Pages

Wednesday, November 12, 2008

Ohh..begitu..

Pernah dengar tentang novel Ketika Cinta Bertasbih nukilan Habiburrahman El Shirazy?
Penulis yang sama juga menulis novel Ayat-ayat Cinta yg kini sudah diadaptasi
ke layar perak.

Pada mulanya melihat novel ini yg sejujurnya ciksUnnyMiso pinjam dr housemate
yg begitu murah hati,cover depannya yg terlukis sebuah masjid dan keseluruhan cover
berwarna pink (atau juga disebut merah hati?) perasaan teruja tidak sedikit pun trcuit dlm hati.

Melihat shj ayat "Dwilogi Pembangunan Jiwa" yg tertaip dimuka depan novel,
sedikit sebanyak menghakis minat yg semmgnya tipis utk menghabiskan
novel yg satu ni.


trigt pula tika mendapat kiriman bungkusan dr kakak trcinta berisi dua buah novel
dari penulis favourite ciksUnnyMiso,Ramlie Awang Murshid,perasaan teruja
ketika itu spt tak dpt ditahan-tahan(betul ke perkataan ni??).

Berbeza plak dgn novel Ketika Cinta Bertasbih ini.
Mendgrkan tajuknya sahaja pasti anda semua dpt agak isi cerita ni,bukan?
Novel yg lebih menjurus ke arah Islam ini ciksUnnyMiso mulakn pembacaan
dgn perasaan biasa2 sahaja.

Tidak mengharapkan apa2 dari novel ini.Sekadar mengisi masa.
Namun perhitungan ciksUnnyMiso kali ni nmpknya silap.
Ternyata belum tamat lagi cerita ini dibaca,sesungguhnya banyak
betul ilmu yg dpt diperoleh,dicedok,dan dijadikn pengajaran.
Dan kali ini ciksUnnyMiso teringin berkongsi satu pengajaran yg dpt
dicedok dr novel ini.

Sesungguhnya apa yg ditulis oleh penulis novel ni menyedarkan ciksUnnyMiso betapa
ceteknya ilmu yg ada pd diri ni.

"Para ulama menganggap kemiskinan adalah teman akrab yang tidak boleh
ditinggalkan begitu sahaja.Justeru,kemiskinan itu,saat menuntut ilmu ,
harus benar2 dinikmati."


Begitulah keratan tulisan dari novel ini.
Korang faham maksudnya?
Aku pasti semua yg aku kenali termasuklah diri aku sendiri
selalu berfikir tentang duit.keselesaan.kesenangan.kemudahan,bukan?

Melihat dia membeli baju baru,kita juga terdorong melakukan perkara sama.
Melihat dia membeli mp3 baru,kita juga terdorong melakukan perkara sama.
Melihat kasut design terkini dgn diskaun hebat,terus memborong sakan.
Saat makan nasi dengan telur goreng,hati masih tidak puas,mahukan sekurang2 nya ayam goreng,ikan masak merah,etc.
Melihat keadaan rumah yg sempit,penuh nyamuk,lipas terasa ingin berpindah.
Sedarkah kita yg tanpa disedari kita telah menjadi seorg yg materialistik?

Korang tahu pasal kisah2 ini?
- Imam Ibnu Kharrasy prnh brcerita,"Demi mencari ilmu,aku pernah meminum air kencingku sendiri sebanyak lima kali.Ceritanya,sewaktu sedang berjalan melintasi gurun pasir untuk mendapatkn hadis,ak merasa kehausan luar biasa tanpa ada yang dapat aku minum.Maka dengan terpaksa aku meminum air kencingku sendiri."
- Imam Abu Hatim mengatakan,"Ketika sedang mencari hadis keadaanku benar2 menyedihkan.Kerana tidak mampu membeli sumbu lampu,pada suatu malam aku terpaksa keluar ke tempat pengawal yang terletak di tepi jalan.Aku belajar dengan menggunakan lampu penerang yang dipakai oleh tukang ronda.Dan terkadang tukang ronda tidur,aku yang menggantikannya meronda."

Namun nama2 besar dari kisah yg dipetik dalam novel inilah yang berjaya dalam hidup masing2 kerana mereka tidak pernah merungut,malahan menjadikan kemiskinan itu satu pemangkin untuk belajar.Kagum.
Ya,memang ciksUnnyMiso benar2 kagum dengan kesungguhan mereka.
Terasa hina pula diri ini.
Terasa tak bersyukurnya diri ini atas nikmat Allah yg berlimpah ruah.
Terasa ralatnya diri ini kerana lalai mengenai perkara ini.

Inilah kenyataan yg harus diterima.Hidup dalam kesederhanaan itu adalah yg terbaik.
Moga2 dapat kita mencontohi hidup para sahabat,nabi,dan para ulama terdahulu.
Amin.



2 comments:

nuradzlinmustapha said...

hurmmm....
nk baca gaks la...
ngeee....

dillataib said...

bace2..best tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...