Pages

Sunday, March 15, 2009

-Mana jalan kita?

Dalam al-Quran banyak ayat yang menyebut tentang
berbuat kebaikan.
Sebagai contoh,ayat 77 dr surah al-Haj ini.

"Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat."

Kebaikan merangkumi banyak perkara dalam kehidupan kita seharian.
Beriman,beribadat kepada Allah swt adalah suatu kebaikan.
Menolong makhluk ciptaan Allah swt,suatu kebaikan.
Taat kepada ibu bapa,juga satu kebaikan.
Pendek kata,hidup kita di dunia ni banyak perkara
yang boleh dianggap sebagai kebaikan.
Yang penting,samada kita melaksanakannya ataupun tidak.
Tetapi dalam zaman sekarang ni,
kebaikan yang digesa oleh Allah swt ini semakin lama
semakin sukar dicari.
Malahan,pada era sekarang ini,
kebaikan itu dianggap sebagai satu kepelikan,
tetapi kejahatan itu dilihat sebagai suatu kebiasaan.
Faham maksud aku kan?
Ramai generasi sekarang memandang kebaikan itu sebagai
satu budaya kolot,budaya orang tua2 katanya.
Sedangkan Al-Quran menegaskan mereka yang berbuat kebaikan
walaupun seberat zarah akan dilihatnya seperti dijelaskan dalam surah al-Zalzalah.

Kita ambil hadis ini sebagai contoh;
"Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a dan
di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang:
Ambil sebutir dan berikan kepadanya!
Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan.
Maka Aisyah pun berkata:
Apakah engkau hairan!
Berapa bezanya antara sebiji ini dengan sebesar zarah."

Kesimpulannya,setiap amalan yang baik
tidak kira sekecil mana sekalipun semuanya diredai oleh Allah swt.
Tetapi harus diingat.
Kebaikan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Kadangkala kita tersilap langkah sehingga membuat
orang lain menyalah tafsir niat murni kita.
Seringkali apabila kita ingin berbuat kebaikan,
banyak halangan yang menduga kesabaran.
Sebab itulah,dalam berbuat kebaikan,
perlu sentiasa bersabar
dan dipraktikkan setiap masa
supaya nanti akan sebati dengan jiwa kita.
Sekiranya pada masa kita berbuat kebaikan,
ada halangan yang menimpa,
ingatlah bahawasanya itu adalah dugaan dari Allah
swt untuk menguji hambaNya yang dikasihi.
Jadi sama-samalah kita berbuat kebaikan!
Insyaallah~

p/s:Jangan sesekali kita berbuat tanggapan salah atau memandang rendah
kepada sesiapa yang ingin berbuat kebaikan.Tanyalah diri kita sendiri,
"Bila giliran kita untuk membuat kebaikan?"

-sumber dari Harian Metro kolum ad-din.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...