Pages

Friday, December 31, 2010

Review filem : Janin


Filem seram Grand Brilliance ni diarahkan oleh
M.Hitler Zami.what?tak kenal?
ala,anak pakcik zami ismail yg pkai baju senget sebelah dalam
pi mai pi mai tang tu tu haa.eh btol ke aku ni??
anyway,
cerita ni kisahnye tentang sebuah kampung nelayan ni
yang tetiba satu hari gempar dgn kejadian hilang duit,emas bagai2.
so dari mula smpai la akhirnye cerita ni,
adelah berkisar tentang mencari siapakah atau apakah
yang mnjadi dalang kepada kecurian ni sume.wah.tinggi pula bhs aku dictu.
cerita ni dilakonkan oleh Eja dn Hairie Othman sebagai watak utama.
dan ade lagi yg lebih utama,hantu budak kicik yg aku pun xtau nama ape.huhu

cerita ni permulaannye sungguh saspen.
ttp hakikatnye hampeh.
err.
ye,aku tau dalam suratkoba kate cerita ni dpt byk kutipan,
tapi aku tak tau la mane bestnye cerita ni.
plot seperti tunggang langgang.
cerita cam tak smooth jeee.
hantu plak,hmm.tak real.
macam chucky.knal chucky?ala anak patung jahat tuh.
aku yg terkenal dgn ketidaksanggupan menonton cerita hantu
nipun tidak merasa keseramannya.
usahkan lagi kakak aku yg
ditibainye bergelak ketawa smpai satu panggung blh dengar
bila scene hantu keluar.ish2.hehe

jadi aku merekemenkan sesiapa yg rasa nak tgk cerita seram,
tak perlu la menonton cerita "konon" seram seperti ni.
tak berbaloi y'all.huhu
aku ni pun tertengok cerita ni disebabkan
tiket Hantu Kak Limah Balik Rumah dah pun sold out.
tapi,kalo rasa nk tgk pun,sila la.
aku tak marah pun.hehe
kalo nk tgk sbb rasa nak menyokong industri perfileman negara,
baguih la ye.

ok.peace.out.

Apakah AFF Suzuki Cup?




Baiklah.aku mengaku mula2 dengar perkataan AFF Suzuki Cup ni,
aku cam blur semacam.
ape bendanya AFF ni?realiti tv ke?hihi
yela,aku bukanlah peminat tegar sukan bola sepak tempatan,
so,takdela nak ambik port sangat pasal ni.
Tapi tiba2 tahun ni,
dengar Malaysia dapat masuk final AFF ni.
jadi utk tidak menjadi katak dibawah tempurung,
aku mngambil keputusan menjadi katak cyber.
google seluruh internet,cari apa sebenarnya
AFF Suzuki Cup ni.

Baiklah.setelah beberapa lama berbincang
dengan pakcik google,aku dah dapat gambaran jelas
tentang AFF Suzuki Cup ni.thanks uncle google.!;p

AFF ni maksudnye Asean Footbal Federation
atau dalam bahasa Melayu nya Lembaga Bola Sepak Asean.
Negara2 yg join lembaga ni of course la negara2 asean.
setakat ni ade 11 negara yg join.
Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines,
Singapore, Thailand, Timor Leste, dan juga Vietnam.
dalam kawasan Asia ni,ade dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
setiap kumpulan ni ade dorg punya Football Federation nye sndiri.
mcm kat bawah ni.



Mula2 AFF ni ditubuhkan dulu cuma 5 negara je yang join,
Thailand, Philippines, Brunei, Singapore and Malaysia.
Masa tu ramai yg tak tau pasal kewujudan AFF ni
sebab memang tak femes pun.
orang pun takde kepentingan ler kan.
Pastu lame2 makin ramai la yg jadi member smpai la
cukup 11 negara macam yg dah dikabo kan diatas sana.

AFF ni mula femes bila Tengku Ahmad Rithaudeen dari Malaysia
dipilih sebagai presiden pada tahun 1996.
jangan tanya sape die ni.aku pun tak tau.hihi
macam2 la dorg ni buat competition sehinggalah
ade AFF Cup ni.

Yang suzuki tu plak,of course la disebabkan Suzuki adelah
tuan sponsor yang paling besau,
utk tahun 2010 ni,AFF Cup diberi nama
AFF Suzuki Cup 2010.

Sebab inilah kemenangan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup
sangat penting untuk sukan bola sepak Malaysia,
sbb dapat buktikan kepada seluruh Asia Tenggara ni,
terutamanya negara2 Asean ni
yang Malaysia masih lagi berbisa
dan adalah juara terunggul di Asia Tenggara.

Melalui kemenangan ni juga,
sukan bola sepak Malaysia akan lebih dikenali seantero dunia
kerana AFF ni macam satu platform
untuk membuktikan kehebatan
sesuatu pasukan untuk bertanding
dalam game2 di peringkat antarabangsa.

Tahniah sekali pasukan Malaysia.!:)


Pak Cik Teksi Korea

Tirai tahun 2010 nampaknye diserikn dgn kemenangan manis
Malaysia menang piala Suzuki AFF.
dah terbukti pasukan Malaysia trhebat di asia tenggara.
tahniah.!
tak terlambat rasanya utk aku ucapkn tahniah utk pasukan
Malaysia yg dh cuba terbaik utk pastikn
kemenangan berada pada pihak kita.
bkn hanya Khairul Fahmi,Safee mahupun seseorg pemain,
tapi secara keseluruhannya sume dh brjaya
memikul tanggungjwb mengembalikn kegemilangan sukan bola sepak kita.

Tak mustahil lepas ni pakcik teksi di Korea yg pernah tny aku
pasal Mokhtar Dahari,
akan bertanya pula tentang Safee Sali pula.
masa tu blhla aku berbangga bercerita tentang pencapaian negara kita.
bknnye spt hari dimana aku ditanyakn tentang Mokhtar Dahari,
tiba2 sahaja pakcik teksi tu bertanya tentang
sebab kenapa sukan bola sepak kita dah tak mantap macam dulu lagi.
maafla pakcik,saye ni pun takde la tau sgt pasal bola2 ni.
igt lagi hari tu,dari kebanggaan duk bercerita pasal
Mokhtar Dahari,terus aje tunduk senyap bila ditny tentang kejatuhan
bola sepak kita.
bukan malu,tapi kecewa.

tapi lepas ini,dh ade modal lain untuk membidas sape2 yg kata
sukan bola sepak kita dah hancur musnah.
sebabnya,
Harimau Malaya dah kembali mengganas.!

Friday, December 24, 2010

Saya tak bersalah!

Dulu pernah masuk satu contest dekat satu blog ni.
tiba2 menang.haha.'tiba2'?

