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (berbaik sangka) terhadap ALLAH.”
- Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.
Allah sudah tentukan semuanya untuk kita.
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (luh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.”
- Surah Al Hadid :22-23
Kegembiraan,kesedihan,kepayahan,kesenangan,semuanya sebenarnya satu ujian untuk kita.
Ujian untuk mengukuhkan iman kita.
Allah tidak menjadikan sesuatu benda atau perkara untuk sia-sia.
Pernahkah kita terfikir apa hikmahnya kita mempunyai keluarga?
Hikmahnya kita dikurniakan teman untuk bersama-sama menjalani hidup?
Fikirkanlah.
Tidak semuanya bertuah seperti sebahagian dari kita.
“Di kalangan mereka (manusia) ada yang celaka dan ada yang bahagia.”
– Surah Hud: 105
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Hargailah 'keluarga' yang kita ada sekarang sebaiknya.
InsyaAllah semoga silaturahim dan ukhwah antara kita
dapat memberi seribu manfaat dan mendapat redha Allah.
Demi Tuhan yang satu,saya sayang 'keluarga' saya.
Anda bagaimana?
Rasulullah (saw) bersabda :
Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
*rujukan
sumber 1, sumber 2, sumber 3
Sunday, August 07, 2011
Melalui Ramadan
Entri latest aku adelah mengenai Nisfu Syaaban.
yg mane ditulis pada Julai 17.wahh.
rase baru je macam semlm tulis entri tu.haha.
saje buat alasan.
so,entri kali ni haruslah ucapan selamat untuk bulan Ramadan pula.
walaupun sudah hari ke-7,moga2 masih lagi kite bersemangat mengimarahkan
bulan mulia ini ye.
terbaca harini dalam majalah Solusi mengenai sebuah hadis, riwayat Imam Ahmad
yang menceritakan perbuatan Rasulullah saw yang sedang naik ke mimbar,
lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak 3 kali.
Selesai memberi khutbah,para sahabat pun bertanya kenapa disebut "amin" sebyk 3 kali?
Rasulullah saw menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa.Sangat kecewa dan rugilah bagi :
- Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat keatasnya.
- Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
- Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.
InsyaAllah moga kita semua tak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi seperti
disebutkan di atas.Nauzubillah.
Jadi buat rakan2 semua selamat berpuasa dan beribadat,
dan salam Ramadan buat semua ye.
Jom ramai2 kaut pahala dengan beramal ibadat seikhlasnye.!:)
Credit : pic from tumblr
Sunday, July 17, 2011
Salam Nisfu Syaaban
Salam nisfu Syaaban untuk semua.!:)
Malam yg penuh makna ni tahun lepas,aku ade kat Msia,
tapi tahun ni sambut di Korea aje.
ape apepun,syukur.Mana2 pun kita berada,bumi Allah tetap sama.
yang penting cara kita meraikan malam penuh rahmat ni.
insyaAllah smoga semua yg dah baca surah Yasin,
yang buat amal soleh malam ni,
dimakbulkan doa,ditingkatkan iman.
Yang tak tau ape tu Nisfu Syaaban,kelebihan bulan Syaaban,
ringan2 kanlah bertanya pada pakcik Google.
Alhamdulillah,dgn teknologi yg ade ini,
blhla guna utk kebaikan macam ini,ye tak?
tapi,dalam internet ni kadang2 ade info yg salah,
jadi,jangan hanya ambil dari satu sumber.
Jangan baca,terus percaya bulat2.
tengok dulu kesahihannye.Bila membaca perkara2 di internet ni,
minda kena tajam,kefahaman kna tinggi,
moga2 dilindungi kita dari perkara yg blh menggugat iman,
merosakkan jiwa ye.
Friday, May 27, 2011
What I heard Korean talked about me.
nak cerita la pengalaman ala2 perantau aku kat cni.
haha.
