Pages

Tuesday, October 13, 2009

Bila lagi akan kembali.......

Hari ni puas ciksunny membaca blog rakan2 yg berada di Malaysia.
Melihat update2 mereka di twitter,dan macam2 lagi
berkenaan kehidupan mereka sbg pelajar uni di Malaysia.
aishh..tetiba terbit cemburu di hati.(tp tak lama,itu kn hasutan syaitan:p)
melihat mereka dapat kumpul sama2,
jumpa sama2 di hujung minggu,
dan bila tiba cuti jalan sama2 satu,dua kereta.
Bila fikir2,ni la namanya pengorbanan demi
sebuah rencana hidup yg masih lagi jauh.
Bila membaca aktiviti rakan2 lama di Malaysia,
terasa btol kelainannya.
Yerla.Hujung minggu,lepak kedai mamak
makan roti canai,mi goreng,teh tarik dan macam2.
Pastu bosan2 datang rumah,pergi pantai.
Kat sini hujung minggu diisi dengan berehat sepuas-puasnya.
Nak2 sekrg dah makin sejuk.Nak kuar pun pikir 2-3kali.
Then layan komputer,tgk drama,telefilem Melayu.
Kalo terasa rajin kuar jalan amek2 gambar.
Masa sekarang ni pun kalo lapar boleh lagi
keluar cari makanan.
Kalo lg best,mase cuti kat rumah.
Waktu2 macam ni akan buka peti.
Nah terserlah la semua makanan yg sedia di'ngap'.
Kalo ciksunny,wktu sekrg ni mula lah nak cari kucing.
Kidnap sekor masuk rumah,buat teman tidur!
hehe.
Rindu?
mesti la.Kadang2 benda yg depan mata kita buat tak nampak.
Tapi bila dah tak ada,mulalah kita mencari,merindu.
ciksunny toleh sebelah kanan,ade gmbr family.
Tengok depan,ade gambar sahabat2.
Toleh blkg,ade rumate yg tgh tidur nyenyak.

"When I look at you
I see forgiveness
I see the truth
You love me for who I am
Like the stars hold the moon
Right there where they belong and I know
I'm not alone"
Yup,ciksunny bukan keseorangan.
Malahan bertuah btol rasanye
dikurniakan mereka2 ini untuk menemani
ciksunny mengharungi hidup ini.
Buat sahabat2 lama di Malaysia,
ciksunny nak mintak maaf sbb tak sempat hubungi
semua waktu balik hari tu.
Moga persahabatan kita semua kekal selamanya.
Moga persahabatan ini juga membawa kita ke jalan syurga InsyaAllah.
I'm always there for all of you.
Does'nt care when,where or how,
i'll always stand beside you all.
And all the sweet moments we've made
will forever kept in my memory.
I miss u all,friends!

mode:rindukan kawan2 lama dan wktu2 dulu!





-ciksunny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...