Pages

Saturday, December 27, 2008

.YAKIN.

Hidup ini seperti roda.
Kata-kata yg slalu kita dengar.
Sekejap kita diatas sekejap kita dibawah.
Hidup aku juga sama seperti manusia lain.
Kadang2 ada waktu sedih
kadang2 ada waktu gembira.
Manusia itu xkan dapat lari dari masalah.
Masalah itulah yg menjadi rencah dlm kehidupan.
Dan apa yg kita lakukan utk menyelesaikan satu2 masalah itu,
itulah dinamakan pengalaman.
Pengalaman yg tak dpt diraih melainkn melalui kehidupan seharian.
Lama aku termenung.
"Aku dah berubah?"
Aku ulang beberapa kali soalan ni.
Menerawang dlm kotak fikiran spt layang2 putus tali.
Betul aku dah berubah?
Aku konfius.
Bingung.
Mungkin.Ya mungkin aku dh berubah.
Hidup ini membuatkan aku berubah.
Perubahan yang aku sndiri tidak tahu samada baik atau buruk.
Aku tak pandai menilai diri sendiri.
Sejak dua menjak ni aku jadi mcm org bodoh.
Fikir.fikir.dan fikir spt tak ada penghujungnya.
Puas aku fikir.
Jahat sangat ke aku ni?
Buruk sangat ke aku ni?
Persoalan ini kerap menerjah ke benak tika mata hampir terlelap di malam hari.
Perlahan2 aku beristighfar.
Bodohnya aku mempertikaikn kejadian tuhan.
Bodohnya aku menyalahkan kehidupan.
Bodohnya aku tidak melihat silap diri sendiri.
Manusia itu tak sempurna.
Tidak pernah aku melabel diri aku sempurna.
Setiap kita ada kekurangan sendiri.
Buntu.
Kali ini aku tewas.
Tewas dalam percaturan hidup yg tak memihak pada diri aku.
Sesungguhnya apa yg brlaku diluar kawalan aku.
Mungkin aku yang bodoh.
Tak tahu menilai.
Satu demi satu ujian yg aku lalui semakin lama semakin berat terasa bebannya.
Aku hidup kini dengan meminjam kekuatan dari kawan2,
dari alam sekeliling dan semestinya keyakinan kpd Allah swt.
Yakin satu hari nanti semua ini akan terbalas.
Aku yakin dengan janji Allah.
.YAKIN.

p/s : Apa jua yang berlaku tak menghalang ciksUnnyMiso dr menikmati hidup yg sementara ni.Jangan risau.ciksUnnyMiso masih mampu bergelak tawa.
Ceria itu pengubat duka.
so,ceria2 slalu!^^


2 comments:

ajidraai said...

dila nape?ade problem ker?

nudzirah said...

sabar ye bakal teman sebilikku~~
ada apa-apa cita la ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...