Pages

Friday, May 29, 2009

GET::LOST::YOU::FREAKS!

Received this note a few days ago.
______________________

" To : B***, A**, D**** & lain2.
Kindly lower ur voices.
or silent is better"
______________________

Yes,i had copied it as what it had written on the paper.
It's really a weird thing as in the age of 20years old,there's still people
playing around this kid's kind of things.
What are they thinking?
Ruling the world?
Get lost you freaks!
You did'nt even have the guts to speak out in front of hundreds of peoples,
and know you're jealous just because we chat around with friends during recess time?
huh.
ashamed of you to behave like that!
Ok.i'm not gonna lie.
I love to talk.
And i love to speak out my voices.
And for sure,I will never accept the myth that only mens can speak out loudly
as much as they can but not the women.
To be more clear,
i've been this way since i was a child.
And i'm proud of it and for me SILENT IS NOT AN OPTION.
For you freaks,
use your brain and think.
Untill dis time what have you done being a dumb silent?!
Tell me straightly if you have the guts to do so.
Stop being a puppet on the stage that are being voice over by other people.
Pity of you freaks!
Just back off and learn how to be more independent
and before that very time comes,
don't you ever try to ask me to be silent!
Got it?!

*I'm tired being a nice girl.Tired being the one who have to sacrifice everthing for the sake of others.And i am also tired of waking up people that are living in their own world without thinking of others!

Wednesday, May 27, 2009

TerimaKasehDaunKeladi



Dapat tau ade org bagi award ni.
Dan org yg amat baek hati tu adalah tak lain dan x bukan adelah pemilik blog
Bukan Sekadar Cakar Ayam ni.
Timakaseh2..
Okeh,sebagai memenuhi syarat utk menerima award ni ciksUnny kna
sambung ayat kat bawah ni tak lebih dari 50 patah
perkataan.
Uish..cam nak masuk prtandingan kat suratkhabar
berita harian je..kuikuikui
ape pun layan je la.
Lgpun lebih baek layan ni dari study
c ono aka c language programming neh.
ciksUnNy sndiri pun x paham knape ciksUnny x bleh nak
paham2 subjek yg mmg susah nk difahami nih.
ade sape2 faham ke?
hehe..
wokeh.jom layan.
*nama yg ade lam ayat tu adelah nama sebenar pemilik blog td aka
pemberi award nih.kalo nak brkenalan,
bulehla melawat blog beliau.^^;

“Saya sangat bertuah dpt mengenali Hazwan Arif kerana....".

Kerana si Hazwan Arif ni sangat bertuah berpeluang jadi kawan satu sekolah aku.kuikuikui..
bukan sume org buleh dapat peluang keemasan neh.adus poyos nyes akus.kuskuskus..:)
ok2..sambung2.Saya juga berasa bertuah kerana walaupun tidak mendapat award '
Bertuah Award 2009' drpd org yg sama ni,sy tak akan banned maupun mengharamkan si Hazwan Arif ni drpd melawat blog ciksUnny ni.Bertuahnye saye..:p....(walau pd hakikatnye buleh je sy dgn selambanye copy paste je award tu.tp x real la kn..tu kire nk menca.pub dh tu.auuu...lame tak gune prkataan 'mencapub' tu.kehkeh.Saya juga bertuah kerana walaupun aku asyik tukar2 kata ganti nama diri yg pertama,drpd 'saya','aku',smpailah 'ciksUnny', aku masih berpeluang dapat award Amazing Blog nih.Jadi last skali,saya sangat bertuah dpt mengenali Hazwan Arif kerana si Hazwan Arif ni juga bertuah dapat kenal dgn ciksUnny.kuikuikui.
Sekian,terima kaseh..~

*Alamak,tak cukup syarat neh.Dh lebih 50 perkataan.hehe.bantai je la.tiba2 nak wat karangan darjah satu grade F.(^_~)Papepun maafla sape2 yg bace ni ye.Otak tgh kurang berfungsi dgn baek penangan study c programming neh.Peace to all!^^

Saturday, May 23, 2009

Sayangnya....

Sayangnya..
Keindahan itu dicemar,dicalar,
Dicanang menjadi hiburan.
Sayangnya..
Emas dunia yang dipandang,
Zat tanah dipijak-pijak.
Sayangnya..
Manusia itu kini hamba dunia,
Pembelot dunia yang nyata.
Sayangnya..
Manusia terbukti semakin buntu,
Budi dijunjung hilang ke mana.
Sayangnya..
Bisu dan buta jadi pilihan,
Kebenaran terbentang lemas tenggelam.

Wednesday, May 20, 2009

Hari ini hari istimewa.20Mei.

