Dengar lagu yg tengah terpasang kat blog ni sekrg?
Haa..itulah sebenarnya suara hati ciksUnny ketika ini.
Hanya Tuhan yg tahu betapa rindunya hati ni pada dakapan
seorang insan bernama ibu.
Ya,hari ini adalah salah satu hari paling bermakna bagi diri ciksUnny.
Hari ni merupakan hari lahirnya ibu yang tersayang,Puan Habshas Khatib Ibrahim.
Tahu kenapa ia merupakan hari bermakna bagi ciksUnny?
Sebab tanpa ibu,takkan ada ciksUnny di dunia menikmati nikmat hidup ini.
Seperti juga lirik lagu ini,
"Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta."
Buat mak yang berada jauh di Malaysia,
sesungguhnya hikmah terbesar yg dapat bila berjauhan sebegini
adalah,perasaan kasih yang semakin menebal di hati ini.
Hanya Tuhan tahu betapa rindunya hati ini mencium tangan yg sedari dulu
membesar dan mendidik diri ni.
Baru kini ciksUnny faham apa itu maksud kasih dan sayang.
Baru kini ciksUnny faham apa itu erti kerinduan.
Masih lagi segar dalam ingatan,setiap kali ciksUnny berdepan dengan kegagalan,
yang terus menyokong memberi sokongan tidak lain adalah mak.
Rela bersusah demi kebahagiaan anak-anak.
Itulah mak.
Rela bersedih demi kegembiraan anak-anak.
Itulah mak.
Rela mengalah demi kebaikan anak-anak.
Itulah mak.
Sesungguhnya kesabaran mak yg begitu tinggi adalah impian bagi diri ciksUnny.
Ingin sekali ciksUnny menjadi seperti mak.
Sesungguhnya juga senyuman mak menjadi kekuatan ciksUnny untuk
meneruskan kehidupan di bumi Korea ini.
Betul kata orang.
Pengorbanan seorang ibu itu amatlah tidak ternilai harganya.
Dan buktinya telah pun ciksUnny saksikan.
Walaupun ketika itu ciksUnny masih lagi di zaman kanak-kanak,
namun jika diingat kembali,saat itulah yang telah menyaksikan
pengorbanan seorang ibu.
Kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar buat seorang anak.
Buat mak,terima kasih kerana telah melahirkan diri ini.
Terima kasih kerana membesar dan mendidik diri ini.
Terima kasih kerana telah banyak berkorban buat diri ini.
Ampunkanlah diri ini sekiranya ada waktu menyakitkan hatimu.
Tidak dapat diri ini mencium bau syurga jika tidak mendapat keredaan seorang insan
bergelar ibu.
Terima kasih mak.
Terima kasih.
Lagu ini ditujukan khas buat mak.
Semoga hidup mak sentiasa dirahmati Allah.
Semoga diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sayang mak dulu,kini dan selamanya!^^
"Selamat Hari Lahir."
Belaian Ibu
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

1 comment:
touching... i felt like i was reading a novel. haha
Post a Comment