Alhamdulillah ler kan dh menang.
got a very cute little blue bear.
tapi masih blom sempat lagi nak buat satu entri khas.

baiklah.sy nak berterus terang.
bear tu saye trtinggal kat m'sia.:<
trpaksa keluarkan lepas timbang beg dh lebih 20kg.

apela yg aku bwk smpai lebih 20kg ni?adoi..
jadi dgn itu aku brjanji balik nati aku buat satu entri khas ye.
maafkn akak ye dik..:)

sneak peak rupa hadiah contest----->
beruang kicik warna biru

“ Iphone 4 ke Blackberry Torch “



Akhirnye sempat juga aku join contest sahabat aku sorg nih.
sori terlambat sikit.hihi.
sungguh gigih aku masuk contest ini dikala jam dah dekat 330pagi dgn suhu diluar -9.ㅠㅠ

ok2.back to the contest.

MY CHOICE : Blackberry Torch

reason tak perlu buat tp tak kira ah,nak buat gak.
sebab nye aku dh jatuh cinta pd bb ni.hihi.
atau mgkin sbb aku dh ade ipod touch,,jd aku rase
iphone tu cam biasa sgt dah.hihi:p

btw.korean suke 'crazy' kat iphone 4 ni.
dimana2 shj ade iphone 4 ni.sini situ sana sini.(-_-)

sekian dcni shj.
pesanan terakhir,
sila bagi aku menang.aku perlukn perfume itu kerana aku malas mandi.haha

Sunday, December 05, 2010

Batu Cair @ Rockmelt


Teka teki tak dapat hadiah.ape nama browser internet yg dh ade zaman sekrg ni??
ha.betul.yg ujung tu pun betul.yg blakang tu pun betul.
pndai sume.*bajet suasana dlm classroom*

ok2.sekrg ni kite dh ade browser tenet cam firefox,internet explorer,google chrome,safari
dll yg mgkin saye kurang arif.
tp blom pun sempat nk cube sume2 ni.
tup2 keluar pula yg jenis baru ni.
name ape?
ROCKMELT nama diberi a.k.a batu cair.hihi

opp chop.wah 1st time ni buat review software.
bangga dgn diri sndiri.*clap2*=p
ha,ape lagi?
moh kite blajar sambil tgk gmbr...


ni la rupenye rockmelt ni kalau kite first2 buka.simple,elegent,chic,sleek,bla2.
kire comel la.so,utk sape2 yg suke bnda simple,ni la jawapannye.
wah.nampak tu.
ade geng blogger...hehe


wah.promote blog sndiri ni.teehee.
takde.
sebenarnye nak tunjuk ginila rupenye
kalo kite dah buke ape2 website.
tak baik tau tuduh2.;p


ok.beralih pada sebelah kanan lam kotak merah tu.
ha.sebelah situ adelah tmpt utk letak website2 cam facebook,twitter,blogger,
dn macam2 lagi.as long as website itu ade rss feed dorg sndiri ye.
sebelah kiri yg terlupa nak lukis box merah tu pula,
yg ade cam gambar sederet memanjang tu adelah
kawan2 kite dalam fb yg tengah online.so senang.
kalo tetiba rindu dendam buleh trus klik utk chat
atau skodeng recent activity beliau.(-_-=)


dlm kotak merah sebelah atas kiri tu pula adelah box utk kite
update status.bkn status bujang atau dh kahwin la.*blush2*
status dlm twitter atau fb masing2.
senang,cepat,easy,pantas,mudah.aplikasi ini sungguh sesuai
utk manusia2 yg crazy over this two social network.heee


yg ni pula ade lah butang share.*ape igt pembaca tak reti baca ke?*
oh.sori2.
aplikasi ni pula sungguh ngam utk org yg suke berkongsi.
tgh2 baca benda2 best,
hadis2 nabi ke,ayat al-quran ke,
terus je tekan butang ni utk share ke facebook ataupun twitter.
sharing is caring.abis cerita.


ha.yg ni pule rupanya pop up yg akan keluar setiap kali kite punye
friends di twitter atau facebook meng update status masing2.
tp jgn risau,kalo anda serabut tahap cipan
dgn aplikasi yg annoying ini,buleh je disable terus.
ye.ini berlaku pada saye.hehe


ini pula ade lah enjin carian paling popular di seantero dunia,GOOGLE.
aplikasi ni memang best.
tanpa kite perlu buka tab lain untuk google sesuatu,
die akn keluar dalam satu pop up baru.
so,kurang la berlaku comp hang yg disbbkan byk sgt buke browser atau tab=)

Buat masa sekarang ni ROCKMELT masih lagi belum dikomersialkan
secara meluas.Untuk dapatkan software ni,
kite kena dapat direct invitation dari pihak ROCKMELT sendiri.ataupun sesiapa yg dah pun
ade ROCKMELT ni.

Personally saye memang suka dengan browser ni.
Antara sebabnye adelah krn interface yg sangat simple.tak serabut dgn benda2 lain.
juga sebab kite boleh buka website korea yg utk makluman
sape2 yg tak tau,website2 yg hostnye datang dari korea ni,
sume kena buka thru internet explorer.tp setakat ni dgn browser
ROCKMELT ni,xde pape masalah utk buka mana2 website sekalipun.
Yg tak berapa best pula,
IDM tak compatible dgn browser ni.
so,tak boleh nak download thru IDM.

ok.itu sahaje utk kali ni.

more info?

p/s : just a quick reminder.this browser will ONLY available for facebook users.:)

Friday, November 26, 2010

Honesty is the best policy.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.” [Surah al-Taubah, ayat 119].
Terdapat dua pengajaran dalam ayat ini.
Pertama, Allah menyuruh kita untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur. Maka di sini amat penting untuk kita pilih siapa rakan kita dan bersama siapa kita biasa “hang out” dalam kehidupan harian.
Kedua, jika kita disuruh untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur, sudah tentu sejak awal kita sendiri perlu memiliki sifat jujur. Justeru sifat orang yang beriman lagi bertaqwa ialah dia jujur dan dia berusaha untuk berada di kalangan orang-orang yang jujur.

Sebenarnya sifat jujur memiliki kaitan yang rapat dengan nilai iman seseorang. Jika ayat al-Qur’an di atas dimulakan dengan “Wahai orang-orang yang beriman…”, maka hadis berikut juga mengaitkan antara iman dan kejujuran: “Iman seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) hatinya lurus manakala hati seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) lisannya lurus.” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 2841]

Sesiapa yang mendisiplinkan dirinya dengan kejujuran memiliki banyak keutamaan. Sebaliknya sesiapa yang membiasakan dirinya dengan kedustaan memiliki banyak kekurangan.
Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” [Shahih al-Bukhari, no: 6094]

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menyatakan: “Empat perkara yang jika semuanya ada pada diri kamu , maka kamu tidak perlu bersedih atas dunia yang hilang daripadamu. Iaitu amanah, jujur dalam berbicara, akhlak yang baik dan makanan yang terjaga (sumber perolehannya).” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 733]

Pada waktu yang sama baginda pernah memberi amaran: “Ciri-ciri seorang munafiq ada tiga. Apabila berjanji dia memungkirinya, Apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6095]

Orang yang berdusta bukan sahaja menanggung dosa dirinya, tetapi juga dosa orang-orang yang mendengar daripadanya lalu menyebarkan dusta itu kepada orang ramai. Semakin tersebar dusta itu, semakin banyaklah dosa yang ditanggungnya. Rasulullah s.a.w. pernah bermimpi melihat seseorang yang diazab dengan dagu yang terkoyak sehingga ke telinga. Orang itu diazab sedemikian kerana “merupakan seorang pendusta yang lazim berdusta sehingga disebarkan dustanya itu ke merata tempat. Lalu dia diazab sedemikian sehinggalah ke Hari Kiamat.” [Shahih al-Bukhari, no: 6096]

Bohong Sunat?

