Pages

Monday, January 31, 2011

Lotte World.Within the heart of Seoul.



Hari ni jom kita pegi Lotte World.
ok tipu.ni aktiviti yg dh lame lepas.masa haloween taun lepas.
jgn tny bila haloween sbb aku pun xtau tarikhnye.hehe

baiklah.bagi sesapa yg berminat nk dtg cni,jgn lupa amek tren line wrna hijau iaitu line 2,
turun dekat stesen nama Jamsil ok.
prjalanannye adelah ambik masa 30~40minit gitu dari tempat aku.
wktu pergi hari tu tgh ade diskaun runtuh.(sbb tu pegi,save duit banyaks=p)
diskaun khas utk foreigner.

smpai kat kaunter tiket,mak oii ramai kot foreigners.
sepatutnye kena tunjuk satu kupon yg print dr website utk sahkn kite ni foreigner.
tapi disebabkan kami yg 'unik' brtudung ni,
mmg sah2 la kami orang asing dr negara luar.yeay.!:)
tak perlula kami susah2 tunjuk kupon ye tuan2 dan puan2.

apa lagi,masukla kami dgn gembiranya.tapi gembira kami tak lama.
sebabnye mula2 masuk dh naik game yg sungguh extreme.
rasa nk trcabut jantung+keluar biji mata+gugur rambut naik game first tu.haha
itula.sape suruh masuk2 je trus main yg extreme.tapi kami tak serik pun.=p
walaupun seram setiapkali nak naik,
Alhamdulillah berjaya juge kami harungi.sesungguhnye kotak suara terasa sungguh pedih
sebab menjerit menyesal naik.ok.terlajak perahu boleh diundur,dah naik takleh turun balik dah.=_=

main punye main,yeay.!lunch time.!baiklah mane cari makanan??tak perlula nak mimpi
cari kdai makan dalam kwsn lotte world ni ye.memang tak ada.
setakat waffle,french fries tu ade la.nasi berlauk,roti canai,sahla memang tak ada.
tapi tak ape.kami kan bakal engineer yg bijaksana.hehe
apalagi,sudah pasti la kami bawa bekal.nyum2.
bekal pun,takdela mewah sangat.sekadar nasi impit cicah serunding.tupun nikmat oiii.
Alhamdulillah,kenyang perut,it's time to sembahyang.
Solat jgn lupa ye adik2.tapi susah juge mau cari tmpt semayang dlm ni,
tapi kewajipan msti ditunaikn ok.jgn risau,Allah msti tolong hamba yg nak 'bertemu' denganNya kan?baiklah dah siap solat,sambung main lagi.hehe

satu hari main di Lotte World.saje2 je release stress disamping menyulam memori
indah dgn sahabat.chewahh.
insyaAllah lain kali boleh main sama2 lagi ye.:)

Sunday, January 16, 2011

Jumpa Jang Geun Seuk

Ok.tajuk bukan provok ye.
Ini realiti.

Dah lama nak kongsi dicni tapi biasalah,
mood blogging selalu aje tak ada dikala cuti panjang ini.haha
ok2.sejujurnye takde la aku jupe dengan die face to face.

Hari tu aku ingat lagi.Seoul tgh sejuk tak hengat.
Hujan pulak tu.Kami jalan2 di Hongdae.
Binatang apa pula Hongdae ni?Hyundai ke ape?
ok2.calm down people.;p
Hongdae ni shopping street yg femes jugalah di kawasan Seoul ni.Tempat hang out budak2 time hujung minggu.ok ni tipu.sbnrnye tak payah tunggu hujung minggu pun,sbb hari2 pun ade muda mudi hang out kat kawasan ni.

Untuk peminat drama Korea,mesti tau tentang cerita 매리는 외박 중.ha.sudah.
ape plak die ni tulis??dimudahkan bahasa,drama tajuk Mary Stayed Out All Night.(err tajuk cam buku crite kanak2 ribena=)cerita ni mostly shooting di kawasan Hongdae ni lah.

:: tempat kejadian ::

Tapi sungguh unsangkarable lah yg hari kami keluar tu,ade buat penggambaran.
Dipendekkan cerita,
sempatla snap 1,2 gambar Jang Geun Seuk ni.haha.sambil tutup2 muka takut termasuk dalam kamera yg tgh shoot.;p auww.nati femes malulah.haha


:: itu JGS ::


Ok.Kesimpulannye aku tgk mamat Jang Geun Seuk ni takdelah hensem mane.ok.peminat JGS,jgn marah.JGS memang ade rupa.
Tapi dari pemerhatian jarak jauh aku ni,
die punye confidence tu yg membuatkn die nampak stand out even dalam crowd yg super ramai masa tu.
Pernah dengar org kate,
keyakinan diri tu lah kecantikan dan kehenseman diri seseorg tu.
Jadi anda nak jadi cantik?nak jadi hensem?
Senang.CONFIDENCE itu mesti ada.
Biarlah orang kate ko hitam cam bontot kuali ke,gemok mcm tong ke,kurus cam lidi ke,
brjerawat macam kawah bulan ke,bior jo la semua tu.
Mulut manusia kita tak leh tutup oii.
Berapa kali nak bagitau,sebaik2 kejadian itu kan,MANUSIA.
Allah dah cipta kita SUPER indah.
Jadi buang la perasaan rendah diri yg melampau tu kalo ade.Yakin dengan diri kita dulu,baru kita boleh yakinkan orang untuk terima kita seadanya ok.

peace n out.
salam.=)

Monday, January 10, 2011

Ngangkung mediafire




Aku dah lama cari cerita ni.
baru sekarang jupe.
link download free.
bace review cam best je.

so,mau share cni utk sape2 yg sangap
nak tengok cerita ni macam aku.haha.

link bkn hakmilik aku.
jupe di internet shj.
thanks to whoever that uploaded this.:)

download n extract shj.ok
Ngangkung

p/s: kalo link mati,bagitau la ye.i'll try to search another one.salah satu kelebihan duk korea ni,
internet laju tak ingat.!;p

Friday, January 07, 2011

Kau bekas penagih macam Ted Williams?