Ok.nak dimulakan cerita,kebanyakan orang Korea tak expect kami,(manusia weird berbungkus kepala) ni boleh cakap bahasa mereka,
so ramai la yang depan kami selamba badak je komen itu ini pasal kami.
dont get me wrong.
selalunye, mereka ni puji2,bukan kutuk2 tau.:)
tapi selama lebih tiga tahun belajar kat cni,
macam2 la komen2 kelakar,kutukan tak masuk akal,
dan macam2 lagi yang pernah kami dengar.
(sila bayangkan ade orang putih tu ckp2 pasal diri anda tanpa sedar anda paham ape mereka kata)
meh nak kongsi ape antara komen orang Korea aku pernah dengar.
seorang mak terang kat anak die kenapa kami 'bungkus kepala',
"oh.mereka ni tak ada rambut,botak,sebab tu kena bungkus kepala."
lol.
eh tapi jgn salahkan mereka,Islam bukanlah satu agama yg meluas di Korea ni.
masih lagi dalam proses meluaskan empayarnye.:)
satu hari tu,kami jalan beriringan,tiba2 ade sorg pakcik marah2,
"ish.jalan la berbaris.abis di conquer nye jalan ni.dah la tu,dah tinggal kat Korea ni,
cakap la bahasa Korea.apekehe ckp bahasa kami tak paham.!"
err.yg ni kami tak berapa paham,kami assume pakcik tu baru putus cinta,so die stress marah2.hehe.jalan tu luas je lagi,takkan ler kami nak berbaris mcm askar kot.
yang pasal bahasa tu,lagila no komen.
boleh ke kita paksa mereka ni cakap Melayu kalo duk kat Malaysia?=_=
yang next ni,selalu dapat bila masuk kelas first time,di permulaan sem atau sebagainye.
contohnye bila ade classmates Korean ni nak tanye sesuatu kat kite,
mula la mereka gaduh same2 member,
"mung la gi tanya,aku dok reti English.nati kalo die jawab dok paham karang,masak akuu.!"
perkara sama brlaku dekat certain2 restoran korea,
waiter semua tragak2 nak ambik order kami.
kadang2 bila macam ni,kami akan mulakan cakap bahasa Korea
supaya takde mereka ni nervous sangat.hehe:D
and again,dont get me wrong,
Korean bukanlah buta sangat English.
especially budak2 Uni,mereka terer English.tapi lemah/takde keyakinan dari segi komunikasi.
tapi,kalo bab grammar,fuhh.hebat kot dari kite.(",)
hmm.itu aje buat masa ini.banyak lagi sebenarnye tapi dah ingat2 lupe.next post,
kongsi lagi kalo ade ye.
Alhamdulillah,tak pernah lagi kami tersentap bila dengar komen2 yg kadang2
menyakitkan hati.tak pernah la nak balas balik,marah2 etc.
dapatla juga pahala bersabar.:)
**moral of the story,jangan cepat sentap.and dont expect stiap org untuk memahami keadaan kita.be considerable ok.^^~
Monday, May 16, 2011
It's the day for the Teachers.!
Perhaps most of u would answer teachers or lecturers,right?
And yes,as today is the Teacher's Day,
I want to express my deepest gratitude for all teachers out there.Regards of who had taught me or not,or even for the teachers-to-be.
Thank you all teachers and Happy Teacher's Day.
I wish all the best for all of you and may happiness lingers all around you for the rest of your life.:)
Thursday, April 14, 2011
Big Bang - Love Song (Music Video)
and yes.i'm not a big fan to big bang.as well as any other group also though.
i just lo00ve good music.
and i think this is one of it.:)
enjoy.!
download the song here:
Big Bang - Love Song
and check out the lyrics here with translation:
Big Bang - Love Song Lyrics
Friday, March 25, 2011
Another beautiful song from Sami Yusuf
Sami Yusuf - In Every Tear, He Is There
Some might say this world today shows
God’s left us to our mistakes oh
He has never been
So far away
Some might say
How could any father stand
See his children across many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand
Somewhere tonight
Far away and out of sight
There’s a child that’s too weak to cry
Hmmm
Deep in those eyes
Can’t you see him in disguise
Reaching out to the heart that’s in you
And I
In every tear
That is where
He is there
He’s the hand that wipes that brow
He’s the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
We need you now
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life could save, life could save
Somewhere inside
There’s a part of you that asks why
Would he leave so many so far behind
And deep in those eyes
Can’t you see Him in disguise
Reaching out to the heart that’s in you
And I…
Words: Conner Reeves
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf
Sunday, March 20, 2011
Japan,I'm sorry.