Dengar lagu yg tengah terpasang kat blog ni sekrg?
Haa..itulah sebenarnya suara hati ciksUnny ketika ini.
Hanya Tuhan yg tahu betapa rindunya hati ni pada dakapan
seorang insan bernama ibu.
Ya,hari ini adalah salah satu hari paling bermakna bagi diri ciksUnny.
Hari ni merupakan hari lahirnya ibu yang tersayang,Puan Habshas Khatib Ibrahim.
Tahu kenapa ia merupakan hari bermakna bagi ciksUnny?
Sebab tanpa ibu,takkan ada ciksUnny di dunia menikmati nikmat hidup ini.
Seperti juga lirik lagu ini,
"Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta."
Buat mak yang berada jauh di Malaysia,
sesungguhnya hikmah terbesar yg dapat bila berjauhan sebegini
adalah,perasaan kasih yang semakin menebal di hati ini.
Hanya Tuhan tahu betapa rindunya hati ini mencium tangan yg sedari dulu
membesar dan mendidik diri ni.
Baru kini ciksUnny faham apa itu maksud kasih dan sayang.
Baru kini ciksUnny faham apa itu erti kerinduan.
Masih lagi segar dalam ingatan,setiap kali ciksUnny berdepan dengan kegagalan,
yang terus menyokong memberi sokongan tidak lain adalah mak.
Rela bersusah demi kebahagiaan anak-anak.
Itulah mak.
Rela bersedih demi kegembiraan anak-anak.
Itulah mak.
Rela mengalah demi kebaikan anak-anak.
Itulah mak.
Sesungguhnya kesabaran mak yg begitu tinggi adalah impian bagi diri ciksUnny.
Ingin sekali ciksUnny menjadi seperti mak.
Sesungguhnya juga senyuman mak menjadi kekuatan ciksUnny untuk
meneruskan kehidupan di bumi Korea ini.
Betul kata orang.
Pengorbanan seorang ibu itu amatlah tidak ternilai harganya.
Dan buktinya telah pun ciksUnny saksikan.
Walaupun ketika itu ciksUnny masih lagi di zaman kanak-kanak,
namun jika diingat kembali,saat itulah yang telah menyaksikan
pengorbanan seorang ibu.
Kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar buat seorang anak.
Buat mak,terima kasih kerana telah melahirkan diri ini.
Terima kasih kerana membesar dan mendidik diri ini.
Terima kasih kerana telah banyak berkorban buat diri ini.
Ampunkanlah diri ini sekiranya ada waktu menyakitkan hatimu.
Tidak dapat diri ini mencium bau syurga jika tidak mendapat keredaan seorang insan
bergelar ibu.
Terima kasih mak.
Terima kasih.
Lagu ini ditujukan khas buat mak.
Semoga hidup mak sentiasa dirahmati Allah.
Semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sayang mak dulu,kini dan selamanya!^^
"Selamat Hari Lahir."

line border Pictures, Images and Photos

Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

line border Pictures, Images and Photos

Saturday, May 16, 2009

::Nukilan 16 Mei::



Hari ini cuaca di Seoul mendung seperti hari2 yg lepas.Menandakan musim bunga akan berlalu pergi diganti dengan musim panas yang bakal tiba.Rintik2 hujan yang jatuh mencium tanah tiba2 mengimbas kembali kenangan bersama guru-guru di MRSM Kuala Terengganu dan juga guru2 yg pernah mendidik diri ini

Di saat membaca post blogger yg laen berkenaan hari guru,terdetik di hati ini."Ya Allah,betapa besarnya jasa seorang guru.Ilmu yang dicurah bagaikan pahala yang tak pernah putus."Janji aku pada guru2 yang mendidik diri ini,akan aku gunakan ilmu itu dengan sebaik-baiknya.Tak akan aku sia-siakannya walau sedikit.Harapan aku semoga dengan cara ini aku akan dapat memberi pahala yang tak putus2 buat guru-guru yang begitu sabar mengajar dan mendidik aku dulu.Jangan pernah menafikan bahawasanya kejayaan hari ini adalah sebahagian dari pengorbanan guru-guru yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu.

Tanpa mereka,diri ini tak akan mungkin mampu ke tahap ini.Ya,mungkin dulu aku buta tentang pengorbanan mereka.Mungkin juga aku suka menafikan apa yang mereka lakukan untuk kebaikan aku merupakan sesuatu yang dibuat hanya suka2 untuk kepuasan diri mereka.Ya Allah,hanya padaMu aku memohon keampunan.Malu sungguh aku jika memikirkan kembali tohmahan yang pernah aku lemparkan dulu.Tohmahan yang membuktikan aku
kalah dengan bisikan dan hasutan syaitan.Kotor dan hinanya diri ini dengan palitan dosa yang lalu.

Buat guru2 yang pernah mendidik diri ini,ampunkanlah dosa-dosaku dan berkatilah ilmu yang telah diberi kepadaku.Jika aku renung kembali,tidak layak rasanya aku menerima segala kurniaan Allah buat diri ini.Setelah begitu banyak dosa yang dilakukan,Allah masih lagi mengurniakan pelbagai rahmat untuk diri ini.Betapa teruknya diri ini,masih lagi mendengar hasutan syaitan daripada mendengar firman Allah,pencipta dan pemberi rahmat yang satu.

