Pages

Sunday, October 09, 2011

Ada apa dengan Nasi Lemak 2.0 ?

Baru sahaja berkesempatan menonton cerita ni.
Setelah waktu tayangan di pawagam tamat,cerita ini kembali menemui
penonton di channel Astro First.and u know how the drill....
when it's on AstroFirst,it'll be anywhere in the internet.hehe.



baiklah.since banyak mixed review tentang filem ni di internet,
aku rasa nak join untuk buat review tentang filem ni sebab aku rasa
filem ini menarik sebab lain dari konsep filem2 stereotaip lain yang dihasilkan
ramai penerbit2 filem tempatan.

aku bukanlah peminat Namawee.Mahupun menyokong tindakannya
yang kadang2 over the top.Tapi bila aku tengok filem, aku lebih suka tengok
kepada jalan cerita or konsep nye.Wah bunyi macam pengkritik
filem profesional. Bear in mind. Ini hanyalah pandangan seorg student engineering yang
masih belum habis belajar yg ade hobi menonton filem.
Aku bukanlah jenis suka tengok muka2 jambu baru berminat
tengok.So,no bias whatsoever.

Dari segi humor,filem ni memang sangat kelakar.
No sarcastic humor. Cuma scene2 yang memang nampak spontan
tapi dalam masa yg sama mencuit hati.
Bila tonton cerita ni aku dapat rasa keharmonian antara kaum
yang ditonjolkan dengan cara yang aku rasa sangat rare.
Kalau nak rasa apa yang aku rasa, memang kena tengok dulu baru tau.

Tapi satu perkara penting untuk tengok cerita ni tanpa perasaan tertanya2 atau jelik,
kamu semua mestilah seorang rakyat Malaysia yang ambil tahu tentang isu2 yang
berlaku dalam negara.Kerana dalam cerita ni banyak makna2 tersembunyi di sebalik
scene2 yang ada. Even setiap karakter dalam cerita ini pun banyak membawa
pelbagai moral values dan makna tersendiri.
Kalau kamu semua jenis yang hidup dalam dunia sendiri, tak tahu menahu tentang
kontroversi dalam negara, this film is definitely not for you.

Lepas tengok filem ni, aku rasa Namawee adelah the Chinese version of Mamat Khalid.
Filem2 Mamat Khalid seperti Zombie Kampung Pisang,
Hantu Kak Limah Balik Rumah, dan macam2 lagi semuanya ade makna tersendiri
dalam sesetengan scene. Sama ada memerli dunia politik juga isu2 lain dalam negara.

Jadi kesimpulannya filem ini adalah filem MESTI tonton.
Keunikan berbilang kaum yang ada di Malaysia memang ditonjolkan dengan indah
dalam cerita ini.
Kalau anda suka makan nasi lemak,anda mesti juga tonton filem ini.hehe
Plus,lagu2 dalam filem ini juga best. My favourite lagu adalah yg ala2 bollywood tu.
Now,mane aku nak cari nasi lemak kat Korea ni.?

*untuk review yang lebih mantap dan ada tulis tentang makna2 certain scene dalam filem,
klik HERE (review dalam English)

untuk sinopsis,lagu2,casts,boleh pergi ke official website filem ini.HERE





Wednesday, September 28, 2011

Syafakillah dear friend....

Baru sahaja terdengar berita one of my 'adik' here is sick.
Sekarang tengah ada dalam wad.ㅠㅠ

Never know that I'm gonna go there again.
So many painful memories.
The very last moment spent together with one dear friend few years back.
Semoga dicucuri rahmat sahabat.~

Anyway,family and friends.
Please jangan sakit2.Jaga kesihatan ye.InsyaAllah doa semoga kita
semua diberi kesihatan yg baik sentiasa tak lupa dipohon pada Allah yang maha kuasa.

Allah berikan kekuatan.Tabahkan hati kami.Sembuhkan sahabat kami.
Amin.

Get well soon dear.!

