Pages

Friday, November 26, 2010

Honesty is the best policy.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang jujur.” [Surah al-Taubah, ayat 119].
Terdapat dua pengajaran dalam ayat ini.
Pertama, Allah menyuruh kita untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur. Maka di sini amat penting untuk kita pilih siapa rakan kita dan bersama siapa kita biasa “hang out” dalam kehidupan harian.
Kedua, jika kita disuruh untuk berada dalam kumpulan orang-orang yang jujur, sudah tentu sejak awal kita sendiri perlu memiliki sifat jujur. Justeru sifat orang yang beriman lagi bertaqwa ialah dia jujur dan dia berusaha untuk berada di kalangan orang-orang yang jujur.

Sebenarnya sifat jujur memiliki kaitan yang rapat dengan nilai iman seseorang. Jika ayat al-Qur’an di atas dimulakan dengan “Wahai orang-orang yang beriman…”, maka hadis berikut juga mengaitkan antara iman dan kejujuran: “Iman seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) hatinya lurus manakala hati seorang hamba (Allah) tidak akan lurus melainkan (apabila) lisannya lurus.” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 2841]

Sesiapa yang mendisiplinkan dirinya dengan kejujuran memiliki banyak keutamaan. Sebaliknya sesiapa yang membiasakan dirinya dengan kedustaan memiliki banyak kekurangan.
Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala kedustaan menunjuk kepada kejahatan dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” [Shahih al-Bukhari, no: 6094]

Dalam sebuah hadis yang lain baginda menyatakan: “Empat perkara yang jika semuanya ada pada diri kamu , maka kamu tidak perlu bersedih atas dunia yang hilang daripadamu. Iaitu amanah, jujur dalam berbicara, akhlak yang baik dan makanan yang terjaga (sumber perolehannya).” [Musnad Ahmad, as-Shahihah, no: 733]

Pada waktu yang sama baginda pernah memberi amaran: “Ciri-ciri seorang munafiq ada tiga. Apabila berjanji dia memungkirinya, Apabila bercakap dia berdusta dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.” [Shahih al-Bukhari, no: 6095]

Orang yang berdusta bukan sahaja menanggung dosa dirinya, tetapi juga dosa orang-orang yang mendengar daripadanya lalu menyebarkan dusta itu kepada orang ramai. Semakin tersebar dusta itu, semakin banyaklah dosa yang ditanggungnya. Rasulullah s.a.w. pernah bermimpi melihat seseorang yang diazab dengan dagu yang terkoyak sehingga ke telinga. Orang itu diazab sedemikian kerana “merupakan seorang pendusta yang lazim berdusta sehingga disebarkan dustanya itu ke merata tempat. Lalu dia diazab sedemikian sehinggalah ke Hari Kiamat.” [Shahih al-Bukhari, no: 6096]

Bohong Sunat?

Apabila kita berbicara tentang keutamaan sikap jujur dan keburukan sikap dusta, sudah tentu akan timbul persoalan: “Bagaimana dengan bohong sunat? Benarkah dalam Islam ada bohong sunat atau bohong yang dibolehkan?” Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita merujuk kepada hadis yang dijadikan sandaran:

Umm Kaltsum binti ‘Uqbah berkata: “Tidaklah aku mendengar Rasulullah s.a.w. membolehkan kedustaan sedikit pun kecuali dalam tiga hal yang pernah baginda sampaikan, (iaitu): Aku tidak menganggap seseorang sebagai pendusta jika dia mendamaikan manusia, dia mengucapkan satu perkataan yang tidak ingin dia ucapkan kecuali dengan tujuan mendamaikan. Seseorang berbicara berkenaan peperangan. Seorang (lelaki) yang berbicara kepada isterinya dan seorang (wanita) yang berbicara kepada suaminya.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4921]

Dalam hadis di atas, seseorang itu dibolehkan berdusta dalam tiga keadaan. Pertama untuk mendamaikan permusuhan antara dua atau lebih manusia. Kedua sebagai strategi peperangan dan ketiga di antara pasangan suami isteri.

Walaubagaimanapun, disebabkan banyaknya ayat al-Qur’an dan hadis yang melarang serta mengancam sikap dusta, para ilmuan Islam tidak menerima hadis di atas secara zahir. Mereka tidak menerimanya sebagai satu kebolehan yang mutlak. Sebaliknya mereka membataskan pengamalan hadis kepada suasana terpencil apabila semua pilihan lain yang melibatkan sikap jujur telah diusahakan namun tetap menemui kegagalan. Mereka juga melarang pengamalan hadis ini jika ia melibatkan pengguguran hak orang lain. Umpama dua orang yang sedang bertengkar berkenaan hakmilik satu barang berharga, lalu kita mendamaikan mereka berdua dengan cara berdusta sehingga menyebabkan pemilik yang sebenar kehilangan barang itu.

Para ilmuan Islam juga melarang penggunaan hadis di atas untuk tujuan menghalalkan perbuatan maksiat. Maka hadis di atas tidak bermaksud menghalalkan seorang suami berpoya-poya dengan wanita lain atau seorang isteri berpacaran dengan lelaki lain lalu berkata antara satu sama lain “Saya balik rumah lambat sebab banyak kerja di pejabat.”