It may still not too late for me to send my deepest condolences to all the people
in Japan who lost their homes,families and friends.This is such a tragic tragedy and it
ripped my heart apart when I saw all the damages caused by the fierce tsunami
and the earthquakes.
Pictures of sad gloomy faces of the victims were heartbreaking to even look at.And even though
I know that the pain that I see in those eyes are not as painful as the people
who experienced the tragedy themselves,I hope they will stay strong to get through the day.
My pray goes for all the victims and the people of Japan and I only hope the best for them.
Clearly,this is not the time to the world to make fun of the tragedy nor the right time to argue about it.This is the time we show our humanity as the people living on the same planet,breathing the same air that how much we care about them.
Dont just sit back and do nothing.As for the Muslims,let us all pray for their safety in our prayer.
What we must bear in mind is that this tragedy is not just meant to the people in Japan,but this is also an important reminder for us from Allah swt that the day of judgement,the day the earth will vanish is not that too far anymore.
This is not a tragedy caused only by the people there,but maybe because our own fault.We probably didnt notice that the fact is,every single one of us did contribute to why the tragedy happened.
Sometimes,we intentionally leave our prayer from time to time,we didnt act like a true muslim,we even sometimes forget Allah.And didnt we think for a second that Allah is trying to show how dissapointed He was,how sad He was that His own creation was turning away from Him?nauzubillah.
We actually owe an apology to the people of Japan because of this.
Dont just sit in our own comfort zone and point out our fingers,blaming others.
Remember,this is PART of our own fault as well.
We are very lucky to know the fact that Allah still loves us,
He is still giving us a chance to change.
But remember,this may be the LAST reminder from Allah swt.
And there may not be another time.
Till then,
Are we ready yet?
(pictures courtesy of www.boston.com)
Thursday, March 03, 2011
She was diagnosed with cancer.But we?
kejam sungguh pejabat admin.
buka 2nd registration seawal jam 7 pagi.!@_@
sabo je laaa.
so.bangun pagi daftar subj,yg mana,xdpt byk pun yg
brkenan di jiwa.aiyoo.sekali lagi,sabo je laa.
lepas daftar,bosan2,dengar flyfm.
cerita sorg budak pompuan yg di diagnosis dengan cancer masa kecik.
so,selama 6 bulan die lawan cancer,buat kemo,buat rawatan lain,
mcm2 la,sehinggala satu hari die trdetik nk buat diagnosis lagi skali.
and it turned out that it was MISDIAGNOSED.!
bayangkan,selama 6 bulan die hidup penuh miserable,
kena buat kemo,cocok sini,cocok sana,
rupa2 nye salah diagnosis.nauzubillah.
utk dptkn keadilan,die failkn saman dekat hospital tu.
selepas 10 tahun baru dapat claim.
tp katenye duit tu takkan dapat ganti balik 6 bulan seksanye kena kemo,
10tahun hidup turun naik mahkamah.
despite all of the above,
die memang bersyukur kerana masih lagi boleh teruskn hidup.
masih lagi ade peluang menikmati dunia fana ni.
bayangkan kalau benda ni berlaku pada kita.
dan ia bukanlah misdiagnosed.
bila bangun pagi,yg teringat hanya mati je kan?
sedangkan masa sihat nipun sepatutnye kite kena ingat mati setiap masa
setiap ketika.
kalaulah umat manusia tu tahu betapa azabnye neraka,
betapa azabnye seksaan,
setiap detiklah akan gelisah,setiap detiklah akan bertanya,
"kalaulah aku mati lepas ni,cukup ke amal nak dibawa?"
feel free to answer the question.
your life,your decision.