Apabila kita berbicara tentang keutamaan sikap jujur dan keburukan sikap dusta, sudah tentu akan timbul persoalan: “Bagaimana dengan bohong sunat? Benarkah dalam Islam ada bohong sunat atau bohong yang dibolehkan?” Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita merujuk kepada hadis yang dijadikan sandaran:

Umm Kaltsum binti ‘Uqbah berkata: “Tidaklah aku mendengar Rasulullah s.a.w. membolehkan kedustaan sedikit pun kecuali dalam tiga hal yang pernah baginda sampaikan, (iaitu): Aku tidak menganggap seseorang sebagai pendusta jika dia mendamaikan manusia, dia mengucapkan satu perkataan yang tidak ingin dia ucapkan kecuali dengan tujuan mendamaikan. Seseorang berbicara berkenaan peperangan. Seorang (lelaki) yang berbicara kepada isterinya dan seorang (wanita) yang berbicara kepada suaminya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4921]

Dalam hadis di atas, seseorang itu dibolehkan berdusta dalam tiga keadaan. Pertama untuk mendamaikan permusuhan antara dua atau lebih manusia. Kedua sebagai strategi peperangan dan ketiga di antara pasangan suami isteri.

Walaubagaimanapun, disebabkan banyaknya ayat al-Qur’an dan hadis yang melarang serta mengancam sikap dusta, para ilmuan Islam tidak menerima hadis di atas secara zahir. Mereka tidak menerimanya sebagai satu kebolehan yang mutlak. Sebaliknya mereka membataskan pengamalan hadis kepada suasana terpencil apabila semua pilihan lain yang melibatkan sikap jujur telah diusahakan namun tetap menemui kegagalan. Mereka juga melarang pengamalan hadis ini jika ia melibatkan pengguguran hak orang lain. Umpama dua orang yang sedang bertengkar berkenaan hakmilik satu barang berharga, lalu kita mendamaikan mereka berdua dengan cara berdusta sehingga menyebabkan pemilik yang sebenar kehilangan barang itu.

Para ilmuan Islam juga melarang penggunaan hadis di atas untuk tujuan menghalalkan perbuatan maksiat. Maka hadis di atas tidak bermaksud menghalalkan seorang suami berpoya-poya dengan wanita lain atau seorang isteri berpacaran dengan lelaki lain lalu berkata antara satu sama lain “Saya balik rumah lambat sebab banyak kerja di pejabat.”

Perlu juga diingatkan bahawa sekalipun dibolehkan berdusta dalam suasana terpencil sebagai pilihan terakhir, pendustaan itu hanya memberi penyelesaian yang bersifat sementara. Bersikap jujur tetap lebih baik, kerana: “Sesungguhnya kejujuran membawa kepada ketenangan manakala kedustaan membawa kepada keraguan (kegelisahan).” [Musnad Ahmad, Shahih al-Jami’ al-Shageir, no: 3378]

sumber: link

Monday, November 22, 2010

Kucing Ciptaan Allah

Suka kucing?
cepat angkat tangan sape suke kucing??
hihihi:p

baik.kalo nak tau hidup cni sungguh susah.
susah nak jupe kucing.!hihi

kenapa aku suka kucing?
ntah.mungkin sbb dari kecik lagi dh
brgelumang dengan kucing kot.

orang korea tak suka kucing.bad luck katenye.(-_-=)

jadi.bila rindu mau pegang kucing,mau tonyoh2 kucing,
mau cium2 kucing,
aku mulakan misi.
cari di naver.!(naver adelah korean punye google.yeke?hehe)
cari kedai kucing je.
bukan cari kucing sekor nak bela.

cari punye cari.
jupe la juge 2-3 buah cat cafe.
masuk ade admission fee.cover fee utk main wif kucing+satu beverage.

setakat ni cuma pernah pegi dua.
Myeong-Dong(seoul's most happening shopping street)
n di Hongdae (seoul's most happening fashion street).

personally i like the one in Hongdae.Bigger cafe n cuter cats.!hehe





so here's some of the huggable,adorable cats to die for;p













*all pictures are from the one in Hongdae,named Gio Cat Cafe.
sorry to interframe in one of the pic.!teehee

hv a nice day y'all.!=)

Tuesday, November 09, 2010

Kakakku Seorang ............. ??

Hari ini telefon emak.Dah lame rasa tak telefon.
ekeleh.seminggu je pun.hakhak=p
minggu exam mehhh.sempat telefon wktu awal2 exam je untuk minta
doakan moga2 dapat jawab dengan penuh berjaya dan saksama;)

Kali ini mak suarakan kebimbangan ttg saya yg perlu duduk asrama tahun depan.
(yes,i think i'm goin to live in hostel for the next two years)
Mak tanya,
"Boleh ke makan makanan Korea hari2 tu?"

erk.biar betul mak ni.aku punyala tolak batu ngan kayu je makan.hehe

then mak usul,
"Biar mak gi sana la.Sewa rumah,boleh masak2."
amboi.serius bunyinye tu.(-_-=)

usah risau la mak.kami boleh curi2 masak kot nanti disana tu.
kurang2 still lagi ade kedai kebab depan U yang bakal jadi 'rumah kedua'.hehe=p

itulah mak.takde kerja lain.duk asyik risau pasal ana..........k je.
Tapi zaman sekarang still ada anak yg tak boleh nak jaga hati parents.
eiii.goram den kalo dongar crito anak derhaka nih. :(

oh.hari ini mak ingatkan hari lahir k.nor(my eldest sister).
ish.omak ni.mestila den ingat.hehe

jadi di kesempatan ini aku mau ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR buat K.Nor.
dengan ucapan;
- semoga sentiasa berada dibawah rahmat Allah.
- semoga jadi anak,isteri,dan hamba Allah yang solehah.
- semoga bahagia dunia dan akhirat.

oh.meh nak cerita sikit pasal K.Nor ni.
aku kalo ngan K.nor ni,memang jeles terlebih-lebih.
sebabnye die sungguh comel,kecik molek.
kalo jalan sama2 jgn harap mau expect orang lain cakap aku ini adik.
Selaluuuuuuuuuu jadi 'instant kakak'.(-_-=)

pulak tu kalo sama2 jalan ke,duduk ke,
mesti orang nampak dieeee je.
cam bersinar2 je dari jauh.
oh.tak caye.meh nak tunjuk bukti.