Perlu juga diingatkan bahawa sekalipun dibolehkan berdusta dalam suasana terpencil sebagai pilihan terakhir, pendustaan itu hanya memberi penyelesaian yang bersifat sementara. Bersikap jujur tetap lebih baik, kerana: “Sesungguhnya kejujuran membawa kepada ketenangan manakala kedustaan membawa kepada keraguan (kegelisahan).” [Musnad Ahmad, Shahih al-Jami’ al-Shageir, no: 3378]

sumber: link

Monday, November 22, 2010

Kucing Ciptaan Allah

Suka kucing?
cepat angkat tangan sape suke kucing??
hihihi:p

baik.kalo nak tau hidup cni sungguh susah.
susah nak jupe kucing.!hihi

kenapa aku suka kucing?
ntah.mungkin sbb dari kecik lagi dh
brgelumang dengan kucing kot.

orang korea tak suka kucing.bad luck katenye.(-_-=)

jadi.bila rindu mau pegang kucing,mau tonyoh2 kucing,
mau cium2 kucing,
aku mulakan misi.
cari di naver.!(naver adelah korean punye google.yeke?hehe)
cari kedai kucing je.
bukan cari kucing sekor nak bela.

cari punye cari.
jupe la juge 2-3 buah cat cafe.
masuk ade admission fee.cover fee utk main wif kucing+satu beverage.

setakat ni cuma pernah pegi dua.
Myeong-Dong(seoul's most happening shopping street)
n di Hongdae (seoul's most happening fashion street).

personally i like the one in Hongdae.Bigger cafe n cuter cats.!hehe





so here's some of the huggable,adorable cats to die for;p













*all pictures are from the one in Hongdae,named Gio Cat Cafe.
sorry to interframe in one of the pic.!teehee

hv a nice day y'all.!=)

Tuesday, November 09, 2010

Kakakku Seorang ............. ??

Hari ini telefon emak.Dah lame rasa tak telefon.
ekeleh.seminggu je pun.hakhak=p
minggu exam mehhh.sempat telefon wktu awal2 exam je untuk minta
doakan moga2 dapat jawab dengan penuh berjaya dan saksama;)

Kali ini mak suarakan kebimbangan ttg saya yg perlu duduk asrama tahun depan.
(yes,i think i'm goin to live in hostel for the next two years)
Mak tanya,
"Boleh ke makan makanan Korea hari2 tu?"

erk.biar betul mak ni.aku punyala tolak batu ngan kayu je makan.hehe

then mak usul,
"Biar mak gi sana la.Sewa rumah,boleh masak2."
amboi.serius bunyinye tu.(-_-=)

usah risau la mak.kami boleh curi2 masak kot nanti disana tu.
kurang2 still lagi ade kedai kebab depan U yang bakal jadi 'rumah kedua'.hehe=p

itulah mak.takde kerja lain.duk asyik risau pasal ana..........k je.
Tapi zaman sekarang still ada anak yg tak boleh nak jaga hati parents.
eiii.goram den kalo dongar crito anak derhaka nih. :(

oh.hari ini mak ingatkan hari lahir k.nor(my eldest sister).
ish.omak ni.mestila den ingat.hehe

jadi di kesempatan ini aku mau ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR buat K.Nor.
dengan ucapan;
- semoga sentiasa berada dibawah rahmat Allah.
- semoga jadi anak,isteri,dan hamba Allah yang solehah.
- semoga bahagia dunia dan akhirat.

oh.meh nak cerita sikit pasal K.Nor ni.
aku kalo ngan K.nor ni,memang jeles terlebih-lebih.
sebabnye die sungguh comel,kecik molek.
kalo jalan sama2 jgn harap mau expect orang lain cakap aku ini adik.
Selaluuuuuuuuuu jadi 'instant kakak'.(-_-=)

pulak tu kalo sama2 jalan ke,duduk ke,
mesti orang nampak dieeee je.
cam bersinar2 je dari jauh.
oh.tak caye.meh nak tunjuk bukti.

sblm tu.tak nak bagitau yg mana satu empunya diri.
atas dah describe.
pndai2 la cari.*_*






see2.!kan bersinar2 tu.
macam glow in the dark.hikhik
yg lain?
cuba lagi di masa hadapan.(-_-=)

aku pun jeles sebab die dah ada kereta.
uish.aku kalo manusia yang dah ada kereta ni,memang rasa cam orang tu
dah berjaya lah.
aku ni.lesen kereta pun xde lagi.boo.!haha.

aku juga jeles sebab die pandai komputer.
pandai repair,pandai modified,pandai buang virus.iyahhhh!!(sambil buat gaya nk bersilat)
satu benda je die x mahir pasal komputer ni,jeng.jeng.jeng
bab mengangkut komputer.hehe.ini bagi kat akulah kan.sebelah tangan je ni.=p

jadi akhir kata,
semoga K.Nor akan terus tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidup.
ingatlah bilamana kita rasa susah,rasa kesunyian,
bkn aku,bkn k.ru,bkn juge mak ayah maupun pami yang akan ade disisi selalu,
tapi Allah swt.kan Dia sentiasa ada utk hamba2nye=)
insyaAllah selagi termampu,adikmu ini(erk.macam geli.hihi)
akan sentiasa doakan yg terbaik.

last but not least.

selamat hari raya.
eh.silap.








Happy birthday my dear sister.=)

Wednesday, November 03, 2010

인생의 실패자가 되는 가장 확실한 방법


인생의 실패자가 되는 가장 확실한 방법





첫째, 오늘 할 일을 내일로 미뤄라.
둘째, 의사소통을 분명하지 않게 하라.
셋째, 장점보다는 단점을 이야기하라.
넷째, 일을 대충하라.
다섯째, 목표가 없는 나그네가 되어라.
여섯째, 소극적인 사람이 되어라.
일곱째, 자기 자신을 과소평가하는 사람이 되어라.
여덟째, 늘 걱정하는 습관을 들여라.
아홉째, 일을 억지로 한다는 생각을 가져라.
열째, 인생을 대충대충 살아라.

send by my class professor=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...