Tuesday, February 22, 2011
Kaki tertusuk kayu.Ini baru Hero Malaya.
Aku tau ramai tak berapa nak kenal si AzizulHasni Awang ni.
besela,sukan basikal tidak ler se glemer sukan bola sepak yg menang piala suzuki baru2 ni.
baiklah.brief intro.
name die dah sebut.checked.
die pelumba basikal.checked.
orang dungun,terengganu.checked
sekarang dah jadi juara dunia.checked.
dah kawin ok.checked.
bila tgk video ni rasa nak nyanyi lagu Queen - We Are The Champion,
'we' tu tukar jd 'you',nak nyanyi kuat2 smbil tabik spring.haha
panjang gila kot kayu yg tertusuk kat kaki tu.
gerun den tengok ehhh.
tapi gagah lagi ambik basikal pecut ke garisan penamat
utk dptkan tmpt ketiga sekaligus menang juara keseluruhan.
semangat juang tinggi dowh.
jeles ah.
nak juge semangat mcm tu.kalo ade confirm dpt blaja sungguh2,
result pun cemerlang.kan2.
AzizulHasni,we are proud of u.!:)
**die ade blog tau.gi la subscribe.cket je subscriber nye.kalo org negara luar tau ni malu je.
blog individu brjasa kpd negara punye la sikit baca.juara dunia pule tu.(-_-=)
blog AzizulHasni
Sunday, January 16, 2011
Jumpa Jang Geun Seuk
Ini realiti.
Dah lama nak kongsi dicni tapi biasalah,
mood blogging selalu aje tak ada dikala cuti panjang ini.haha
ok2.sejujurnye takde la aku jupe dengan die face to face.
Hari tu aku ingat lagi.Seoul tgh sejuk tak hengat.
Hujan pulak tu.Kami jalan2 di Hongdae.
Binatang apa pula Hongdae ni?Hyundai ke ape?
ok2.calm down people.;p
Hongdae ni shopping street yg femes jugalah di kawasan Seoul ni.Tempat hang out budak2 time hujung minggu.ok ni tipu.sbnrnye tak payah tunggu hujung minggu pun,sbb hari2 pun ade muda mudi hang out kat kawasan ni.
Untuk peminat drama Korea,mesti tau tentang cerita 매리는 외박 중.ha.sudah.
ape plak die ni tulis??dimudahkan bahasa,drama tajuk Mary Stayed Out All Night.(err tajuk cam buku crite kanak2 ribena=)cerita ni mostly shooting di kawasan Hongdae ni lah.
Dipendekkan cerita,
sempatla snap 1,2 gambar Jang Geun Seuk ni.haha.sambil tutup2 muka takut termasuk dalam kamera yg tgh shoot.;p auww.nati femes malulah.haha
Ok.Kesimpulannye aku tgk mamat Jang Geun Seuk ni takdelah hensem mane.ok.peminat JGS,jgn marah.JGS memang ade rupa.
Tapi dari pemerhatian jarak jauh aku ni,
die punye confidence tu yg membuatkn die nampak stand out even dalam crowd yg super ramai masa tu.
Pernah dengar org kate,
keyakinan diri tu lah kecantikan dan kehenseman diri seseorg tu.
Jadi anda nak jadi cantik?nak jadi hensem?
Senang.CONFIDENCE itu mesti ada.
Biarlah orang kate ko hitam cam bontot kuali ke,gemok mcm tong ke,kurus cam lidi ke,
brjerawat macam kawah bulan ke,bior jo la semua tu.
Mulut manusia kita tak leh tutup oii.
Berapa kali nak bagitau,sebaik2 kejadian itu kan,MANUSIA.
Allah dah cipta kita SUPER indah.
