Pages

Wednesday, October 01, 2008

~Eid Mubarak~

Pejam celik pejam celik rupa2nye dah pun habis ramadan tahun ni..macam tak boleh percaya.Sebulan terasa begitu cepat berlalu dan sekarang ni dah pun masuk bulan syawal..1st time beraya tanpa keluarga sememangnya satu pengalaman yang tak akan bley ak lupakan sepjg ak hidup ni.Walaupun pahit untuk ditelan tapi sebagai umat Islam aku akui yang kita perlu sentiasa bersabar dengan dugaan-Nya.Alhamdulillah,bila sahaja aku diuji aku gembira kerana Allah masih menyayangi aku.

Syawal tahun ini aku mulakan dengan solat sunat raya di Masjid Itaewon (semuanya gara2 aku terlewat bangun untuk semayang raya di Dongyang!) dan di sana sempat juga kami bertemu dengan beberapa warga Malaysia yang turut sama merayakan aidilfitri di bumi asing ini.Menyedari bahawa kali ini aku tidak lagi dapat bersalam dan mencium tangan ibu,terasa terharu tatkala dapat mencium tangan wanita yang sebaya dengan ibu kita di pagi raya."Terima kasih puan kerana muncul di kala kami merindui ibu yang jauh di Malaysia."

Hanya doa yang mampu aku titipkan untuk seluruh ahli keluarga yang berada di Malaysia.Demi mak dan ayah yang aku sangat2 sayang aku berjanji aku akan sentiasa tabah mengharungi hidup di sini.Untuk rakan-rakan yang mengenali diri ini Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin aku ucapkan.

Dan kali ini juga aku menyedari bahawa walaupun takdir telah menjauhkan jarak aku dengan keluarga namun sebenarnya di sini aku telah membina satu keluarga yang lebih besar.Satu keluarga di mana dapat aku bersama-sama merayakan hari yang mulia ini.Thanks kawan2..you're the best!Andai perlu dihitung persahabatan kita sesungguhnya ia teramatlah tidak ternilai bagi diri aku.Sebagai seorang rakan aku sayang kamu semua!Fighting!^^


last3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...