Pages

Sunday, August 14, 2011

Expose Korea #2 Bibimbap

Sebelum dikacau *pic from here
Bibimbap selepas dikacau.
Makanan di atas ni dinamakan BIBIMBAP (비빔밥).<-------resepi tekan sini kalau nak.
Bibim (mixed) + bap (rice) = bibimbap (mixed rice)
Basically,makanan ni hanyalah campuran nasi dan sayur-sayuran yang luar biasa banyak,
telur separuh masak dan juga Korean Chilli Paste (고추장=gochujang)
Yang aku makan kat atas tu adelah Tuna Bibimbap.so,ade dia tambah isi ikan tuna yang dlm tin tu.

Biasanya kalau pergi mana2 kedai makan di Korea,memang akan ada menu ni.
Kecualilah kalo korang masuk kdai yg spesifik jual satu jenis makanan atau
kedai fast food,konpemlah memang takde.
Kebiasaanya jugak,menu ni tak letak daging atau ham.
Untuk foreigner,menu ni kira makanan kedua yang jadi menu femes di Korea selepas kimchi.

Cara makan dia pula,kita kena kacau semua bahan tu dengan penuh khusyuk
sehingga sebati,kemudian barulah boleh dinikmati selepas baca bismillah.
Rasa makanan ni agak susah hendak digambarkan.
Lebih kurang makan nasi kerabu dengan sambal cili tanpa sambal kelapa, atau kuah budu.hehe

Harga makanan ni untuk satu hidangan adalah 3000won dalam RM8.50.
timakaseh Ee sbb bertanya pasal ni.hehe.

Anyway,kalau datang Korea,jangan lupa pesan menu ni.
Bolehlah merasa betapa authentic nye rasa makanan Korea ni,ok.!

**Kedai di Korea tak ada menu untuk minuman macam di Malaysia ni.Self serve air kosong sahaja n nasib baik,free of charge.:)



Wednesday, August 10, 2011

Expose Korea #1 Bukcheon Hanok Village

Sebagai memenuhi blog ini,
now aku decide nak tulis tentang negara tempat aku menimba ilmu ni.
tapi bukanlah dari segi sejarah ke,politik ke.
More to places here in Korea n maybe some other stuff.

ok.so.untuk segmen kali ni*fuh.ayat mcm pengacara tv*
meh nak kongsi cerita tentang salah satu tempat di bandar Seoul
yang dinamakan Bukcheon Hanok Village.



Kat cni ada rumah2 tradisional Korea yang dipanggil hanok yang dah wujud
sejak 600tahun lamanya.
Keistimewaannya tempat ni adalah jalan2 yang kiri kanannya ade hanok ni seperti
membawa kita ke zaman dahulu kala walaupun berada di tengah2 bandar Seoul.
Dengar kata,dekat cni juga ada rumah yang digunakan untuk shooting cerita
Personal Taste lakonan Lee MinHo tu.
Tapi last time pergi,tak sempat nak melawat ke rumah tu sebab hari dah menginjak
ke malam.Cara nak ke tempat ni yang paling mudah adalah naik subway line 3 berhenti di Anguk Station dan keluar melalui Exit 2 then jalan straight sehingga la jumpa
dengan kawasan Bukcheon Hanok Village ni.Dont worry,kalo tak jumpe juga,cari
signboard seperti biasa.hehe:p

Kawasan ni juga dikelilingi dengan dua istana tradisi Korea iaitu Gyeongbukgung Palace dan
juga Changdeokgung Palace.Kiranya kalo alang2 pergi cni,
bolehla melawat 3 tempat sekaligus.3 in 1.heh:D






 **gambar semua diambil ketika my sis n her friend came to visit Korea early this year.

Sunday, August 07, 2011

Melalui Ramadan



Entri latest aku adelah mengenai Nisfu Syaaban.
yg mane ditulis pada Julai 17.wahh.

rase baru je macam semlm tulis entri tu.haha.
saje buat alasan.

so,entri kali ni haruslah ucapan selamat untuk bulan Ramadan pula.
walaupun sudah hari ke-7,moga2 masih lagi kite bersemangat mengimarahkan
bulan mulia ini ye.

terbaca harini dalam majalah Solusi mengenai sebuah hadis, riwayat Imam Ahmad
yang menceritakan perbuatan Rasulullah saw yang sedang naik ke mimbar,
lalu Baginda menyebut "amin" sebanyak 3 kali.
Selesai memberi khutbah,para sahabat pun bertanya kenapa disebut "amin" sebyk 3 kali?
Rasulullah saw menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa.Sangat kecewa dan rugilah bagi :

- Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat keatasnya.
- Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
- Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.

InsyaAllah moga kita semua tak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi seperti
disebutkan di atas.Nauzubillah.

Jadi buat rakan2 semua selamat berpuasa dan beribadat,
dan salam Ramadan buat semua ye.

Jom ramai2 kaut pahala dengan beramal ibadat seikhlasnye.!:)

Credit : pic from tumblr

Sunday, July 17, 2011

Salam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah.hidup lagi kita utk menerima buku amalan yg baru.
Salam nisfu Syaaban untuk semua.!:)

Malam yg penuh makna ni tahun lepas,aku ade kat Msia,
tapi tahun ni sambut di Korea aje.
ape apepun,syukur.Mana2 pun kita berada,bumi Allah tetap sama.
yang penting cara kita meraikan malam penuh rahmat ni.
insyaAllah smoga semua yg dah baca surah Yasin,
yang buat amal soleh malam ni,
dimakbulkan doa,ditingkatkan iman.

Yang tak tau ape tu Nisfu Syaaban,kelebihan bulan Syaaban,
ringan2 kanlah bertanya pada pakcik Google.
Alhamdulillah,dgn teknologi yg ade ini,
blhla guna utk kebaikan macam ini,ye tak?

tapi,dalam internet ni kadang2 ade info yg salah,
jadi,jangan hanya ambil dari satu sumber.
Jangan baca,terus percaya bulat2.
tengok dulu kesahihannye.Bila membaca perkara2 di internet ni,
minda kena tajam,kefahaman kna tinggi,
moga2 dilindungi kita dari perkara yg blh menggugat iman,
merosakkan jiwa ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...