Jadi buang la perasaan rendah diri yg melampau tu kalo ade.Yakin dengan diri kita dulu,baru kita boleh yakinkan orang untuk terima kita seadanya ok.
peace n out.
salam.=)
Monday, January 10, 2011
Ngangkung mediafire
Aku dah lama cari cerita ni.
baru sekarang jupe.
link download free.
bace review cam best je.
so,mau share cni utk sape2 yg sangap
nak tengok cerita ni macam aku.haha.
link bkn hakmilik aku.
jupe di internet shj.
thanks to whoever that uploaded this.:)
download n extract shj.ok
Ngangkung
p/s: kalo link mati,bagitau la ye.i'll try to search another one.salah satu kelebihan duk korea ni,
internet laju tak ingat.!;p
Friday, January 07, 2011
Kau bekas penagih macam Ted Williams?
akhbar kosmo hari ini.
Sebenarnya pakcik ni dah lama menjadi sebutan dalam
dunia internet khususnye dilaman youtube.
pakcik ni bukanlah seseorg yg aku kenal secara personal.
bkn juga ade pertalian darah mahupun pernah berselisih jalan.
tapi kisah pakcik ini bagi aku sungguh inspirational.
pakcik ni hanyalah pemuda biasa,yang tinggal dalam sebuah khemah kecik
di Colombus,Ohio.yang kerjanya hari2 berdiri
di sebelah highway menanti satu peluang utk
mengubah nasib dirinya.
jika ada kereta tgh berenti,dia akn dtg jenguk dan
mula brkata2 persis iklan dalam tv.
kalo nasib baik,adelah yg akn beri duit satu dolar ke,satu sen ke.
ape hebat sgt ke pakcik ni brkata2?
kisah sebenonye,istimewanya pakcik ini,dia adalah bekas penyampai radio dan
memiliki suara emas.suara yg biasanya org guna
utk jd background voice utk filem,iklan,etc.
tp malangnya hidupnye musnah slps trlibat dalam dadah.
tapi spt diberi peluang kedua,dia brjaya atasi ketagihannya
dan sekrg ni dah pun 2 tahun setengah bebas dari dadah.
aku pun mcm tak percaya dgn telinga sndiri bila dengar suara pakcik ni.
macam lip-sync pun ade.
tapi hakikatnye itulah.suara die memang emas.memang istimewa.
satu hari,adelah sorg pemuda ni lalu kat highway tu
dan berenti jupe pakcik Ted Williams ni.
siap buat video dan post ke youtube.
hasilnye,video pakcik Ted Williams jadi popular
sehingga menarik minat ramai syarikat tv,produser filem,
produser iklan dan mcm2 lagi.
so,sekarang dia dah jadi femes.dah dapat
byk job yg nak gunakan suara emasnye tu.
nasib die dah berubah ,siap dapat rumah sebuah.
dapat jupe mak die yg dah bertahun-tahun x jumpa.
pakcik Ted Williams tak malu nak mengaku die
bekas penagih dadah.sbb bagi dia,jika bukan sbb
kisah hitam die tu,
dia takkan hargai kehidupannye seperti sekrg.
jadi untuk bekas penagih dadah diluar sana,
jgn risau.
peluang ade dimana2.contohi lah pakcik Ted Williams ni.
suaranye istimewa.dalam diri kita ni,pasti ade kelebihan yang ada.
jangan terus putus asa,jgn pedulikan kata2 org,
kalo kita dah berubah sepenuhnya,insyaAllah tuhan akan tolong.
utk yg masih menagih,insaflah.takde baiknye hisap dadah ni ha.
buat pembaca pula,
jangan gatal2 nak try.sentuh pun tak boleh tau.
ingat,dadah itu pemusnah.
sape nk dgr suara pakcik Ted Williams ni,ade video dibawah.enjoice.
Saturday, January 01, 2011
Pelakon Adamaya,Faizal Yusof Meninggal Dunia
Permulaan tahun baru dikejutkan dengan berita pemergian
pelakon versatil,allahyarham Faizal Yusof
disebabkan serangan jantung.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah
**minat dengan lakonan allahyarham terutamanya dalam cerita Manjalara dan Adamaya.
Nampaknye industri seni kita kehilangan lagi seorg pelakon yang amat berbakat.
Tapi inilah ketentuan Allah,mati itu pasti.