sblm tu.tak nak bagitau yg mana satu empunya diri.
atas dah describe.
pndai2 la cari.*_*






see2.!kan bersinar2 tu.
macam glow in the dark.hikhik
yg lain?
cuba lagi di masa hadapan.(-_-=)

aku pun jeles sebab die dah ada kereta.
uish.aku kalo manusia yang dah ada kereta ni,memang rasa cam orang tu
dah berjaya lah.
aku ni.lesen kereta pun xde lagi.boo.!haha.

aku juga jeles sebab die pandai komputer.
pandai repair,pandai modified,pandai buang virus.iyahhhh!!(sambil buat gaya nk bersilat)
satu benda je die x mahir pasal komputer ni,jeng.jeng.jeng
bab mengangkut komputer.hehe.ini bagi kat akulah kan.sebelah tangan je ni.=p

jadi akhir kata,
semoga K.Nor akan terus tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidup.
ingatlah bilamana kita rasa susah,rasa kesunyian,
bkn aku,bkn k.ru,bkn juge mak ayah maupun pami yang akan ade disisi selalu,
tapi Allah swt.kan Dia sentiasa ada utk hamba2nye=)
insyaAllah selagi termampu,adikmu ini(erk.macam geli.hihi)
akan sentiasa doakan yg terbaik.

last but not least.

selamat hari raya.
eh.silap.








Happy birthday my dear sister.=)

Wednesday, November 03, 2010

인생의 실패자가 되는 가장 확실한 방법


인생의 실패자가 되는 가장 확실한 방법





첫째, 오늘 할 일을 내일로 미뤄라.
둘째, 의사소통을 분명하지 않게 하라.
셋째, 장점보다는 단점을 이야기하라.
넷째, 일을 대충하라.
다섯째, 목표가 없는 나그네가 되어라.
여섯째, 소극적인 사람이 되어라.
일곱째, 자기 자신을 과소평가하는 사람이 되어라.
여덟째, 늘 걱정하는 습관을 들여라.
아홉째, 일을 억지로 한다는 생각을 가져라.
열째, 인생을 대충대충 살아라.

send by my class professor=)

Saturday, October 23, 2010

Main sukan,bukan main mata



Pertamanya maaf dengan gambar yg sungguh fail kualitinya.Biasalah gambar wktu malam,handset 8mp pun jd mcm 3mp.hehe.

Ok.Persoalannya,apekah yg dibuat oleh gadis2 ini ditengah malam buta begini.?

Jeng jeng jeng...

Oi.ini aktiviti sihat tau.Kami bersukan la.yeah.bersukan bagus utk kesihatan.bersukanlah utk negara.baik.sungguh melalut saya ini.

Wah."rajinnye engkau brsukan minah.ini sggh ajaib."hehe.kata mereka yg sggh dengki sbb saya bersukan.

Sebenarnye(muka sedih) ak dh insaf.Baru kini ku tahu betapa pentingnya kite bersukan.Bersukan blh buat kite ramping,gojes,da bomb.sbb tu ak insaf.

Tettttt.

Woi.bangun2.tido siang hari mimpi la tu.

Ceh.baru nk buat2 insaf.(-_-=)

Baiklah.sebetulnya ini kami tengah praktis untuk Sports Day.ha.sambil belajar kenalah brsukan sket.baru ade umphh.hihi.

Ha?Saye masuk apa?Seperti tahun2 lepas saye masuk netball lagi.Best woo.Berlatih malam2 ni.Tapi sebenarnye lagi best sbb ada peluang spend kualiti time ngan dak batch.hee

Alhamdulillah kemenangan berpihak pada batch kami.yeay.!Tahniah semua yg dh bersungguh sungguh berlatih utk Sports Day hari tu.u all r the best.!

**teringat dulu2 waktu sekolah selalu kena reject bila nk msk team netball biarpun wktu audition stiap kali shoot msk goal.kesian saya,kan.



Dilla Taib.

Wednesday, October 20, 2010

Masihkah belum terlambat?


Fuhh.title mcm ak mau konfess ape2 je.hikhik.ok2.time for no joke.
Sekarang officially semua yg bergelar student di Korea ni tgh brhempas pulas memerah keringat(bajet keje tengah sawah je) sebab sekarang adalah EXAM WEEK.ambik kau.huruf besar tu.Jadi kiranya belum terlambat la kirenye saya ucapkan selamat maju kepada semua yg bakal ataupun dah menduduki exam.Study rajin2,ingatlah org yg trsayang.hehe

Penawar jiwa:
Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud;
"Jadilah kamu orang yg berilmu,atau orang yg mengajar,atau orang yg belajar,atau orang yg cintakan ilmu.Jangan jadi orang yg kelima iaitu orang yang benci kpd ilmu nescaya kamu akan binasa.
(Riwayat al-Tabarani no.5171)

**pic courtesy of my 'nerd' rumate.hehe

Published with Blogger-droid v1.6.3

Saturday, September 04, 2010

Saya menang tix!

Sungguh tak sangka,bertuah juga aku ini rupanya.
Hari ini seperti hari2 yg lain,bangun dari tidur shj terus buka twitter,fb,
dn sume jns rangkaian sosial yg ade.=p
wah.aku guna perkataan 'rangkaian sosial' disitu.sggh skema bunyinye.hehe

Alhamdulillah,rezki dari Allah.
Aku dapat tau aku menang contest dr AirAsia.
Walhal aku join contest itu pun hny sbb suka2.
Bagi siapa2 yg follow AirAsia di Twitter psti tahu pasal contest ni.

Anyway,hadiahnya a pair of return ticket ke Hadyai,Thailand.
Tapi masalahnya travel period hny valid dari 13th-30th Sept 2010.
Masa tu aku dah takde kat Malaysia lagi dah.
Sudah kembali ke sana.Kan masih berbaki dua tahun lebih lagi.(-_-=)

Dah tanya satu famili,tapi sume pun tak nak tiket tu.Dorg dah ade plan laen la,ape la.
Kalau tak ambil,macam rugi pulak.
Jadi rasa2 nye nak try iklankan disini plak.ok ke?hehe

Tapi semua masih lagi dalam prbincangan.
Still trying to find any friends yg nk tiket tu.
Kalau betul2 tak ada yang nak,barulah nak buka offer kat blog ini pula.
So,stay tune!=)

**congrats to all the other winners out there!=)

Monday, July 19, 2010

Where in the world are this girl??



oh.happy day.oh happy day...=)

3days at home.so far,i could'nt ask for more.i feel blessed!syukur,Alhamdulillah^_^

