Pages

Friday, January 07, 2011

Kau bekas penagih macam Ted Williams?

Pakcik Ted Williams ini tiba2 sahaja muncul dalam
akhbar kosmo hari ini.
Sebenarnya pakcik ni dah lama menjadi sebutan dalam
dunia internet khususnye dilaman youtube.
pakcik ni bukanlah seseorg yg aku kenal secara personal.
bkn juga ade pertalian darah mahupun pernah berselisih jalan.
tapi kisah pakcik ini bagi aku sungguh inspirational.

pakcik ni hanyalah pemuda biasa,yang tinggal dalam sebuah khemah kecik
di Colombus,Ohio.yang kerjanya hari2 berdiri
di sebelah highway menanti satu peluang utk
mengubah nasib dirinya.
jika ada kereta tgh berenti,dia akn dtg jenguk dan
mula brkata2 persis iklan dalam tv.
kalo nasib baik,adelah yg akn beri duit satu dolar ke,satu sen ke.

ape hebat sgt ke pakcik ni brkata2?
kisah sebenonye,istimewanya pakcik ini,dia adalah bekas penyampai radio dan
memiliki suara emas.suara yg biasanya org guna
utk jd background voice utk filem,iklan,etc.
tp malangnya hidupnye musnah slps trlibat dalam dadah.
tapi spt diberi peluang kedua,dia brjaya atasi ketagihannya
dan sekrg ni dah pun 2 tahun setengah bebas dari dadah.
aku pun mcm tak percaya dgn telinga sndiri bila dengar suara pakcik ni.
macam lip-sync pun ade.
tapi hakikatnye itulah.suara die memang emas.memang istimewa.

satu hari,adelah sorg pemuda ni lalu kat highway tu
dan berenti jupe pakcik Ted Williams ni.
siap buat video dan post ke youtube.
hasilnye,video pakcik Ted Williams jadi popular
sehingga menarik minat ramai syarikat tv,produser filem,
produser iklan dan mcm2 lagi.
so,sekarang dia dah jadi femes.dah dapat
byk job yg nak gunakan suara emasnye tu.
nasib die dah berubah ,siap dapat rumah sebuah.
dapat jupe mak die yg dah bertahun-tahun x jumpa.

pakcik Ted Williams tak malu nak mengaku die
bekas penagih dadah.sbb bagi dia,jika bukan sbb
kisah hitam die tu,
dia takkan hargai kehidupannye seperti sekrg.
jadi untuk bekas penagih dadah diluar sana,
jgn risau.
peluang ade dimana2.contohi lah pakcik Ted Williams ni.
suaranye istimewa.dalam diri kita ni,pasti ade kelebihan yang ada.
jangan terus putus asa,jgn pedulikan kata2 org,
kalo kita dah berubah sepenuhnya,insyaAllah tuhan akan tolong.
utk yg masih menagih,insaflah.takde baiknye hisap dadah ni ha.
buat pembaca pula,
jangan gatal2 nak try.sentuh pun tak boleh tau.
ingat,dadah itu pemusnah.

sape nk dgr suara pakcik Ted Williams ni,ade video dibawah.enjoice.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...