Pages

Sunday, October 09, 2011

Ada apa dengan Nasi Lemak 2.0 ?

Baru sahaja berkesempatan menonton cerita ni.
Setelah waktu tayangan di pawagam tamat,cerita ini kembali menemui
penonton di channel Astro First.and u know how the drill....
when it's on AstroFirst,it'll be anywhere in the internet.hehe.



baiklah.since banyak mixed review tentang filem ni di internet,
aku rasa nak join untuk buat review tentang filem ni sebab aku rasa
filem ini menarik sebab lain dari konsep filem2 stereotaip lain yang dihasilkan
ramai penerbit2 filem tempatan.

aku bukanlah peminat Namawee.Mahupun menyokong tindakannya
yang kadang2 over the top.Tapi bila aku tengok filem, aku lebih suka tengok
kepada jalan cerita or konsep nye.Wah bunyi macam pengkritik
filem profesional. Bear in mind. Ini hanyalah pandangan seorg student engineering yang
masih belum habis belajar yg ade hobi menonton filem.
Aku bukanlah jenis suka tengok muka2 jambu baru berminat
tengok.So,no bias whatsoever.

Dari segi humor,filem ni memang sangat kelakar.
No sarcastic humor. Cuma scene2 yang memang nampak spontan
tapi dalam masa yg sama mencuit hati.
Bila tonton cerita ni aku dapat rasa keharmonian antara kaum
yang ditonjolkan dengan cara yang aku rasa sangat rare.
Kalau nak rasa apa yang aku rasa, memang kena tengok dulu baru tau.

Tapi satu perkara penting untuk tengok cerita ni tanpa perasaan tertanya2 atau jelik,
kamu semua mestilah seorang rakyat Malaysia yang ambil tahu tentang isu2 yang
berlaku dalam negara.Kerana dalam cerita ni banyak makna2 tersembunyi di sebalik
scene2 yang ada. Even setiap karakter dalam cerita ini pun banyak membawa
pelbagai moral values dan makna tersendiri.
Kalau kamu semua jenis yang hidup dalam dunia sendiri, tak tahu menahu tentang
kontroversi dalam negara, this film is definitely not for you.

Lepas tengok filem ni, aku rasa Namawee adelah the Chinese version of Mamat Khalid.
Filem2 Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang,
Hantu Kak Limah Balik Rumah, dan macam2 lagi semuanya ade makna tersendiri
dalam sesetengan scene. Sama ada memerli dunia politik juga isu2 lain dalam negara.

Jadi kesimpulannya filem ini adalah filem MESTI tonton.
Keunikan berbilang kaum yang ada di Malaysia memang ditonjolkan dengan indah
dalam cerita ini.
Kalau anda suka makan nasi lemak,anda mesti juga tonton filem ini.hehe
Plus,lagu2 dalam filem ini juga best. My favourite lagu adalah yg ala2 bollywood tu.
Now,mane aku nak cari nasi lemak kat Korea ni.?

*untuk review yang lebih mantap dan ada tulis tentang makna2 certain scene dalam filem,
klik HERE (review dalam English)

untuk sinopsis,lagu2,casts,boleh pergi ke official website filem ini.HERE





1 comment:

Eni Taib said...

wat aa nasi lemok sedri. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...