Alhamdulillah,flight dari Seoul-kL was'nt too bad.
guess what.dapat naik business class dowh.ahaha.
ok.jgn buat muka menyampah.sape tak gembira beb.
engko tempah tiket ekonomi class je,tup2 dpt masuk business class.
auwww.melompat gembira youuuu.=p
igt nk amek gambar,posing2 sket dlm business class.tp,kamera
takde plak.lupe nak letak dlm hand luggage la plaks.
bagus gak.kang aku sorg je yg nampak jakun.ahaha.
mcmla tak jakun ko duk tulis post pasal ko buleh duk business class oii!(-_-=)
tapi otw flight tu,cuaca tak berapa elok.byk kali la duk goyang2,
senget kiri,senget kanan.aduhhh.
dlm kepala ni dah duk hafal cara2 nak pakai jaket keselamatan dah haa.huhu.psiko ke aku??=p
nak kurangkan ke-fobia-an aku tu,ak pun tgkla muvi crite seram.
haha.nasib baik ak tak jerit sorang2 mcm org gila.

uishh.part paling best duk business class.MAKAN SUPERB!
haha.die punya serving satu2 haa.mula2 appetizer,pastu main menu,
pastu buah.pastu dessert.fuhhh.appetizer je pun dah makan sate dowh.
ahhh.rase gembira spt terapung di awangan.eh jap.mmg pun.kan atas flight tu.ehehe(-_-=)
tapi disebabkan keadaan kapal terbang yang tak berapa nak stabil,
tak dapat nak enjoy sangat makanannye.dapat merasa setiap menu sikit2 je.
yela.dah kapal terbangnye tak beri kerjasama.
senget situ,senget sini,perut pun jadi tak berapa best.=(
damn u flight!ehehe


ok.flight took almost 6hours.seperti biasa,sepanjang flight,aku tido2 ayam sahaja.
sentiasa diganggu para steward yang duk tanya mau makan apa.aduii..ㅠㅠ
akhirnye.yeayyyyy!sampai juga di kLia.(prof aku panggil KLIA tu klia.instead of sebut abjadnye)

then jumpa kawan di kLia,semayang,makan2.
pastu off to terengganu pulak.kali ni takdenye nak dapat naik business class.
dah balik ke ekonomi laaa.hehe

wah.panjang jugak post aku kali ni ye.
sedangkan purpose utamanya nak bagitau aku dah balik Malaysia je pun.teehee=p

i LooooooooooooOooVEEEeee Malaysia!xoxo

Sunday, July 04, 2010

Pr-a-k-ti-k-al

ohoiii penduduk kampung sume.
ape khabar orang disana..!!!ahaks.

kat atas ini adalah pembuka kata utk entri yg julung kali dibuat
slps hmpir 2 bulan berkubur.=p

oh.life semasa cuti dicni sggh bosan.lain la kalo aku kat m'sia sekarang ni.
time2 bosan bley gak kayuh basikal gi pantai.
ahaha.ok tipu je bab kayuh basikal.
tp btol woo.kalo bosan bley gi pantai,
tak pun gi makan kat gerai tepi pantai.pantai.pantai.pantai.

dah nak dekat sebulan gak cuti ni.sekarang masih lg x habis buat praktikal.
praktikal macamana?toksah cakap lah.nightmare kot.
tggl lagi 5hari nak praktikal.tp 5hari pun rasa cam 5bulan.adoi.
lepas ni bulehla bebas dari pemerintahan kuku besi bos kami.ahahahaha.
sakit woo badan.hari2 keje bongkok2.kadang2 brdiri 3-4jam.
keje dari pagi 9 smpai malam kul 9.
nak nangis pun ade oiii.sabo je lah.dah insaf dah ak ni.
lps ni kena blaja btol2 kalo tak nak jadi kuli!*semangat*



ha.barang kat atas ni la yg kami duk buat hari2 dari pagi smpai malam.bukan berpuluh unit oii.
satu hari ade la kna buat smpai 400~500 unit.memang btol2 seperti korean dah aku buat keje.
laju tak hengat.muka seriuuuuus je.

bos,boleh tak kalo sy nak buat praktikal smpai esok je.....?*kalo cakap mcm ni,agak2 2bakul kot aku kena sumpah seranah.hehe*

Thursday, May 27, 2010

Filem best.tak tipu.serius.

Pernah dengar tentang filem pendek ni?




The Road To Guantanamo.




Filem pendek berdurasi 86minit ni adalah filem campuran dokumentari dan juga lakonan.
Mainly mengisahkan tentang 3 orang pemuda warganegara British yg berasal dr Pakistan.
Kisah brmula bila salah seorg 3sekawan ni nak balik Pakistan sbb nak cari bini.
Dorg pun sama2 lah travel ke Pakistan.(dorg ni mmg kira shbt sehati sejiwa)
smpai sana dorg trfikir nak gi masuk Afghanistan.
nak tengok keadaan kat sana.yela kan,darah muda mmg suka nak
cuba mende2 baru.
tp ternyata keputusan mereka ni silap.
tetiba shj mereka kna tgkp ngan tentera Taliban
dn kemudiannye ditangkap plak oleh tentera US
sbb kesalahan brcakap English di foreign country?!
Mereka pun tak semena-mena dihantar ke penjara Guantanamo
dn dituduh sbg pejuang Al-Qaeda!
sepanjang dalam tahanan mmg brmacam2 seksaan,penderaan
yg dibuat oleh tentera2 US.sumenye yg kalo difikirkn mmg tak masuk akal.

Filem pendek ni sbnrnye dah mendapat banyak kritikan dan tentangan
dari US.mereka semua menidakkan kebenaran yg dipaparkan dlm filem ni.
ye la.dorg dah takut la tu tembelang dah pecah.(-_-=)

paling suka satu scene yg rasanya banyak kali gak diulang dalam filem ni.
scene di mana Bush tgh diinterview.then die
dgn selamba badaknya cakap,
"The prisoner in Guantanamo are all dangerous terrorist."
bwahahaha.gelak kat Bush kuat2 psl tembelangnye dah pecah.
kalo lah org2 yg dimaksudkn Bush tu terrorist,
then aku ni pun samelah mcm terrorist kot.
sbbnye org yg dikatakan terrorist tu sumenye
saudara seIslam spt aku,mengamalkan ajaran Islam spt aku,
innocent spt aku?.....
ini ke yg dinamakn terrorist tu cik Bush oiii.
buwekkk.buat malu je jd presiden.haha





p/s:ha.jgn lupa tgk movie ni.betul2 boleh buka mata kita sume.tp kalo lps tu takleh tido malam,pstu dpt sakit jantung ke,jgn salahkn aku ye..!

Wednesday, May 26, 2010

What are they thinking...??


When u attack Black people, they call it racism.When u attack Jewish people, they call it anti-semetism.
When u attack women, they call it sexism.
When u attack homosexuality,they call it intolerance.
When u attack a Country, they call it treason.
When u attack a religious sect, they call it hate.
But when they attack the Prophet Mohammed, they call it freedom of speech??

Tuesday, May 18, 2010

Rahsia panjang umur


As we grow up, we learn that even
the one person that wasn't

supposed to ever let you down probably will.
You will have your heart broken probably
more than once and

it's harder every time.
You'll break hearts too, so remember how

it felt when yours was broken.
You'll fight with your best
friend.
You'll blame a new love for things an old one did.

You'll cry because time is passing too fast,
and you'll eventually lose someone you love.
So take too many pictures, laugh too much,
and love like you've
never been hurt
because every sixty seconds you spend upset

is a minute of happiness you'll never get back.


