Pages

Monday, April 29, 2013

Turning a new leaf.

I want to get back to writing but am not really sure what to write.
So instead, a little updates about myself.(for those who actually care.heh)

I've just finished my 5years studies in Korea and has already got back to Malaysia for good. Alhamdulillah.

It's been 2 months since I graduated and now I've already entering my first job after attending numerous interviews with different companies. What I do now is completely different from what I learnt but I promise to take it as a new challenge.(for now.hehe)

Currently residing far from home, in the heart of the city of Kuala Lumpur, the company where I'm working is only 10minutes away, which gave me the ultimate convenience that many would very much envy. :')

I would be lying if I say that working with something new is an easy process. I took a lot of work. but insyaAllah, I made it a compulsory need everyday to count my blessings and tawakal to Allah that he has chosen what is right for me. I have done it before and I am gonna get through it this time.

Lets be positive and dont forget to pray for the best. :)

I too wish all the best for all the readers. 안녕!

Hwacheon Sancheono Ice Festival[Memorabilia]

Cuti musim sejuk sudah pun lebih seminggu bermula untuk yang bergelar pelajar di negara Korea Selatan ini. Sementelah masa pun sudah tidak banyak berbaki untuk bergraduasi, kami mengambil keputusan mengikuti lawatan ke Hwacheon Sancheono Ice Festival. Urusan pembelian tiket dilakukan oleh sahabat baik yang dibuat melalui Groupon Korea(salah satu sebab lain haruslah kerana diskaun yg diberikan amat berbaloi!^^) 우정여행(Friendship Trip) spt yang kami namakan kali ini juga bersama dengan syarikat pelancongan BS Tour. Kami pernah mengikuti lawatan dengan syarikat yang sama ke ladang biri-biri dan tasik besar di Korea.

Seperti dirancang,Khamis(5 Jan 2013) kami bergerak menaiki tour bas berdekatan Shinchong station seawal jam 7:30am. Kami telah bersiap sedia memakai pakaian setebal yang mungkin kerana maklum dengan cuaca di kawasan lawatan yang merupakan bahagian paling sejuk di Korea Selatan. Perjalanan yang mengambil masa selama 2jam lebih itu kami isi dengan qada tidur sahaja. Seisi bas pun sunyi sepi petanda semua nyenyak dibuai mimpi. Lagi-lagi kami yang bertolak sebelum subuh(kira2 5:45am) kerana jarak hostel yg kami diami yang jauh dari tempat menaiki bas tour ini.

Setibanya di daerah Hwacheon,Kangwondo kira2 jam 10pagi tanpa berlengah kami terus berjalan kaki ke arah tempat berlangsungnya festival tersebut yang mengambil masa 10minit. Tiket masuk ke festival telahpun diuruskan oleh syarikat BS Tour seterusnya memudahkan lagi urusan kami. Kelihatan banyak tempat2 menarik di kawasan festival yang sangat luas. Tetapi kami mengambil keputusan untuk ke tempat memancing dalam ais. Kelihatan begitu ramai rakyat Korea yang berpusu-pusu mencuba memancing ikan. Pada mulanya kami menyangkakan sudah tidak ada tempat kosong untuk kami memancing tetapi sedang dalam perjalanan, seorang ahjusshi(pakcik) yang baik hati menunjukkan kami ke arah tempat memancing untuk pelancong. Alhamdulillah, tempat itu kelihatan lengang dan tidak sesak seperti di kawasan sebelumnya. Jadi tanpa berlengah kami bergegas ke sana dan membeli alat memancing yang kelihatan luar dari kebiasaan dan terus memasuki ke kawasan memancing yang sebenarnye adalah sebatang sungai yang sudah beku dek musim sejuk yang melanda.

Masuk sahaja ke tempat itu beberapa sukarelawan Korea yang fasih berbahasa Inggeris mula mengajar kami cara-cara untuk memancing ikan dalam ais (ice fishing) . Walaupun kami sebenarnya juga boleh berbahasa Korea, melihatkan mereka yang bersungguh-sungguh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris, kami hanya berpura-pura sahaja seperti pelancong yang baru datang melancong ke Korea.
Sebelum memasukkan tali pancing ke dalam air, sukarelawan akan menebuk lubang menembusi ais yang tebal dan kemudian kami jatuhkan tali pancing sehingga ke dasar. Umpannya hanyalah replika ikan bilis sahaja. Entah2 digelakkan sahaja oleh ikan2 hidup di bawah sana. Tetapi dengan fikiran yang positif kami terus menghayunkan pancing kami ke atas dan ke bawah dalam gerak laju ke perlahan. Melihatkan beberapa pelancong lain bersorak gembira mendapat sehingga 2-3 ekor seorang, kami semakin bersemangat mencuba dan mencuba. Lama menunggu. Kaki sudah terasa beku berdiri di atas ais, sejuknya rasa seperti menyucuk-nyucuk ke tulang, tangan dan bahu juga terasa kebas kerana hampir sejam melakukan gerak yang sama. Salji yang tiba-tiba turun lebat jatuh ke muka juga membuatkan terasa mahu berputus asa. Menggigil bukan kepalang penangan suhu serendah -18 pada waktu itu. Dan tiba-tiba pancing yang dipegang terasa mengena sesuatu. Terus ditarik laju tali pancing yang panjang mencecah ke dasar sedikit demi sedikit sehinggalah ternampak kelibat ikan melibaskan ekornya di dalam air. Terus sahaja sorakan gembira terluah girang. Pelancong-pelancong lain siap bersorak bertepuk tangan. Sahabat2 juga turut gembira sambil berebut-rebut mahu mengambil gambar bersama hasil tangkapan amatur ini.:) Tidak lama selepas itu sahabatku yang seorang lagi juga berjaya menangkap seekor lagi ikan.

Akibat masa yang sudah semakin suntuk, kami mengambil keputusan untuk berhenti memancing dan pergi menikmati makan tengahari di restoren berdekatan. Hasil tangkapan juga dibakar dan isinya amatlah terasa manis dan segar. Kami yang kelaparan makan sehingga kekenyangan dan bergerak kembali ke bas tour.
Dalam perjalanan pulang, rombongan singgah ke sebuah Muzium Animasi yang menempatkan pelbagai info animasi di seluruh dunia. Kami mengambil kesempatan berada di bangunan itu untuk solat jamak takhir dan setelah itu berjalan sekitar bangunan mengambil gambar sebagai kenang kenangan.
Separuh perjalanan balik ke Seoul diisi dengan melihat keindahan panorama musim sejuk sepanjang jalan. Tetapi akibat keletihan kami terlelap sehinggalah bas tiba di Seoul kira-kira jam 6:30ptg. Walaupun kesejukan, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Lagipun saat-saat seperti inilah yang pasti akan dirindui bila masing-masing sudah membawa haluan sendiri. :)

*cubaan mengarang dalam bahasa baku.hehe.amacam,jadi tak?lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...