Daripada Dia kita datang,kepada Dia juga kita kembali.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham.
sumber dari facebook mia sara dan abby abadi.
Friday, December 31, 2010
Review filem : Janin
M.Hitler Zami.what?tak kenal?
ala,anak pakcik zami ismail yg pkai baju senget sebelah dalam
pi mai pi mai tang tu tu haa.eh btol ke aku ni??
anyway,
cerita ni kisahnye tentang sebuah kampung nelayan ni
yang tetiba satu hari gempar dgn kejadian hilang duit,emas bagai2.
so dari mula smpai la akhirnye cerita ni,
adelah berkisar tentang mencari siapakah atau apakah
yang mnjadi dalang kepada kecurian ni sume.wah.tinggi pula bhs aku dictu.
cerita ni dilakonkan oleh Eja dn Hairie Othman sebagai watak utama.
dan ade lagi yg lebih utama,hantu budak kicik yg aku pun xtau nama ape.huhu
cerita ni permulaannye sungguh saspen.
ttp hakikatnye hampeh.
err.
ye,aku tau dalam suratkoba kate cerita ni dpt byk kutipan,
tapi aku tak tau la mane bestnye cerita ni.
plot seperti tunggang langgang.
cerita cam tak smooth jeee.
hantu plak,hmm.tak real.
macam chucky.knal chucky?ala anak patung jahat tuh.
aku yg terkenal dgn ketidaksanggupan menonton cerita hantu
nipun tidak merasa keseramannya.
usahkan lagi kakak aku yg
ditibainye bergelak ketawa smpai satu panggung blh dengar
bila scene hantu keluar.ish2.hehe
jadi aku merekemenkan sesiapa yg rasa nak tgk cerita seram,
tak perlu la menonton cerita "konon" seram seperti ni.
tak berbaloi y'all.huhu
aku ni pun tertengok cerita ni disebabkan
tiket Hantu Kak Limah Balik Rumah dah pun sold out.
tapi,kalo rasa nk tgk pun,sila la.
aku tak marah pun.hehe
kalo nk tgk sbb rasa nak menyokong industri perfileman negara,
baguih la ye.
ok.peace.out.
Apakah AFF Suzuki Cup?
Baiklah.aku mengaku mula2 dengar perkataan AFF Suzuki Cup ni,
aku cam blur semacam.
ape bendanya AFF ni?realiti tv ke?hihi
yela,aku bukanlah peminat tegar sukan bola sepak tempatan,
so,takdela nak ambik port sangat pasal ni.
Tapi tiba2 tahun ni,
dengar Malaysia dapat masuk final AFF ni.
jadi utk tidak menjadi katak dibawah tempurung,
aku mngambil keputusan menjadi katak cyber.
google seluruh internet,cari apa sebenarnya
AFF Suzuki Cup ni.
Baiklah.setelah beberapa lama berbincang
dengan pakcik google,aku dah dapat gambaran jelas
tentang AFF Suzuki Cup ni.thanks uncle google.!;p
AFF ni maksudnye Asean Footbal Federation
atau dalam bahasa Melayu nya Lembaga Bola Sepak Asean.
Negara2 yg join lembaga ni of course la negara2 asean.
setakat ni ade 11 negara yg join.
Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines,
Singapore, Thailand, Timor Leste, dan juga Vietnam.
dalam kawasan Asia ni,ade dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
setiap kumpulan ni ade dorg punya Football Federation nye sndiri.
mcm kat bawah ni.
Mula2 AFF ni ditubuhkan dulu cuma 5 negara je yang join,
Thailand, Philippines, Brunei, Singapore and Malaysia.
Masa tu ramai yg tak tau pasal kewujudan AFF ni
sebab memang tak femes pun.
orang pun takde kepentingan ler kan.
Pastu lame2 makin ramai la yg jadi member smpai la
cukup 11 negara macam yg dah dikabo kan diatas sana.
AFF ni mula femes bila Tengku Ahmad Rithaudeen dari Malaysia
dipilih sebagai presiden pada tahun 1996.
jangan tanya sape die ni.aku pun tak tau.hihi
macam2 la dorg ni buat competition sehinggalah
ade AFF Cup ni.