*see?there's no use of being sad.cheer up fellas..!=)

Monday, May 17, 2010

Raining man.

Oh tajuk tidak ada kaitan dgn post ala2 testing ini. I'm just testing using ipod to update blog. Yeah.in a hope of i'll update more often.haha In ur dream la dila..!=p Well today was fun.we had a performance for our uni festival. It's a huge success..! Congrats to everyone who had worked so hard for the performance.u are the best..! *oh.it's really raining outside.love the smell of rain..!=)

Thursday, May 13, 2010

Bumi Sonata di tag lagiiii

jom kita curi masa jawab tag ini.
ahaks.(masa banyak je pun sebenarnye..)

sekrg ni tgh kering idea bak musim kemarau nak tulis pasal ape.
so,here the story goes.daripada tak tulis pape dlm blog berhabuk ni
pekata kita jawab tag.ye tak..?hehe

ok.tag kali ni datangnye dr kwn zaman sekolah dolu2.orgnye kecik molek.comey dan menawan gitu.phewwiiit..(oi kira sila bg komisen kat aku sbb puji ko..!haha)
tapi tau dpt tag ni pun dari blog sorg lg kwn zmn skolah.ha.yg ni pun comey menawan dan tertawan.tp oppss.dh brpunya.sori la ye..hehe(ha.Ee.sila rujuk pesanan aku kat kira.pesanan sama ditujukn utkmu..!hehe)

ha.nilah tag yg dimaksudkannye.sila baca utk sape2 yg rajin.yg tak rajin tu.rajin2 kan lah diri tu.tak baik jadi pemalas..=p

1) Adakah anda rasa hot?
-err.hot?sekrg blom masuk summer sepenuhnye lg.sejuk2 manja tu ade lg =p

2)Upload wallpaper laptop yg anda gunakan sekarang dn berikan sebab.
-ehem2.sbnrnye tgh guna windows 7 nih.wallpaper brubah-ubah lg y'all.canggih gituu.haha
tp gmbrnye sume time gi Yeoido Park,amek gmbr sakura smpai kaki sakit sbb pkai heels.padan muke ko lah dila..!(-_-=)
tp kalo wallpaper desktop tak ubah2,ak pasti akn letak gambar Rain separuh naked time nyanyi Love Song.muahaha.gatal dn tak senonoh ku disitu=p.

3)Kali terakhir makan piza.
-yeay..!minggu lepas.gi Myeongdong makan Seafood Island Pizza kat Mr.Pizza.saladnye terbaik..!=)

4)Lagu terakhir anda dengar
-Taylor Swift : Today was a fairytale.suwittt lagu ini.silala layan~~

5)Apa anda buat selain selesaikan tag ini?
-baru lepas jemur kain baju.to be exact,jemur baju wktu jam dah kul 1pagi...(*_*)

6)Selain nama sendiri,anda dipanggil dengan nama apa?
-Dila,k.ila,dil,che de,dilla,ila,la,lala..=)

7)Tag lagi 4org kwn anda.
-mangsanye adalah...>pqa<,>k.nuru<,>alin<,>yana<

8)5perkara yang anda tau tentang org yg mengetag anda.
-die semangat datang wktu reunion yt-dungun.i likee...=)
-baik hati.penyayang.kiut miut.putih.
-ade sorg adik laki yg jumpe kat awana kijal time ytd.(mula2 igtkn anak mat saleh.hehe)
-sungguh hot dn rmai peminat wktu skolah dlu=p

haa.sekian itu sahaje utk kali ini.
sekian.timakaseeeeehhhh

Tuesday, April 27, 2010

Spring Tease Me Again..!



The naked earth is warm with this serene spring,
And with green grass and tall trees
The sunny breeze,the peaceful calm wind
And love sprung lively in the air
How glad I am to witness this beauty again.
Spring,please.....stay.

- Dilla Taib


**i give u all readers this banner as a gift.it was taken by me using my friend's DSLR.
gosh.when will i can afford to buy it?hehe..=p

People said "A love isn't just a love until u give it away."
So.here i'm.Spreading my love to all...!
Have a nice day everyone=)

Thursday, April 08, 2010

Pokok pakai baju...?

Hari ini cuaca sangat baik.
Tapi pagi2 lagi seawal jam 9pagi (8am wktu m'sia)
kepala dah start sakit.
oh.ini bukan sakit sebab penyakit.
Tapi sebab tak paham ape la yg dibebel kn lecture kan depan.
arghhhhh.
2minggu depan dah nak start exam.
Minggu depan plak ade quiz engineering math.
G.R.E.A.T.
nampaknye minggu yang ditakuti tiba juga akhirnye.
padan muka ko.masa belajar main2.bkn nak belajar betul2.haha

oh.tapi ade yg best.SPRING season dah tiba...!
sangat suka time ini.
dah sebulan lebih dok melihat ranting,pokok kering yg cam tak pakai baju.hehe
so,dh tiba masa utk cuci mata tengok bunga2 plaks.wiiiii=)
insyaAllah kalo 'ter'pergi taman,
nati saye upload gambar2.wait for it ye.=)
sekian(-_-)

Thursday, March 25, 2010

Saye cantik kan...?

ohh..relax2.sila jgn muntah darah dicni.haha

ok.moment of truth.title post ni xde kena mengena pun dgn diri saye,

pacal (pecal?) yg hina ini.(-_-=)

jgn salah paham.saye suka diri saye.tp xdela nak memuji diri sndiri kat blog public ni kn.malu2..=P

oh berbalik kepada salah satu prkataan dlm title kontroversi kat atas ni,iaitu tak syak lg,CANTIK.oh.sungguh berbesar hatinye saye bila ade org bg award bernama

'Beautiful Blogger Awards'.

sungguh gembira saye spt gembiranya saye bile dpt mkn Samgak Kimbab (nasi rumpai laut bersegitiga)*oh.sungguh buruk bunyinye bile translate nama makanan ini*
time perut berdendang lagu tajuk lapar perutku lapar.(^^;)

meh nak tempek rupa bentuk sbnr awards ni.


amek kau.meletopp gitu haa.hehe.*excited trlebih*

.opss.jap2.igt dpt awards ni free2 ke?ade keje kna buat tahu.

kalo rajin sila bace,kalo tak,nun dihujung sane ada pangkah X.paham2 sndiri la ye=)

.::Thank and link the person that tagged you::.

setinggi gunung kinabalu terima kasih kepada pemilik blog http://noneyloveswhite.blogspot.com/ atas awards ni.=)

.::State 7things about yourself::.
Orang Teranung kite.Rakyat Dungun.Masih belajar.Suka masak.Tak ada lesen keta mau pun motor.Suka memblog.Suka mmbace blog.tettttttttt,ok.dh cukup 7.
xleh ckp lebih2.nati org menyampah=P
ok2.saye tau ade soklan yg saye saje tak jawab.
nak buat camne,blogging wktu klas.mate jeling kat prof,
tangan duk menari ats keyboard..!
blh maaf ke.mata mengantuk laaaaaa.
sila jgn ikut mcm saye!
THE END
**back to class.