Pakcik Ted Williams ini tiba2 sahaja muncul dalam
akhbar kosmo hari ini.
Sebenarnya pakcik ni dah lama menjadi sebutan dalam
dunia internet khususnye dilaman youtube.
pakcik ni bukanlah seseorg yg aku kenal secara personal.
bkn juga ade pertalian darah mahupun pernah berselisih jalan.
tapi kisah pakcik ini bagi aku sungguh inspirational.

pakcik ni hanyalah pemuda biasa,yang tinggal dalam sebuah khemah kecik
di Colombus,Ohio.yang kerjanya hari2 berdiri
di sebelah highway menanti satu peluang utk
mengubah nasib dirinya.
jika ada kereta tgh berenti,dia akn dtg jenguk dan
mula brkata2 persis iklan dalam tv.
kalo nasib baik,adelah yg akn beri duit satu dolar ke,satu sen ke.

ape hebat sgt ke pakcik ni brkata2?
kisah sebenonye,istimewanya pakcik ini,dia adalah bekas penyampai radio dan
memiliki suara emas.suara yg biasanya org guna
utk jd background voice utk filem,iklan,etc.
tp malangnya hidupnye musnah slps trlibat dalam dadah.
tapi spt diberi peluang kedua,dia brjaya atasi ketagihannya
dan sekrg ni dah pun 2 tahun setengah bebas dari dadah.
aku pun mcm tak percaya dgn telinga sndiri bila dengar suara pakcik ni.
macam lip-sync pun ade.
tapi hakikatnye itulah.suara die memang emas.memang istimewa.

satu hari,adelah sorg pemuda ni lalu kat highway tu
dan berenti jupe pakcik Ted Williams ni.
siap buat video dan post ke youtube.
hasilnye,video pakcik Ted Williams jadi popular
sehingga menarik minat ramai syarikat tv,produser filem,
produser iklan dan mcm2 lagi.
so,sekarang dia dah jadi femes.dah dapat
byk job yg nak gunakan suara emasnye tu.
nasib die dah berubah ,siap dapat rumah sebuah.
dapat jupe mak die yg dah bertahun-tahun x jumpa.

pakcik Ted Williams tak malu nak mengaku die
bekas penagih dadah.sbb bagi dia,jika bukan sbb
kisah hitam die tu,
dia takkan hargai kehidupannye seperti sekrg.
jadi untuk bekas penagih dadah diluar sana,
jgn risau.
peluang ade dimana2.contohi lah pakcik Ted Williams ni.
suaranye istimewa.dalam diri kita ni,pasti ade kelebihan yang ada.
jangan terus putus asa,jgn pedulikan kata2 org,
kalo kita dah berubah sepenuhnya,insyaAllah tuhan akan tolong.
utk yg masih menagih,insaflah.takde baiknye hisap dadah ni ha.
buat pembaca pula,
jangan gatal2 nak try.sentuh pun tak boleh tau.
ingat,dadah itu pemusnah.

sape nk dgr suara pakcik Ted Williams ni,ade video dibawah.enjoice.

Wednesday, January 05, 2011

Blessings of Life

i dont know where to begin with.
But i think i felt so blessed with whtever happening in my life.
i have a wonderful life,
a bunch of 'crazy' siblings,for what's worth, a happy family,
lots and lots of dear friends,teachers,
relatives.

recently,i had to decide something important
in my life.in my career as an employee-to-be,i must say.
it was'nt an easy decision to do.
and once it was made,day by day,i has always wondered,is that
the best choice that i hv made?
was that the choice that i really wanted?
can i go on living with the chosen decision?
like i always say to myself,
when i've done trying the best in something,
the rest,i'll leave it to Him to decide what's best for me.

And now i'm convinced that i've made
the best decision.
i dont think anything can beats the decision i have made.

He had always help in many ways.
Not just many,it's trillion.maybe even more than that.
I got so ashamed with myself.
i've never been able to return all the blessings that He had gave me.
I've done so many bad things that I myself isnt proud at.
n i sometimes forget to thank Him.
much less,find excuses to denie Him.
and yet He still loves me.
He still gives me chances.
He still remembers me every single breath I take.

He had showed me how much He care about me.
And I want to do the same for Him.

There's no term 'nobody loves me' in my life,
cause i know,there's always Him.

and you,readers,
should feel that way too:)

Saturday, January 01, 2011

Pelakon Adamaya,Faizal Yusof Meninggal Dunia


Innalillah...

Permulaan tahun baru dikejutkan dengan berita pemergian
pelakon versatil,allahyarham Faizal Yusof
disebabkan serangan jantung.



Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah


**minat dengan lakonan allahyarham terutamanya dalam cerita Manjalara dan Adamaya.
Nampaknye industri seni kita kehilangan lagi seorg pelakon yang amat berbakat.
Tapi inilah ketentuan Allah,mati itu pasti.
Daripada Dia kita datang,kepada Dia juga kita kembali.
Takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham.

sumber dari facebook mia sara dan abby abadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...