Yang suzuki tu plak,of course la disebabkan Suzuki adelah
tuan sponsor yang paling besau,
utk tahun 2010 ni,AFF Cup diberi nama
AFF Suzuki Cup 2010.
Sebab inilah kemenangan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup
sangat penting untuk sukan bola sepak Malaysia,
sbb dapat buktikan kepada seluruh Asia Tenggara ni,
terutamanya negara2 Asean ni
yang Malaysia masih lagi berbisa
dan adalah juara terunggul di Asia Tenggara.
Melalui kemenangan ni juga,
sukan bola sepak Malaysia akan lebih dikenali seantero dunia
kerana AFF ni macam satu platform
untuk membuktikan kehebatan
sesuatu pasukan untuk bertanding
dalam game2 di peringkat antarabangsa.
Tahniah sekali pasukan Malaysia.!:)
Pak Cik Teksi Korea
Malaysia menang piala Suzuki AFF.
dah terbukti pasukan Malaysia trhebat di asia tenggara.
tahniah.!
tak terlambat rasanya utk aku ucapkn tahniah utk pasukan
Malaysia yg dh cuba terbaik utk pastikn
kemenangan berada pada pihak kita.
bkn hanya Khairul Fahmi,Safee mahupun seseorg pemain,
tapi secara keseluruhannya sume dh brjaya
memikul tanggungjwb mengembalikn kegemilangan sukan bola sepak kita.
Tak mustahil lepas ni pakcik teksi di Korea yg pernah tny aku
pasal Mokhtar Dahari,
akan bertanya pula tentang Safee Sali pula.
masa tu blhla aku berbangga bercerita tentang pencapaian negara kita.
bknnye spt hari dimana aku ditanyakn tentang Mokhtar Dahari,
tiba2 sahaja pakcik teksi tu bertanya tentang
sebab kenapa sukan bola sepak kita dah tak mantap macam dulu lagi.
maafla pakcik,saye ni pun takde la tau sgt pasal bola2 ni.
igt lagi hari tu,dari kebanggaan duk bercerita pasal
Mokhtar Dahari,terus aje tunduk senyap bila ditny tentang kejatuhan
bola sepak kita.
bukan malu,tapi kecewa.
tapi lepas ini,dh ade modal lain untuk membidas sape2 yg kata
sukan bola sepak kita dah hancur musnah.
sebabnya,
Harimau Malaya dah kembali mengganas.!
Sunday, December 05, 2010
Batu Cair @ Rockmelt
Friday, November 26, 2010
Honesty is the best policy.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.” [Surah al-Taubah, ayat 119].
Terdapat dua pengajaran dalam ayat ini.
Pertama, Allah menyuruh kita untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur. Maka di sini amat penting untuk kita pilih siapa rakan kita dan bersama siapa kita biasa “hang out” dalam kehidupan harian.
Kedua, jika kita disuruh untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur, sudah tentu sejak awal kita sendiri perlu memiliki sifat jujur. Justeru sifat orang yang beriman lagi bertaqwa ialah dia jujur dan dia berusaha untuk berada di kalangan orang-orang yang jujur.
Sebenarnya sifat jujur memiliki kaitan yang rapat dengan nilai iman seseorang. Jika ayat al-Qur’an di atas dimulakan dengan “Wahai orang-orang yang beriman…”, maka hadis berikut juga mengaitkan antara iman dan kejujuran: “Iman seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) hatinya lurus manakala hati seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) lisannya lurus.” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 2841]
Sesiapa yang mendisiplinkan dirinya dengan kejujuran memiliki banyak keutamaan. Sebaliknya sesiapa yang membiasakan dirinya dengan kedustaan memiliki banyak kekurangan.
Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” [Shahih al-Bukhari, no: 6094]
Dalam sebuah hadis yang lain baginda menyatakan: “Empat perkara yang jika semuanya ada pada diri kamu , maka kamu tidak perlu bersedih atas dunia yang hilang daripadamu. Iaitu amanah, jujur dalam berbicara, akhlak yang baik dan makanan yang terjaga (sumber perolehannya).” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 733]
Pada waktu yang sama baginda pernah memberi amaran: “Ciri-ciri seorang munafiq ada tiga. Apabila berjanji dia memungkirinya, Apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6095]
Orang yang berdusta bukan sahaja menanggung dosa dirinya, tetapi juga dosa orang-orang yang mendengar daripadanya lalu menyebarkan dusta itu kepada orang ramai. Semakin tersebar dusta itu, semakin banyaklah dosa yang ditanggungnya. Rasulullah s.a.w. pernah bermimpi melihat seseorang yang diazab dengan dagu yang terkoyak sehingga ke telinga. Orang itu diazab sedemikian kerana “merupakan seorang pendusta yang lazim berdusta sehingga disebarkan dustanya itu ke merata tempat. Lalu dia diazab sedemikian sehinggalah ke Hari Kiamat.” [Shahih al-Bukhari, no: 6096]
Bohong Sunat?
Apabila kita berbicara tentang keutamaan sikap jujur dan keburukan sikap dusta, sudah tentu akan timbul persoalan: “Bagaimana dengan bohong sunat? Benarkah dalam Islam ada bohong sunat atau bohong yang dibolehkan?” Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita merujuk kepada hadis yang dijadikan sandaran:Umm Kaltsum binti ‘Uqbah berkata: “Tidaklah aku mendengar Rasulullah s.a.w. membolehkan kedustaan sedikit pun kecuali dalam tiga hal yang pernah baginda sampaikan, (iaitu): Aku tidak menganggap seseorang sebagai pendusta jika dia mendamaikan manusia, dia mengucapkan satu perkataan yang tidak ingin dia ucapkan kecuali dengan tujuan mendamaikan. Seseorang berbicara berkenaan peperangan. Seorang (lelaki) yang berbicara kepada isterinya dan seorang (wanita) yang berbicara kepada suaminya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4921]
Dalam hadis di atas, seseorang itu dibolehkan berdusta dalam tiga keadaan. Pertama untuk mendamaikan permusuhan antara dua atau lebih manusia. Kedua sebagai strategi peperangan dan ketiga di antara pasangan suami isteri.Walaubagaimanapun, disebabkan banyaknya ayat al-Qur’an dan hadis yang melarang serta mengancam sikap dusta, para ilmuan Islam tidak menerima hadis di atas secara zahir. Mereka tidak menerimanya sebagai satu kebolehan yang mutlak. Sebaliknya mereka membataskan pengamalan hadis kepada suasana terpencil apabila semua pilihan lain yang melibatkan sikap jujur telah diusahakan namun tetap menemui kegagalan. Mereka juga melarang pengamalan hadis ini jika ia melibatkan pengguguran hak orang lain. Umpama dua orang yang sedang bertengkar berkenaan hakmilik satu barang berharga, lalu kita mendamaikan mereka berdua dengan cara berdusta sehingga menyebabkan pemilik yang sebenar kehilangan barang itu.
Para ilmuan Islam juga melarang penggunaan hadis di atas untuk tujuan menghalalkan perbuatan maksiat. Maka hadis di atas tidak bermaksud menghalalkan seorang suami berpoya-poya dengan wanita lain atau seorang isteri berpacaran dengan lelaki lain lalu berkata antara satu sama lain “Saya balik rumah lambat sebab banyak kerja di pejabat.”
Perlu juga diingatkan bahawa sekalipun dibolehkan berdusta dalam suasana terpencil sebagai pilihan terakhir, pendustaan itu hanya memberi penyelesaian yang bersifat sementara. Bersikap jujur tetap lebih baik, kerana: “Sesungguhnya kejujuran membawa kepada ketenangan manakala kedustaan membawa kepada keraguan (kegelisahan).” [Musnad Ahmad, Shahih al-Jami’ al-Shageir, no: 3378]
sumber: link





