Saturday, March 06, 2010

Artis Korea/Superjunior.wondergirl.beast.blabla.blabla*.oh blabla itu bkn name artis.*

oh.sila ketuk kepala saye kerana malas betul mau update belog.

okeh.moment of truth.saye tak rase nak update belog
sebab dah balik semula Seoul meh.huhu.oh cuti sungguh singkat.*padahal dh dua bulan*
ok.seperti biasa luggage saye mesti lebih muatan.*adoi duit lagi*
padahal on the way kat laut sekrg ade 3 kotak barang bakal smpai.
haha.macam dah tak balik2.

oh.lupe nak bagitau.sekarang saye officially 2nd year electronic engineering student.
*walaupun baru gi kelas tak lebih 3kali.oh ye.sila tampar saye supaye sy sedar diri=P*
so far masih lg ambil masa sesuaikn diri balik dgn cuaca yg mak aii sejuknye.hoho.
*oh ye.kulit muke dh kering cam rupe gam yg dah kering.tau ke?*
sila la promote kat saye ape2 shj produk pelembap yg best tahap cipan.
boleh pakai bior dpt kulit halus mulus gitu.
oh jgn rekemen sy fair&lovely.saye nyampah dgn produk itu.hehe
boleh jd putih dlm mase 2-3minggu?
wah.kulit manusia ni blh brtukar kulit cam lipas tu ke?(-_-=)
sungguh tipu sume itu.same cam iklan kfc shrimp nugget tu.
rupe dlm iklan saiznye punye la besau.realitinye?ha.pikir la sendiri.
*oh kesian plak kat nabil nak kena saman.ha.sekrg kna tukar tagline la."Lu pikirla sendiri
sebelum cakap!"ok ke?*

oh.ape yg aku melalut.potpet potpet sambil dengar lagu mmg mengasyikkan.
sori kamu,kamu dan kamu,terpaksa bace entry yg sungguh membosankn ini.
oh lupe.
kamu mesti pelik ape kaitan tajuk di atas dgn entry ini.*pelik ke?*
sebab musababnye adelah ramai botul yg bertny,prnh jupe artis korea ke kat cni?
jawapannye mudah je.*artis korea tak mcm artis m'sia.buleh jupe dimana2 cam kat tesco,thecurve,7eleven?blabla.*
nescaya kalo adela artis korea yg jln2 dgn muke toye smbil membeli barang,
memang die xleh balik rumah la.silap aribulan kna colek plak ha.
kawasan tu plak smpai lam lingkungan 1km ato lebih akn jadi sesak sekelip mata.
*eh,ade ak bgtau ke korean fans memang kipas-susah-mati yg extreme gilos.hehe*
jadi sekian itu sahaje la sejarah tajuk entry ni.
mukadimah sket nyer panjang.
oh.minta maaf sekali lg.sayang la korg sume yg sudi jadi follower blog yg x seberape nih.
nah.flying kiss utk kamu,kamu dan kamuu.♥.yucks.cam geli**
sekian,annyong!=)

nah gambar korean fans yg semangat btol minat kat artis kesayangan ha.
cilok gambar dari berita yg tunjuk pasal sorg artis ni yg kuar dr kumpulannye.
kire fans x puas ati la.ke sedih?ntah.saye tak kesah pun.
get a life la weh!idop sendiri pun trkial2 nk arrange.

biorla apepun keputusannye,asal die bahagia sudey.
oh.yg saye duk leter ni,kamu,kamu,dan kamu
tau ke tuan empunye badan?ha.sape nk jawab silalah ye.
sebelom lagi byk saye bebel,cni saye nk letak fullstop.nah.

Saturday, February 20, 2010

Akademi Fantasia?

opss.ade kaitan ke ngan title nih.
hehe.
actually,ak baru je abis karaoke-ing with family.
dah nak tercabut anak tekak ni nyanyi.
hentam hampir semua jenis lagu dah.
dari 80's smpai ke la yang terkini.
muahahaha
skali skala ape salahnye kn.
tp mula2 gi tu cam scary gile.
sume laki je yg nmpk bertenggek depan kdai tu ha.
nasib baek kitorg amek yg bilik punye.
xdela org nmpk sgt kite duk nyanyi.
ye la kan.org kite ni kadang2 bile tgk
org pompuan pegi tmpt2 mcm tu mulalah nak buat persepsi buruk
tapi kalo lelaki yg gi takpe plak.ish2..
alamak,ter-nagging la plak.hehe
neway,hiburan ni bg aku tak salah kalo kena pada tempatnye.
yg pntng,berpada2.pndai2 la kite jage diri sndiri ye=)
peace.no war~

Friday, February 19, 2010

A Letter

Growing up you read me the Ugly Ducking.
And for years I believed that was me.
For so long you taught me i was nothing more than a bad copy of the standard.
I could'nt run as fast or lift as much.
I did'nt make the same money and I cried too often.
I grew up in a man's world where I did'nt belong.
And when I could'nt be him,I wanted only to please him.
I put on you make up and wore your short skirts.
I gave my life,my body,my dignity for the cause of being pretty.
I knew that no matter what I did,I was worthy only to the degree that I
could please and beautiful for my master.
And so I spent my life on the cover of Cosmo and gave my body for you to sell.
I was a slave,but you taught me I was free.
I was your object,but you swore it was success.
You taught me that my purpose in life was to be on display,to attract,and
be beautiful for men.
You had me believe that my body was created to market your cars.
And you raised me to think I was an ugly duckling.

But you lied.

Islam tells me,I'm a swan.I'm different-it's meant to be that way.
And my body,my soul,was created for something more.
God says in the Quran:
"O mankind,We created you from a single (pair) of a male and female
and made you into nations and tribes,that you may know one another (not that you
may despise each other).
Verily,the most honored of you in the sight of God is the one who
is most righteous"(Quran 49:13)

So I am honored.
But it is not by my relationship to men.
My value as a woman is not measured by the size of my waist or the number
of men who like me.
My worth as a human being is measured on a higher scale: a scale of
righteouness and piety.
And my purpose in life-despite what the fashion magazines say is something
more sublime than just looking good for men.
And so God tells me to cover myself,to hide/protect my beauty and to tell
the world that I'm not here to please men with my body; I'm here to
please God.
God elevates the dignity of woman's body by commanding that it be
respected and covered,shown only to the deserving-only the man i marry.
So to those who wish to liberate me,I have only one more thing to say:

"Thanks,but no thanks."

I'm not here to be on display.And my body is not for public consumption.
I will not be reduced to an object, or a pair of legs to sell shoes.
I'm soul, a mind, a servant of God.
My worth is defined by the beauty of my soul, my heart, my moral
character.
So, I won't worship your beauty standards, and I don't submit to your
fashion sense.
My submission is to something higher.
With my veil I put my faith on display rather than my beauty.
My value as a human is defiend by my relationship with God,
not by my looks.
So I cover the irrelevant.
And when you look at me, you don't see a body.
You view only me for what I am: a servant of my Creator.
So you see, as a Muslim woman, I've been liberated from a silent kind of
bondage.
I don't answer to the slaves of God on earth.
I answer to their king.