*pic from

Monday, September 26, 2011

Expose Korea #3 Bulnakji

Salam and good day readers.:)

Ok.next dalam segmen Ekpose Korea,


sejenis makanan pedas yang dinamakan Bulnakji (불낚지).
Bul (api : so i think it defined spiciness maybe?) Nakji (Sotong)


Dalam gambar tu kami makan di sebuah restoren di Myeong Dong,another tourist attraction
di Seoul, Korea. itu kali pertama makan *after almost 4years.ㅠ..ㅠ
and i LOOOVEE it.!sangat sedap ok.rase nye ade sikit2 macam sotong masak merah
with a twist.hehe.
anyway,banchan(side dish) yang mereka sediakan pun best2.
Untuk siapa2 yang tak tau, side dish ni dikira servis oleh most of the restaurants di Korea.
Kalau habis, boleh refill. Side dish je ok. Nak refill main dish, sila buka restoren sendiri la.teehee


Kedai ni namanya pun memang Bulnakji rasenye.
And hari2 ramai orang. Beratur panjang jugalah sebelum boleh dapat meja tu.
Masa pergi makan ni, untuk buka puasa.
Tapi masa azan, tengah beratur lagi.Ended up berbuka dengan Banana Milk bought by a friend
di kedai brdekatan.

Tapi penantian itu berbaloi laa.sebab sekali lagi,makanan die SEDAP.
Time order tu kena bagitau waiter nak saiz besar mana and kena bagitau level kepedasan.
Kami ambik level kepedasan yang normal sahaja dan saiz medium kalau tak silap.*untuk makan 5org
Level kepedasan yang normal pun memang dah cukup pedas.*u might wanna bear that in mind.;)
Harganya kalau tak silap KRW25000++ (RM68++)


Highly recommended untuk yang suke makan seafood n makanan pedas.!:)

Monday, September 12, 2011

Benci 'keluarga'?

Terkesan di hati ni dengan satu ayat dalam sebuah filem Korea
yang berbunyi,
"Kadang2 mempunyai sebuah keluarga memberi kita bebanan,kesusahan,
tapi realitinya,merekalah yang akan tolong kita melalui kepayahan dalam hidup."

Terus terbayang kehidupan 'berkeluarga' aku selama ni.
Perlu diingat,'keluarga' disini bukanlah maksud mmpunyai suami,anak atau isteri sahaja.
'Keluarga' bagi aku merangkumi hampir semua ikatan persaudaraan.
Sama ada dengan ibu bapa,adik beradik,sanak saudara,mahupun sahabat handai.

Dan,ya.Kadang2 disebabkan mereka2 yang aku sebutkn di atas,
aku perlu melalui kesusahan,memikul beban.
Di manalah adanya keluarga yang serba sempurna.?
Kadang2 kita bergaduh berselisih faham,
tapi tanpa kita sedar,
merekalah juga yang membantu kita melalui setiap kesusahan dalam
hidup yang penuh dugaan ini.

Terserah pada individu macam mana hendak menilai
dari segi apa 'keluarga' ini membantu kita mengharungi kepayahan.
Kalau kita hanya tumpukan pada keburukan,pada kebencian setiap masa,
sudah pasti sukar bagi kita untuk menemui kebaikan,kegembiraan.
Perlu diingat,segala telahan kita tentang apa yang berlaku
dalam hidup mencerminkan keredhaan kita menghadapi ujian Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon (berbaik sangka) terhadap ALLAH.”

- Hadis sahih riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi.

Allah sudah tentukan semuanya untuk kita.
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (luh mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.
 - Surah Al Hadid :22-23


Kegembiraan,kesedihan,kepayahan,kesenangan,semuanya sebenarnya satu ujian untuk kita.
Ujian untuk mengukuhkan iman kita.
Allah tidak menjadikan sesuatu benda atau perkara untuk sia-sia.
Pernahkah kita terfikir apa hikmahnya kita mempunyai keluarga?
Hikmahnya kita dikurniakan teman untuk bersama-sama menjalani hidup?

Fikirkanlah.
Tidak semuanya bertuah seperti sebahagian dari kita.
 “Di kalangan mereka (manusia) ada yang celaka dan ada yang bahagia.”
– Surah Hud: 105

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Hargailah 'keluarga' yang kita ada sekarang sebaiknya.
InsyaAllah semoga silaturahim dan ukhwah antara kita
dapat memberi seribu manfaat dan mendapat redha Allah.

Demi Tuhan yang satu,saya sayang 'keluarga' saya.
Anda bagaimana?

Rasulullah (saw) bersabda :
Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

*rujukan
sumber 1, sumber 2, sumber 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...