Pages

Sunday, October 19, 2008

-Komitmen-

Ok hari ni terfikir nak tulis pasal komitmen..
Kali ni pengisiannya ilmiah sket.Tapi cikSunnyMiso akan cuba smpaikan secara
santai,baru tak bosan baca kan...
Jadi kita mulakan dengan makna komitmen itu sendiri..
Apa sebenarnya maksud KOMITMEN?sape blh jwb angkat kaki..hehe~~
Sebelum dikeluarkan maksud sebenarnya perkataan ni mari kita tengok contoh2 yang dapat menggambarkan makna sebenar KOMITMEN ni..

1. Pernah ke kita berfikir dari mana asalnya manusia?
- Dari sudut agama sememangnya kita tidak meragui bahawa Allah adalah pencipta kita.Namun dari sudut sains seorang manusia adalah hasil perjuangan satu sperma yang bertungkus lumus menjadi juara di antara berjuta2 sperma yang lain untuk menghasilkan satu sel di mana sel itu adalah siapa?KITA bukan?Berbekalkan komitmen yang tggi untuk menghasilkan sel tersebut maka terjadilah sepertimana kita sekarang,seorang MANUSIA.

2. Pernah tak kita tengok seorang bayi yang bertatih berjalan sehingga berjaya melakukannya tanpa bantuan sesiapa?
- Bayi itu berkali-kali jatuh dan mungkin menangis kesakitan tetapi itu tidak pernah menghalangnya untuk terus berusaha berjalan tanpa bantuan sesiapa.Anda tahu siapa bayi itu?Ya,itu KITA!

3. Pernah ke kita melihat seorang pelajar biasa yang berasal entah dari mana yang belajar sama seperti pelajar normal yang lain?
- Pelajar itu sedari kecil dari mengenal ABC,123 sehinggalah dapat membaca,mengeja sendiri kemudian mengharungi pelbagai pahit manis kegagalan kejayaan dalam pelajaran sehingga dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara?Anda pernah trfikir siapa pelajar itu?Ya,itu juga semememangnya KITA!

Tanpa disedari kita telah melakukan banyak komitmen sepanjang hidup kita sehinggalah ke saat ini.Contoh yang di atas ini adalah sebenarnya komitmen kita terhadap diri sendiri.Dan semestinya banyak lagi komitmen yang wujud di dunia seperti komitmen pada agama,komitmen pada perkahwinan (anda belum lagi??hehe..~~),komitmen pada ORGANISASI,komitmen pada ibu bapa dan bermacam-macam bentuk komitmen lagi.
cikSunnyMiso sengaja memBOLDkan perkataan ORGANISASI disitu kerana komitmen pada sesuatu ORGANISASI adalah salah satu masalah yang banyak berlaku dalam komuniti kita sekarang ni.
Tipulah sekiranya kita tidak dapat memberikan komitmen dalam kerja2 organisasi kerana apa yg cikSunnyMiso rasa contoh2 yang diberikn td sudah cukup menggambarkan kita mampu memberi komitmen yang baik dalam apa jua perkara dengan hanya bersandarkan satu perkataan-USAHA.
cikSunnyMiso juga faham sekiranya ada yang mengatakan susah untuk memberi komitmen tetapi apa gunanya hidup dalam satu komuniti tanpa ada perasaan sanggup melakukan apa yang baik untuk komuniti tersebut.Sesuatu yang baru kita buat pada permulaannya memang susah tapi lama-lama kita akan terbiasa.
cikSunnyMiso mengaku komitmen yang diberikan masih lagi tidak mencukupi.Tetapi masih lagi dalam proses memperbaiki mana yang salah.cikSunnyMiso buat semua tu bukan untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan semua.Bukankah bersatu kita teguh bercerai kita roboh?Tak gitu?So,anda bila lagi?Renung2 kn dan selamat beramal....~~(merujuk kepada trademark Prof Izi Hj Ali.)
-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...