Hujan yang semakin rancak mencium tanah bumi mengiringi penyesalanku yang tak berkesudahan.Menyesali kebodohan dan kekhilafan diri.Buat guru-guru yang pernah mendidik diri ini,dan juga buat semua guru-guru di Malaysia,malahan buat guru-guru di setiap pelosok dunia ini,terima kasih yang tak terhingga di atas pengorbanan yang tak ternilai.Sekiranya mampu aku mengumpulkan semua harta dunia ini,aku percaya ia masih lagi tidak cukup untuk membayar segala jerih perih,kepayahan yang dilalui.

Buat guru-guru,aku titipkan doa semoga Allah sentiasa merahmati dirimu,memberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan semoga sentiasa di bawah lembayung rahmatNya.Hanya rasa sayang dan terima kasih yang tak terhingga ini aku hadiahkan sempena 16 Mei ini.Walaupun jauh dari mata,namun jasa dan pengorbananmu sentiasa di hati ini.Tak akan sekali-kali ia padam dari ingatan dan segala budi baikmu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup ini dalam menjadi insan yang dirahmati Allah swt...




Wednesday, May 13, 2009

Rindu-rinduan

arghhh...
tetiba rindu kat kucing2 kat umah.
dh lame tak main ngan kucing.
smpaikn hari tu ade skali trsalah anggap anjing comey kat
dpn hostel ni kucing.
uishh..
naseb baik blom sentuh lagi.
igtkn kucing.kecik.comey je.
kalo tak,tak pasal2 la kna samak..huhu..
sekrg ni video2 je la yg jadik pengubat rindu.
thanks sis tlg uploadkn yeh!
kalo boleh,upload la byk2 lagi.
nak lps gian.
hehe..
kalo dulu siap boleh hafal lagi nama2 kucing yg brlambak2 tuh.
anak sape,sedara sapa,sume bley tau.
tp sekrg nih dh byk plak yg baru menjengah dunia.
balik M'sia ni kna study blk la nmpknye..
hehe..
*searching for any DVD rip or file download of Upin Ipin The Movie.Eager to watch it.Anyone have it???

Saturday, May 09, 2009

EMO

Minggu ni byk dpt result utk midterm yg lepas.
argghhhh...
result.result.result.
takde satu pun yg boleh dibanggakan.
kali ni buat lagi kesilapan yg prnh buat waktu pmr dulu.
trlalu confident jwb soklan.
tp resultnya,hancuss...
kna rajin lagi blaja neh.
sedih banyak2 pun x guna,kan??
nasib baik mggu ni sibuk dgn preparation utk
Hi Seoul Festival.
sedikit sebyk boleh lupakn sket psl result midterm tuh.
dh la makin dkat nk balik makin tak sabar jadinye.
(tp gerun gak nak balik nih.dgr kate peragut2 kat m'sia tu dh semakin mengganas!)
Akhir2 ni jugak emosi tak brape stabil.
Ade je yg tak kena.
apa ni wahai hati...
sabar ler kamu ye..
Jangan cepat marah2.
Sabar ye cik hati.
S.A.B.A.R

*Geram dgn budak2 korea yg suke buat prof mcm xde kat dpn time class.Sume buat hal sndiri,prof tu punye la baek..ishhh..taulah dorg dh bijak.cesss!!

Tuesday, May 05, 2009

::aku bukan budak baek::

aku baik?
takde sape dlm dunia ni yg scr free akn mengaku die baek.
kcuali org yg syok sndiri la...hehe
ciksUnny juga spt org len.
ade ketikanya melakukan kesilapan.
tapi dari kesilapan itu kita boleh improve diri.
jgn hanya brada di takuk lama.
ciksUnny juga tak trlepas dari memiliki kisah silam yg tidak secantik mana.
tapi itu dulu.
dulu dan sekarang.
dua perkara yang berbeza.
depend on us samada mahukan ia jadi lebih baik atau lebih buruk.
tapi,manusia itu takkan sempurna.
Kerana,apabila kita tidak lagi buat silap,itu bermakna kita telah berhenti belajar.
Sedangkan belajar itukan satu proses kehidupan.
Jadi ringkasnya,apa yg dh berlalu
biarkan ia berlalu.
Jangan terlalu menyesal dgn kesilapan yg pernah dibuat dulu.
Kerana kesilapan itulah yang mengajar kita membaiki diri.
Tapi dgn satu syarat,kesilapan itu perlulah kita berazam tidak mengulanginya lagi.
Mohon pada-Nya minta dijauhkan daripada kesilapan masa lalu.
Jadikanlah masa dahulu itu satu kenangan dan masa hadapan itu satu tujuan.
-Kesilapan masa lalu adalah peringatan di masa hadapan-

*currently reading an interesting book entitled The Kite Runner by Khaled Hossein.
can't wait to read till the end!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...