By:Yasmin Mogahed.

Thursday, February 11, 2010

Key to happiness


oh indahnye hr spt ini.
langit cerah saje.
mendung pun xde.
.inilah yg buat ak dok merindu
M'sia bile dtgnye time
'mendung' bila jauh dari sini.
it's my getaway to happiness.=)
oh.terlupa nk tny.
sape nk sponsor aku balik cuti lg 3-4bln akn dtg?
hehe=P
:sinchan

**aku teruja tgk benda itu menari.yiehhaaa♪♫=)

Wednesday, February 10, 2010

Oh.aku sangat suke.

A.D.A.M
Aku Darah Anak Malaysia.
Itulah novel pertama yg buat aku jatuh cinta
dgn gaya penulisan Ramlee Awang Murshid.
Crite A.D.A.M ni jugak dpt byk sambutan
sehinggakan ianya dh dialih bahasa ke English version
dgn tajuknye Personal Justice.hebatkn?
Ape yg membuatkan aku suke novel2 nye
adalah sebab ia bukannye novel sia2.
Dalam erti kata lain,byk ilmu,pengajaran yg buleh dpt
dari novel2 tulisan die nih.
Walaupun cara penyampaiannye santai je,tp
novel2 tulisan Ramlee Awang Murshid ni
memerlukan kite byk berfikir.
Selain diselit dengan pelbagai info,juge hadis2 dn ayat2 Al-Quran
yang byk menyokong jln ceritanye.
Dalam byk2 buku garapan En.Ramlee ni,
aku paling suke A.D.A.M dn juge trilogi Bagaikan Puteri.
mmg perghh..best.

Ok.sekrg tgh in process bace 3buah buku
terbarunye Hijab Sang Pencinta,Mikail dan 9Nyawa.
utk sape2 yg tak suke crite novel melayu tangkap leleh,
mmg disarankanlah bace buku2 En.Ramlee ni ye=)

**Dah habis baca Mikail.trtny2 kalo ape yg diceritakn tu btol2 brlaku di dunia nyata?

Monday, February 01, 2010

WOW.AMAZING.


wah.
org lain sibuk raikn 100th day anniversary.
tak kire la anniversary kawen ke,couple ke.
tp aku,100th post celebration.ok-what?
bangga sungguh dgn diri sendiri=)
and lebih memaniskn 'kejayaan' ni,
this 100th post ditaip live dr M'sia.
tmpt asalnye my blogging 'career' brmula.hehe
pendek kata,tahniah utk diri sendiri!!yeay.=P
Smoge perkongsian aku kat blog ni
akn dpt memberi inspirasi atau manfaat
kepada sape2 shj.
Would be a pleasure for me
kalo sesiape hny trsenyum skalipun bile bace blog ni.
senyum sokmo!kate org2 Terengganu.=)
till then.love my blog soOoo much!muahh♥♥♥

Wednesday, January 27, 2010

Burung hantu

Okes bloggers skalian...(bajet rmai sgt ler yg baca blog buruk ni.huhu)
sekrg 3:30am.wktu Malaysia trchenta.
aku rase ak dh brtukar jadi burung hantu.
aiseymen.siang aku tido,malam brjaga.
kalo jaga saje2 xpe gak jd pakguard umah ni,
tp sibuk tgk movie la,men game la.hish.sampah masyarakat btol.hehe
eh2.sekrg dh ade keje baru.
tlg mak jahit baju.jahit tgn je.kalo pkai mesin,hbs rosak sumenye ak kerjakan.hehe

so,sekrg baru siap jahit tgn sehelai bj kurung.
sehelai amek mase 2jam.mak ak buat 20minit je.huhu.
eh.pleaseee..saye budak br belajar=P
lps dh siap td,sibuk kejar kucing plak.degil xnk kuar umah.
dicakar nyer tgn aku yg halus mulus nih.(trn lagi mas kawen ak=P)
adoi.kuang ajo pnye kucing,xmo bagi makan karang padan muke!huh.
btuah btol jdi kucing ak tau.cakar2 pun dpt mknn gaks.
cube manusia.time lapo je ko tampar org,ade org nk bg ko mknn ke?

oh.lupe.td gi jenguk bekas majikan aku.
ala tmpt ak jd maid sementara tu.(bkn bibik ok=P)
dh beso2 anaknye sume.
umah pun makin beso.huh.jeles.
(trigt time keje dlu kna mop satu umah.smpai sakit2 bdn dbuatnye.
maklumlah,umah beso beb=P)
ha.agaknye hr ni ak punye hari brtemu majikan kot.
pstu time gi mart tup2 trserempak ngan
rakan sekerja ak kat nursery dlu.hehe.rakan sekerja?lawak je dgr.
namenye k.ya.dh advanced die sekrg.
nk tau nape?die dh buka nursery sendiri.partner ngan sorg lg kwn die.
uishh.Alhamdulillah.
sape kate kije nursery xleh kaye?
dimana ade kemahuan dictu ade highway la.eh silap.
ni sume penangan filem Adnan Sempit la ni.huhu
ok2.ulang blk.
dimane ad kemahuan,dictu ade jalannye=)
peace.no war=)

Tuesday, January 19, 2010

Tain

Kucing aku(Tain)
kena bedah utk ikat rahim hr ni.
kesian die.huhu
tp it's all for good.
lps amek dr hospital td
die nmpk cam mamai je lg.
penangan ubat bius la tu.
hope everything is fine=)
well.it's already 19th of jan.
11days at home.still feeling like heaven=P
orait.that's it.gotta go.
salam.

Sunday, January 10, 2010

Welcome back.

Alhamdulillah.dah pun selamat sampai ke M'sia.
gonna live this holiday to the fullest!huhu
well.hari pegi Incheon Airport utk naek flight amat2 la memeritkan.
teksi tak nak ambil penumpang sbb jalan jam gile.
aduii.sebabnye salji tebal yg buat keta brgerak cam siput.
wktu tu suhu -17 kalo tak silap.
memang sejuk tak ingat.dah nak blk m'sia,so takdela
pkai tebal2 sgt kn.dgn satu beg besar tu tarik ke hulu hilir cari teksi.
huhu.kalo terigt sekrg ni pun.rase cam tak percaya buleh survive.hehe
jalannye usah dikata la.macam jalan ats air batu yg maen ice skating tu.
licin tak hingat.byk kali gak ak menggelongsor.
aduii..tapi whteva it is,it's all hv been paid well.
susah2 pun,akhirnye dpt gak blk m'sia.
menikmati kehidupan di M'sia yg tramat2 la best ni.hehe.
ok.itu sahaja update utk kali ni.
ha.kalo ade sape2 nak ajk lepak tu jomla yer.=)
adiosZ!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...