Sekarang ni heboh satu dunia dgn kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
Setiap hari setiap saat dan ketika pasti akan ada
nyawa yang terkorban.
Tergamaknya kita sebagai seorang saudara Islam
membiarkan saudaranya yang lain hidup penuh ketakutan?
Anak kecil yang sepatutnya ceria melalui hari untuk mencorak masa depan
kini sedang bertarung demi masa depan yang kelam.
Anak2 muda sebaya kita habis-habisan membalas kekejaman Israel walau
hanya melempar batu kecil yang dibalas dengan bedilan yang menggegar.
Tergamakkah kita hanya berdiam diri melihat mereka berjuang atas nama Islam?
Di mana perginya persaudaraan Islam?
Di mana perginya simpati kita?
Di mana perginya usaha kita membantu mereka?
Cukuplah kita membutakan mata,memekakkan telinga dengan apa yang
terang berlaku di depan mata.
Cukuplah kita mementingkan diri sendiri.
Cukuplah kita menjalani hidup penuh gembira walhal
saudara kita di sana hidup sengsara.
Sedarkah kita syaitan2 sedang meraikan sikap kita yang tidak ambil peduli?
Sedarkah kita sedang membunuh saudara kita sendiri?
Sedarkah kita ini ujian Allah untuk seluruh umat Islam dan bukannya hanya pada
rakyat Palestin?
Sedarkah kita?
Lakukanlah apa yang kita mampu.
Bukan hanya berdiam diri bersimpati dengan nasib mereka.
Lakukan sesuatu.
Walau hanya doa yang sememangnya senjata bagi orang mukmin.
Di kala kita bergelak tawa lalai dengan kehidupan dunia,
ingatlah tentang saudara kita nun jauh di Palestin sana.
Pernahkah kita membayangkan perasaan mereka yang kehilangan ibu bapa,
keluarga,saudara dan sahabat yang syahid di tangan Israel Laknatullah?
Pernahkah kita membayangkan hati kanak-kanak di atas atas kehilangan ibu yang tersayang?
Pernahkah kita?
Malu lah kita bergelar Islam tapi tidak pernah berfikir tentang saudaranya sendiri.
Air mata sengsara yang ditanggung kanak-kanak ini tidak akan pernah
setanding dengan air mata kita yang seringkali jatuh
tatkala diberi ujian yang sedikit dari Allah.
Malulah kita pada kanak-kanak ini yang kini entah bagaimana nasibnya.
Malulah kita pada Allah kerana tidak pernah hendak membantu saudaranya sendiri.
Bangkitlah wahai orang Islam.
Demi saudaramu,bangkitlah dari dunia yang penuh perkara melalaikan.
Demi Islam,bersatulah untuk membantu saudara kita.
Tinggalkanlah hal2 dunia yang tidak pernah lekang dengan penipuan.
Belalah nasib Islam.
Jangan kita menjadi orang asing di bumi kita sendiri.
Bukan esok,bukan lusa tapi sekaranglah masanya!
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestine, hancurkanlah rejim zionis.. amin . ..."
p/s : Al-Fatihah buat saudara kita yang terkorban.

No comments:
Post a Comment